Assalamualaikum dan selamat malam..
saya percaya, setiap orang pasti ada cara yang diamalkan untuk mengawal perbelanjaan harian, kan?
memang dari dulu lagi, banyak tips dan cara yang telah dikongsikan oleh pakar2 pengurusan kewangan khusus untuk mereka yang suka tentang cara2 untuk mengawal sumber kewangan masing2..
saya mengaku lar, masa saya bujang dulu, saya memang tak berapa nak menyimpan.. klu simpan2 pun, lepas tu, pi bank kuar kan balik.. tapi biasalah, bukan untuk diri sendiri sangat pun.. tapi untuk keluarga..
okey.. sejak berkahwin nih, saya dan suami dah sepakat dari awal2 perkahwinan lagi untuk mempraktikkan amalan untuk mengawal dan mengesan perbelanjaan harian kami..
Apa yang kami buat ialah..
1. kami masing2 ada buku nota kecil untuk mencatatkan segala perbelanjaan yang kami keluarkan pada tiap2 hari... kalau setakat sen2 tak lar kami tulis pun.. biasanya perbelanjaan yang melebihi 1.00 kami tulis larr..
2. pastu, saya akan updatekan semua perbelanjaan harian kami tu dalam MS Excel. dalam fail Excel tu kan bule wat banyak worksheet.. so, setiap bulan ada worksheetnya masing-masing.. dan worksheet terakhir akan ada ringkasan keseluruhan perbelanjaan bulanan kami untuk setahun.. memang sangat senang guna Excel sebab every worksheet leh buat link terus, so takyah nak taip banyak2 kali..
3. dalam satu worksheet khas, sume jumlah perbelanjaan mengikut kategori boleh kita campurkan, mengikut bulan, seterusnya boleh dapat jumlah perbelanjaan untuk tempoh setahun.
hhrrmm.. itulah secara ringkasnya teknik yang kami amalkan..
faedah yang kami dapat ialah, kami boleh tahu berapa wang yang telah kami belanjakan dalam sebulan untuk keperluan harian seperti minyak, makanan dan sebagainya..
sekurang-kurangnya, bila kita dah tau jumlah kos sesuatu aktiviti macam kos makan agak tinggi misalnya, mungkin pada bulan akan datang, kos makan tu boleh dikurangkan dengan lebih rajin memasak di rumah.. hehehe..
oklar.. tu jer dulu wat kali ni.. sehingga ketemu di entri akan datang.. insyaAllah..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Sudi-sudikanlah mengarang sepatah dua bait-bait kata buat kenangan tuan punya blog ni...
Terima kasih daun keladi.. ;)