Permulaanku

Daisypath Anniversary tickers

06 Mac 2011

resipi - ikan jenahak masak tempoyak

Assalamualaikum.. Alhamdulillah, syukur pada Allah atas kesempatan yang diberikan untuk saya terus bernafas pada hari ini...

ni nak citer lar ni.. semalam datang lar tahap kerajinan suami saya, en. miorku untuk memasak.. tentunya saya lar orang paling gumbira sekali sebab saya dapat berehat2 bak permaisuri raja.. hehe.. gara-gara dah ada buku resipi yang best ni kan, keinginan en. miorku untuk memasak sangatlah tinggi.. baguss.. tak sesia akak beli buku 1 hari 1 resipi dek.. tima kasih kat chef hanieliza..



okey.. resipi ikan jenahak masak tempoyak sangat senang.. kalau anda mahu cuba, boleh lar amik resipi ikan jenahak masak tempoyak ini..

bahan-bahan (untuk 2 orang makan):
 A:
2 potong ikan jenahak (atau lain-lain ikan yang anda)
1 helai daun kunyit
5 sudu makan tempoyak
2 cawan air
garam secukup rasa

B (dikisar):
3 cili merah
5 biji cili api
1 inci kunyit

cara-cara membuat:
  1. ikan dibersihkan, dan ditoskan.
  2. masukkan semua bahan dalam periuk.
  3. masakkan sampai mendidih.
  4. hidangkan dengan sayur goreng dan nasi putih.
amacam? senang kan nak masak ikan jenahak masak tempoyak ni.. boleh lar cuba2 lepas nih k..


2 ulasan:

Sudi-sudikanlah mengarang sepatah dua bait-bait kata buat kenangan tuan punya blog ni...
Terima kasih daun keladi.. ;)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...