Permulaanku

Daisypath Anniversary tickers

15 Oktober 2010

compaq nyer hal...




bulan dua lepas saya ada wat entry nih pasal laptop saya yang bermasalah..

bulan tujuh tahun lepas (ngam2 bulan akhir warranty tamat), laptop saya (compaq presario v3500 yang dibeli pada tahun 2008) tidak dapat berfungsi dengan baik..

lampu on button menyala, tapi tak kuar apa-apa.. bila hantar ke HP, katanya motherboard problem.. okey.. nasib baik dalam tempoh warranty so tiada caj dikenakanlah..

then bulan dua lepas.. masalah sama berulang.. memandangkan tempoh warranty dah tamat, so tidak lah saya hantar ke mana-mana untuk dibaiki.. tak wat research pun pasal tu.. bila baca forum skang nih, memang compaq model ini.. yang guna processor AMD selalu bermasalah... cam rugi gak larr masa nak beli dulu tak wat research bebetul..

last week hantar kat kawan along untuk tolong tengokkan.. semalam dak tu kata, tak leh nak repair.. klu nak jugak makan RM1000... hrrmm... seribu ekk.. tambah dua ke tiga rat leh beli netbook baru.. adoi..

tak best lar tak de pc or laptop.. sebab sy suka wat grafik.. edit2 gambar... boring arrr..

nampaknya kene gak cari satu pc jugak.. (sebelum ada komitmen yang benar2 heavy nih bule larrr)


14 Oktober 2010

saya nak beg itu ~ Giveaway

sesaja nak cuba masuk contest.. hehe.. jom..



~ Jadi follower blog Superhero Mama & MZ Collections

~ Copy & paste banner ke entry & sidebar beserta link

~ Tajuk Entry : Saya Nak Beg Itu ~ Giveaway! sahaja

~ Linkkan entry anda ke entry ini

Tamat pada 03/11/2010 (12am)


13 Oktober 2010

sebelum membeli DSLR...


Sebelum anda ingin memiliki sebiji DSLR.. tanya diri anda dulu.. nape nak?

Adakah sebab:
1. kawan-kawan or ramai guna, so anda pun nak guna gak lah…
2. minat nak amik gambar yang cantik2 dan marbeles..
3. saja suka-suka
4. duit lebih tak tau nak wat aper…
5. nak wat bisnes.. jadi fotografer org kawen..
6. dan lain-lain sebab lah kan..

Okey..

Apapun, sebelum anda amik langkah nak beli sebiji DSLR terutamanya cam orang2 yang baru berjinak-jinak ngan DSLR mcm saya.. perkara-perkara ini perlu anda amik kira juga.. ini adalah hasil rumusan daripada pembacaan saya melalui blog-blog, forum dan website review yang ada..

UNTUK APA?
Tanya diri untuk apa.. kalau setakat nak amik gambar cantik, guna kamera kompak (point n shoot) pun dah cantik juga.. klu memang minat dan nak cebur secara serius dalam bidang ini, leh arr labur lebih sket cari kamera yang spesifikasi dan fungsi yang banyak..

BAJET
Bajet penting jugak.. klu ada duit lebih, boleh lah amik kamera yang sesuai di tahap pertengahan atau tinggi terus. Dan biasanya kamera tahap ini antara RM3,000 – RM10,000.. Klu rasa nak berjinak-jinak, bule cari yang bawah RM2,000.. tapi kebanyakkan yang dah lama guna DSLR nih advice amik yang tahap tinggi sket punyer sebabnya bila amik kamera untuk beginner, klu selalu godek2 tak sampai beberapa bulan dah nak upgrade pulak..

Ada pendapat menyatakan, klu amik body yang biasa-biasa pun tak apa yang penting labur kat lense.. dan kamera ada built-in motor..

WAT REVIEW
Ini pun penting juga untuk buat perbandingan spesifikasi kamera yang bersesuaian dengan tujuan dan kehendak kita..

CUBA TRY TEST
Bila dah kenalpasti model2 kamera yang berkenan berdasarkan bajet dan spesifikasi, boleh lah gi mana-mana kedai untuk cuba dan rasa pegang kamera-kamera tersebut.. sebabnya, nak ambil gambar pun keselesaan kita memegang kamera juga penting..

Oklah.. itu jer sedikit sebanyak rumusan yang boleh saya senaraikan.. apapun, terpulang lah pada kehendak kita sebagai pengguna.. jangan sebab ikut trend.. tapi tak reti nak guna sepenuhnya.. kita gak yang rugi nanti..

okey.. untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut, bolehlah baca lagi melalui link-link di bawah ni..

Kamera apa untuk saya?
Nak Beli DSLR (Digital Single Reflex Camera)?
Membeli DSLR
9 Langkah Mudah Memilih Kamera
(TIPS PILIH DSLR) Minat Tapi Tak Tahu Yang Mana Satu
How to Buy a DSLR camera
Mana satu DSLR terbaik?

11 Oktober 2010

insha Allah

singer : maher zain




Everytime you feel like you cannot go on
You feel so lost
That your so alone
All you is see is night
And darkness all around
You feel so helpless
You can’t see which way to go
Don’t despair and never loose hope
Cause Allah is always by your side

Insha Allah x3
Insya Allah you’ll find your way

Everytime you commit one more mistake
You feel you can’t repent
And that its way too late
Your’re so confused, wrong decisions you have made
Haunt your mind and your heart is full of shame

Don’t despair and never loose hope
Cause Allah is always by your side
Insha Allah x3
Insya Allah you’ll find your way
Insha Allah x3
Insya Allah you’ll find your way

Turn to Allah
He’s never far away
Put your trust in Him
Raise your hands and pray
OOO Ya Allah
Guide my steps don’t let me go astray
You’re the only one that showed me the way,
Showed me the way x2
Insha Allah x3
Insya Allah we’ll find the way




08 Oktober 2010

keinginanku kembali membara...

keinginanku untuk memilikinya telah lama bertapak dalam hati.. sejak bertahun-tahun yang lalu.. namun atas sebab-sebab tertentu, ku letakkan ketepi keinginanku ini..

tapi apa kan daya.. keinginanku untuk memilikinya kembali membara.. aku semakin sering mencari-cari tentangnya semula.. membuat perbandingan dengan adik-adik atau rakan-rakan nya yang seangkatan..

aduuhh... dunia kegelapan itu sangat2 menggodaku... huhuhu..


Nikon D3100.. new release.. sangat menggoda jiwa dan ragaku..
[Price: RSP RM 2,198.00 (with AF-S DX NIKKOR 18-55mm f/3.5-5.6G VR) ]

atau, cari jugak D90.. yang dijangka akan turun harga selepas Nikon lancarkan D7000?

[Price: RSP RM 3,888.00 (with AF-S DX Nikkor 18-105mm f/3.5-5.6G ED VR); RSP RM 2,988 (body only) ]

tepuk dada.. tanya poket.. hehe..




06 Oktober 2010

jjcm : restoran saba @ cyberjaya

ini sumer citer lama.. adegan beberapa hari seblum pose..
sesi singgah menyinggah jalan-jalan cari pasal makan..
teringin makan nasi arab? jom le kita ke restoran saba di cyberjaya.. klu nak makan t.hari, baik datang awal2 sebab penuh sokmo..

kambing

kad bil

ayam rosted

chorku sayang.. ;)




05 Oktober 2010

tune hotel, danga bay



9 Ogos lepas, saya kene attend mesyuarat MBJ KPT di UTM JB.. so, amik kesempatan try menginap di Tune Hotel, Danga Bay. Daripada harga yang dibayar tu kan.. rasanya cam amik hotel 3 bintang pun lagi okey.. (pendapat saya lah ekk)..

ok.. ini booking details saya hr tu:
untuk 2 malam - RM167.34 / RM83.67 semalam

- harga bilik - RM61.00 + RM9.46 (service charge + tax)
- caj admin - RM21.81 + 1.09 (tax)

Tambah:
- air cond (24 jam) - RM20.00 x 2 hari + RM2.00 (tax)
- breakfast - RM6.00 x 2 orang (indonesian restaurant) - tak gi pun.. cam tak menepati selera anak tekak kami berduwe..
- Entertainment Package - 24 hour period (32-inch LCD TV with 11 channels) - RM9.99 x 2 hari



ada tambahan yang lain-lain tu, cam towel & toileteries.. kene bayar larr.. wat pe nak amik ekk.. bawak sendiri punyer jer lar..







04 Oktober 2010

resipi - kuah kacang


hari nih 25 syawal.. tinggal 4 hari jer lagi syawal akan melabuhkan tirainya..
biasalah lar kan orang m'sia, selagi syawal masih ada, selagi tu lah menyambut raya.. wat rumah terbuka bagai..

so, kat sinie saya nak kongsi resipi kuah kacang yang saya belajar dari mak & along..

bahan-bahan:
300 gm kacang tanah - goreng tanpa minyak or sedikit hingga garing & tumbuk / kisar
bawang merah, bawang putih, serai, halia - kisar
cili kering (rebus) - kisar
segenggam udang kering - rendam & kisar
air asam jawa
sesenduk kecil gula melaka / perang
sesenduk kecil gula pasir
garam
minyak

cara-cara membuat:
1. Panaskan minyak dalam periuk. Masukkan cili kisar. goreng hingga pecah minyak & garing.
2. masukkan bahan kisar - bawang, serai, halia. kacau hingga garing.
3. masukkan udang kering. kacau dan biar hingga naik bau. (saya suka klu ada rasa udang kering dalam kuah kacang)
4. masukkan kacang yang dah kisar. kacaukan. biarkan hingga minyak naik.
5. masukkan air asam jawa. kecairan nya agak2 lar.. klu pekat sangat, tambah lagi airnya.
6. masukkan gula melaka.. kacau..
7. masukkan gula pasir.. kacau.. sesambil tu rasa-rasa laa gak ye..
8. tambahkan garam sket..
9. kacau.. biar dalam seminit dua, boleh lah ditutup apinya..
10. bolehlah dihidangkan bersama nasi impit..




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...