Permulaanku

Daisypath Anniversary tickers

18 April 2011

kosong

Assalamualaikum.. Salam sejahtera buat kamu pembaca blogku... ;)


AF : ini entri orang tidak sihat..

17 April 2011

ikan kukus serai

Assalamualaikum.. Salam sejahtera buat kamu pembaca blogku... ;)

lauk tengah hari semalam.. hasil tangan siapa lagi.. en. miorku lar..


bahan A:
1 ekor ikan siakap
sedikit garam (jika perlu)
1 sudu makan sos ikan
1/4 cawan air
3 batang serai (diketuk)
sedikit daun sup / ketumbar

bahan B (dihiris):
2 ulas bawang putih
3 biji bawang merah
2 inci halia
5 biji cili api
1 biji cili merah (jika suka)


cara-cara membuat:
1. bersihkan ikan dan sapukan garam pada seluruh ikan
2. masukkan semua bahan dalam bekas pengukus
3. masakkan ikan dengan api yang kuat selama 15 minit
4. hidangkan

AF : tak sedap badan.. kepala batu ada dalam.. huhu..

16 April 2011

aku semut kecil

Assalamualaikum.. Salam sejahtera buat kamu pembaca blogku... ;)

aku semut kecil..
menggalas beban yang besar,
memikul bukan yang sewajarnya,
beban yang besar... tanggungjawab yang besar..
tanpa panduan yang kukuh,
dengan latihan yang terbatas,
beban tetap ku bawa dengan patuh..
wajarkah? setimpalkah?

aku semut kecil...
dengan peluang yang ada terhad,
suaraku tidak kuat,
untuk didengari semut-semut hebat...

aku semut kecil,
hanya mampu terus menggalas,
beban yang sedia besar,
dengan rasa yang memberat..

aku semut kecil,
mampukah aku terus bertahan lagi?


AF : pagi sabtu yang dingin..  hujan turun membasahi bumi.. sedap tido time2 nih, kan..?

14 April 2011

saya suka baca blog dia.. dulu..

Assalamualaikum.. Salam sejahtera buat kamu pembaca blogku... ;)

saya tengok lar balik fail-fail lama saya.. nampak pulak lak skrip blog lama masa zaman guna blogdrive dulu.. maka, zaman awal-awal menulis blog pun terimbau lah.. chewah..

masa dulu-dulu, antara blog yang saya suka baca ialah blog quesera.. antara blogger yang popular juga lar masa tu.. saya cuba try cari balik link nya.. tapi tak jumpa..

dulu-dulu juga, saya suka baca blog redza.. blog dia simple jer..  saya suka baca penulisan dia.. bila baca entri-entri dia, rasa cam baca novel.. kadang-kadang terdetik juga, redza nih memang wujud ke? atau ia hanyalah rekaan seseorang di alam maya ni.. tapi sejak redza dah tuka guna blogspot, sy dah jarang baca.. minggu ni bila teringat balik, saya bukak lah blog dia.. rupanya dah lama dia tak update.. apa lar agaknya jadi ngan dia sekarang ye.. tertanya-tanya juga..

macam sekrang jugak lar, bila kita BW kita pasti akan jumpa dengan blog yang boleh buat kita tertarik untuk baca dan ikut entri-entri blogger tu.. dulu-dulu pun, ada satu blog ni.. saya suka singgah baca entri dia.. blog personal lar.. ada satu ketika tu, saya ternanti-nanti juga entri baru dari blogger tu.. lama tak update.. rupa-rupanya,, blogger tu dah meninggal dunia akibat dari penyakit yang dihidapinya.. itupun, saya tahu sebab tunang arwah yang maklumkan dalam blog tu..

rasa cam sayang pulak list link blog dulu-dulu tak der..  sebabnya.. blog lama tu saya dah delete terus...  cam rugi lak delete.. skrang ni, memang lekat dalam kepala blog redza jer.. sebab senang nak ingat..


hrrmm.. gitu lar kan.. hanya dengan membaca coretan kehidupan seseorang melalui alam maya, kita rasa cam kita kenal jer seseorang tu.. cam orang tu dekat jer ngan kita.. sampaikan bila kita online pun, tetiba leh teringat.. gitular kuasa blogger.. gitulah kuasa jari yang menaip.. hanya melalui penulisan ajer..

hanya dengan penulisan, kita boleh jatuh cinta..
hanya dengan penulisan, kita boleh jadi benci..
hanya dengan penulisan, kita boleh .....



AF : saya suka menulis.. tapi saya tidak pandai.. saya hanya menulis seadanya..

masalah dengan pemaju

Assalamualaikum.. Salam sejahtera buat kamu pembaca blogku... ;)

saya ni, kan.. jarang masuk efbi.. hari selasa hari tu, terlogin lah pulak.. tetiba nana ping saya. nana ni opismet yang beli umah kat bandar yang sama ngan saya.. dia cite arr pasal proses umah dia ada problem sket.. umah dia dah siap dan dah dapat surat soh amik kunci pun.. tapi ada isu lar sedang diselesaikan.. biasalah.. pasal interes..

kalau ikut rekod memang salah pemaju.. sebab lewat hantar dokumen gadaian yang lengkap pada bahagian pinjaman perumahan (perbendaharaan).. bila lewat bayar, pemaju caj interes kat pembeli.. patutnya tak bule lar kan?

nana kata:
jangan amik kunci dulu.... semak dulu kadar interest.. sebelum nie diorg charge saya RM 2600++
lepas tuh diorg bagi pengurangan dalam 1300++..
saya pk balik saya rasa x berbaloi.. n then saya call lawyer n perbendaharaan nak dapatkan kronologi..

tuh sebab saya memohon 2nd time untuk kadar interest..
dah hantar pada pemaju dah tuh.. then treasury pun dah hantar surat kepada pemaju jugak
bayangkan la untuk pertukaran hak milik amik masa 300+ hari
lepas tuh kenakan ke atas kita plak kadar interest tuh
giler kan 

saya dah disuruh amik kunci 
interest yang dikenakan kali kedua nie 1095.46
atas alasan nak buat pindah milik jadik lambat disebabkan atas nama treasury dulu jadik kita y g kena bayar kadar interest tuh

usop kata:

kita bako!! kita bako!!
gitular cite nana.. saya dan en.  miorku risau juga lar.. kisah kami entah macam mana pulak.. skrang ni tengah tunggu surat soh amik kunci jer lagi.. haiissh.. sabo aje lar..

12 April 2011

minggu orientasi UBM - mari berkenalan

Assalamualaikum.. Salam sejahtera buat kamu pembaca blogku... ;)

saya dah sambung belajar balik.. belajar di mana? universiti maya yang dikenali sebagai Universiti Blogger Malaysia. Tak der yuran pun free jer.. so, skrang saya tengah melalui minggu orientasi.. kene wat assignment pulak.. esok duedate kene hantar kat prof ni.


 ni ha assignment yang saya kene wat ni..

nama : ana farha (nama blog pun sama)

soalan 1: sejak bila mula berblog?

Saya betul-betul terjebak di dalam dunia blog masa tahun 2006. Sebelum tu memang dah kenal dah dunia blog, tapi lebih kepada membaca blog-blog orang saja. Tak der blog sendiri pun.. klu ada pun photoblog lar kat fotopages (ciklara.fotopages.com).. mula ada blog sendiri guna blogdrive. Masa tu lar saya mula belajar guna html.. sebelum ni memang ada belajar wat prgramming.. itupun berbelas tahun yang lalu.. tak ingat dah.. kat blogdrive pun dah blajar guna css.. tapi tak pandai sangat lagi..

Pada tahun 2008, saya tukar guna blogspot pulak.. bila guna blogspot, baru faham lebih sket tentang css. Skrang ni dah terrer sket lar.. terrer kopipes.. haha.. macam-macam lar dapat belajar sesambil wat layout blog tu..  best jugak..

Soalan 2: apa pandangan anda mengenai dunia blog darsawarsa kini

Sebelum saya meneruskan jawapan saya bagi soalan di atas, izinkan saya betulkan ejaan darsawarsa tu ye, prof. ejaan sebenar adalah dasawarsa.. :D

Pada ketika memula saya terjebak dalam dunia blog, saya rasakan blogger-blogger benar-benar menulis dari hati.. maksudnya, apa yang hendak disampaikan adalah berdasarkan minat untuk menulis sesedap rasa hati mereka, lah..

Beza skrang apa yang saya lihat, ada yang menjurus kepada populariti dan pendapatan. Almaklum lah skrang kan kuasa internet sangat hebat. Nak-nak pulak kerajaan pun sangat menggalakkan rakyatnya supaya bergiat cergas menggunakan perkhidmatan jalur lebar.

Masa dulu-dulu tak der pun iklan sana sini dalam blog. Skrang ni klu singgah mana-mana blog tak der iklan nuffnang cam tak sah.

Blogger sekarang pun makin ramai bak cendawan tumbuh selepas hujan. Masing-masing perlu bersaing memerah otak untuk menarik pembaca datang ke blog mereka dengan mensajikan entri-entri yang kreatif.. walaupun  ada yang kopipes saja.. ada yang buat buat give away dengan macam-macam hadiah menarik. Nak add dalam blog list pun kene wat entri jugak.. terus-terang tang ni saya tak berapa gemar lar..

Soalan 3 : pandangan anda mengenai IPTM (institut pengajian tinggi maya) pertama ini

Saya rasa sangat bagus diwujudkan supaya ia boleh menjadi medium kepada blogger untuk berkumpul dan bertukar-tukar idea disamping dapat meramaikan kenalan di alam maya.. dan secara tak langsung dapat berjumpa di alam nyata juga. tapi skrang dah kawen saya sangat susah lar nak join gathering.. masa bujang pun saya tak join sangat.. almaklumlah.. pemalu..

Selain itu, dapatlah juga ia memberi peluang kepada mana-mana blogger yang tidak merasa untuk melanjutkan pelajaran ke IPT nyata.. bolehlah berlatih dan merasa wat assignment walaupun di alam nyata saja hehe..

Sekian dulu assignment saya. Semoga dapat markah A++++ dari profesor yang semak..

Sebagai karangan terakhir assigment ini, saya menjemput kepada rakan-rakan blogger yang singgah baca blog ana farha untuk join sama memeriahkan lagi UBM ni. lagi ramai student, lagi lah meriah, kan.. Boleh share lagi banyak idea-idea kreatif dari lain-lain blogger.

Pen merah pen biru;
Cukup sudah, saya berhenti takat ni dulu.

11 April 2011

indahnya dan beruntungnya wanita

Assalamualaikum.. Salam sejahtera buat kamu pembaca blogku... ;)

entri kopipes.. tidak rasa ingin menulis ketika ini.. credit to d original writer.. layann..

Beruntunglah seorang wanita yg ada rahim.. jadi ‘kilang ‘ manusia..
Tiap-tiap bulan dia diberi cuti bergaji penuh… 7 sehingga 15 hari sebulan dia tak wajib sembahyang tetapi Allah anggap diwaktu itu sembahyang terbaik darinya.
Cuti bersalin juga sehingga 90 hari. Cuti ini bukan cuti suka hati tapi cuti yang Allah beri sebab dia bekerja dengan Allah. Orang lelaki tak ada cuti dari sembahyang.. . sembahyang wajib baginya dari baligh sehingga habis nyawanya.

Satu lagi berita gembira untuk wanita, Sepanjang dia mengandung Allah sentiasa mengampunkan dosanya, Lahir saja bayi seluruh dosanya habis. Inilah nikmat Tuhan beri kepada wanita, jadi kenapa perlu takut nak beranak?

Marilah kita pegang kepada tali Allah. Seandainya wanita itu mati sewaktu bersalin, itu dianggap mati syahid, Allah izinkan terus masuk Syurga. Untuk orang kafir dia tak dapat masuk Syurga tapi Allah beri kelonggaran siksa kubur. Untuk peringatan semua wanita yang bersuami seluruh kebaikan suaminya, semuanya isteri dapat pahala tetapi dosa-dosa suami dia tak tanggung.

Diakhirat nanti seorang wanita solehah akan terperanjat dengan pahala ekstra yang banyak dia terima diatas segala kebaikan suaminya yang tak disedari. Contohnya bila dia redho suaminya pergi berjemaah di masjid atau ke majlis ilmu, bersedekah.. ganjaran Alah keatasnya jua..

Bila dia lihat suaminya tengah terhegeh-hegeh di titian Sirat dia tak nak masuk syuga tanpa suaminya, jadi dia pun memberi pahalanya kepada suami untuk lepas masuk syurga.
Didunia lagi, kalau suami dalam kesusahan isteri boleh bantu tambah lagi di akhirat.
Kalau seorang isteri asyik merungut,mulut selalu muncung terhadap suami dia tak akan dapat pahala extra ini.

Manakala suami pula mempunyai tugas-tugas berat didalam dan diluar rumah, segala dosa-dosa anak isteri yang tak dididik dia akan tanggung ditambah lagi dengan dosa-dosa yang lain.. Dinasihatkan kepada semua wanita supaya faham akan syariat
Allah agar tidak derhaka denganNya.

Sesungguhnya wanita dijadikan daripada rusuk kiri lelaki. Dia bukan dicipta dari kepala ke kaki, juga bukan dari tapak kaki. Dia dicipta dari sebelah rusuk kiri lelaki supaya dia hampir kepada kamu (lelaki), lengan lelaki dicipta untuk mempertahankan wanita, dekat dengan hati lelaki untuk disayangi.

top commentator award

Assalamualaikum.. Salam sejahtera buat kamu pembaca blogku... ;)

sebagai penghargaan kepada rakan-rakan blogger yang rajin komen kat blog ana farha nih.. dengan ini saya menganugerahkan...


kepada top six blogger berikut (sebab komen lebih dari enam kali as at today larr) :

1. secangkir madu merah
2. nizam
3. chekpid
4. benjy
5. don & nor
6. kak ti

terima kasih banyak-banyak kerana sudi menyerikan entri-entri saya.. pada yang tak mencapai tahap top six, jangan kecik ati ye.. rajin-rajin lah komen nanti saya bagi award kat korang laks.. hihi.. tenkiu..
ikhlas dari ana farha.

AF : masa memula dulu-dulu untuk komen guna haloscan.. skrang dah takde.. rugi tak leh nak trace dah..

09 April 2011

durian oh durian..

Assalamualaikum.. Salam sejahtera buat kamu pembaca blogku... ;)

masa saya kecik-kecik dulu, saya tak suke makan durian.. apatah lagi bau durian.. klu abah beli durian, saya tutup  idung tak mo bau.. nak muntah.. bila adik bradik semua makan durian kat depan umah, saya dok dapo..

tapi masa darjah enam ke dah masuk form wan ntah.. saya try rasa sket durian.. eehh.. sedap jugak ghupernyer.. sejak dari tu, saya dah boleh makan durian.. tak lar suke sangat.. tapi dah boleh join d klab makan durian larr..

citer pasal jenis durian yang suke saya makan ialah - durian yang isinya kuning.. dan rasa yang lemak-lemak manis tu.. ye larr. ada orang suke durian yang pahit sket tu kan.. biasanya durian kampung lah ekk..

sedap.. hingga menjilat jari..

so, semalam kami suami isteri gi lar pasar tani mega kat putrajaya.. dah lama tak gi jenjalan sana.. ramai juga orang jual durian.. padahal kat putra perdana pun ada.. tapi, dah alang-alang kat situ, en. miorku pun beli lar sebiji.. durian fama gred A 24.. harga sekilo RM12.. durian kami beli tu RM21.. adalah lar dalam 7-8 ulas.. rasa ok.. tapi en. miorku kata tak berapa nak sedap sebab mengkal lagi.. saya? bedal aje.. habis semua kami makan malam semalam juga.. sebab klu simpan nanti dah tak sedap dah kata en. miorku..

AF : korang, kenapa suka durian? yang tak suke tu, kenape tak suke?

08 April 2011

dilema suami isteri

Assalamualaikum.. Salam sejahtera buat kamu pembaca blogku... ;)

alhamdulillah.. masih berpeluang untuk melalui hari jumaat yang penuh berkat ini..

kami suami isteri skrang di dalam dilema.. tapi, tak lah serius sangat dilema nya..dilema antara offer turbayek daripada ibu mertuwe dan kedudukan semasa kami selepasnya.. huhu..

hhrrmm.. nak tau ke apa yang didilemakan? bukan tak  mo citer.. tapi, tak leh nak cite lagi lar.. biarlah rahsia dulu... klu dah jadi dan memang serunya telah sampai, insyaAllah, nanti saya ceritakan.. okey.. doa-doakanlah semoga ianya dipermudahkan untuk kami.. amin..

AF : twitter cam lagi best dari efbi lar.. kan?

07 April 2011

gelagat usop wilcha & abi hurairah dalam ABPBH 2010

Assalamualaikum.. Salam sejahtera buat kamu pembaca blogku... ;)

untuk suka suki di pagi hari..



pesanan : “Janganlah kamu membanyakkan ketawa. Sesungguhnya banyak ketawa itu mematikan hati” [Hadith riwayat Ahmad dan Ibn Majah]

06 April 2011

teknik penjanaan idea kreatif

Assalamualaikum.. Salam sejahtera buat kamu pembaca blogku... ;)

hari isnin sampai khamis lepas, saya telah mengikuti kursus KIK anjuran INTENGAH.. kalau korang yang biasa baca garis panduan KIK tu, kan.. ada tertulis di dalamnya kaedah-kaedah penjanaan idea kreatif..antaranya adalah kaedah brainstorming (percambahan fikiran)..

masa kursus tu, untuk latihan brainstorming ni, sebagai pemanas minda larr.. kami telah diberikan dengan satu soalan untuk dibincangkan selama masa 5 min dalam kumpulan masing.. nak tau soalannya? soalannya adalah...
apakah kegunaan seluar dalam selain ia boleh dipakai?
bila dah buat dalam kumpulan.. macam-macam lar jawapan yang keluar, kan? cam kumpulan kami dapat dalam 20 kegunaan kot.. antara jawapan-jawapan yang diberi, yang mana lain-lain kumpulan pun bagi jawapan lebih kurang jugak ialah wat anduh, wat kain lap, wat mask, wat tutup kepala dan macam-macam lagi larr..

kalau korang ada projek nak buat, atau perlukan penyelesaian untuk sesuatu masalah, teknik brainstorming adalah salah satu kaedah yang boleh digunakan untuk mendapatkan beberapa solutions dan idea-idea daripada semua ahli kumpulan. kalau wat sorang-sorang, tak dapat lar banyak idea, kan..

ok.. ada beberapa teknik lain lagi yang boleh digunakan.. nanti saya kongsikan k..

AF : haa.. apa kata korang berikan jawapan korang pulak..

04 April 2011

cuci-cuci services II

Assalamualaikum.. Salam sejahtera buat kamu pembaca blogku... ;)

dulu.. saya pernah wat entri pasal kerajinan en. miorku tolong cuci sit keta, kan..? nak baca, leh ar jenguk sini..

semalam, datanglah lagi kerajinan en. miorku ini.. tapi bukan cuci sit keta.. tapi cuci pintu keta yang belah dalam tu.. kalau sesapa guna keta kelisa SE, dia nyer material belah dalam kan cam kain sket.. mudah kotor dan kesan nya ketara.. semua empat-empat pintu dibukanya.. sekali ngan kapet-kapet keta (bukan alas) en. miorku bukak dan tolong basuhkan.. haaa... rajin tak rajin hero kesayanganku ni..



dalam penat-penat @ sakit kaki bersukan ping pong sabtu lepas pun en. miorku masih larat membuat kerja HSR (housemate social responsibility) untuk isterinya ini..

AF : alhamdulillah syukur pada Allah kerana mengurniakan aku seorang suami yang sangat rajin.. sayang sayang abang... muah muah..

cara untuk menukar previous/home/next kepada icon

Assalamualaikum.. Salam sejahtera buat kamu pembaca blogku... ;)

saya pasti tutorial camne nak tukar perkataan previous / home / next kepada icon atau button memang dah banyak, kan?



ada yang tutorial yang saya cuba tu, tak berapa nak menjadi.. so, saya cuba cara ini pulak.. yang ni saya jumpa di blog design it chic.. klu rasa nak cuba, sila kan lah ekk..

Langkah 1:
klik pada dashboard - edit HTML - Download Full Template. Kene wat back up dulu seblum ubah apa-apa.. nanti klu tak menjadi / hilang ke, boleh upload balik.. klu tak menangis ler korang nanti..

Langkah 2:
klik pada kekotak Expand Widget Templates.. tekan CTRL + F serentak.. cari kod ini:





Langkah 3:
pastu, gantikan kod tadi tu kepada kod seperti bawah ni:


so, kod akan jadi cam ni..


pastikan gambar / butang / icon yang menjadi pilihan anda itu telah diuploadkan di mana-mana hosting untuk dapatkan link nya.

Langkah 4:
cari pula kod ni:


gantikan dengan kod ni:


Langkah 5:
cari pulak kod ni:

gantikan dengan kod ni:


Langkah 6:
cuba try preview.. kalau ok, bolehlah save template anda..

so, lepas dah tukar tu, ia sepatutnya akan jadi cam gambar ni..


ok.. selamat mencuba ye.. 

UPDATE: 
kepada anda yang cuba tutorial ni.. akan ada error, kan?
untuk betulkan error tu, leh cuba tengok kat tutorial yang disediakan oleh wan hazel ni..
saya dah tukar staiil lain.. nanti saya share..

03 April 2011

GEGAR 1 RIBU BLOG APRIL - BERMULA !

Assalamualaikum.. Salam sejahtera buat kamu pembaca blogku... ;)

dah lama tak der entri tetiba nak gegar 1 ribu blog..?
ni bukan pasal blog saya.. saya tetiba cam nak join segmen BEN ASHAARI ni.. nak join jugak? klik je banner kat bawah ni ye..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...