Permulaanku

Daisypath Anniversary tickers

24 Mei 2016

My Untold Story Part I

Assalamualaikum...

Salam siaran dari Kelana Jaya (KJ).. Rutin setiap minggu jika Mazlien tiada.. Datang ke KJ setiap Ahad, malam.. Ke pejabat hari Isnin, Selasa dan Rabu dari rumah KJ.. Sedia berkhidmat untuk menjaga kedua-dua ibu bapa yang keuzuran..


Pagi tadi di pejabat, saya telah dijemput untuk menjadi salah seorang panel wawancara program 'The Untold Story Vol. I'.. Program yang antara lain bertujuan untuk mendapatkan cerita-cerita staf di agensi disebalik kehidupan dan kerjaya yang dilalui seharian..




Saya dipilih atas peningkatan kerjaya yang telah dilalui sepanjang 16 tahun perkhidmatan.. Bermula dengan pelantikan secara khidmat singkat sebagai Pembantu Tadbir (Perkeranian / Operasi) Gred N9 sehinggalah ke pelantikan terkini ke Gred N41, Penolong Pengarah, di agensi yang sama..

Masa mula-mula Nurul approach saya melalui whatsapp memaklumkan tentang hasrat unitnya untuk adakan program ini, saya agak tidak pasti sama ada perlu atau tidak untuk saya bersetuju menjadi ahli panel dengan memikirkan kejayaan itu adalah biasa-biasa sahaja..  Tambahan pula, saya bukanlah siapa-siapa berbanding dua orang panel lain yang lebih menonjol kisah-kisah mereka yang tersendiri. Namun, atas rasa menghargai mereka yang mempercayai, maka, saya bersetuju juga.. Makanya, terjadilah juga kejadian itu pada pagi tadi.. hehehe..

Dalam blog sendiri pun rasanya tak pernah kot saya ceritakan kisah ini...
Untuk itu, bacalah.. Kisahku.. My Untold Story..

Kisah peningkatan kerjayaku...


Sebelum aku berkhidmat di Lem. AN, aku bekerja di syarikat M&E di KJ.. Salah seorang rakan sekerja yang telah pun memulakan kerja baharu di Lem. AN, Norazian namanya memaklumkan bahawa terdapat kekosongan jawatan di Unit Kewangan agensi tersebut. Aku pun cubalah memohon jawatan kosong yang dikatakan memandangkan waktu itu aku memang ingin sangat berhenti kerja di syarikat M&E tu. Tak sangka pulak aku telah dipanggil temuduga.. Dan alhamdulillah, aku diterima untuk bekerja di Lem. AN sebagai Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Gred N9 di Unit Kewangan bermula pada 1 Februari 2001. Tapi, aku mohon untuk melapor diri pada 5 Februari 2001.. So, bermulalah perkhidmatanku dengan agensi kerajaan mulai dari tarikh ittew...

To be continued...

03 Mei 2016

Pulmonary Embolism / Embolisme Paru-paru Punca Mati Selepas Bersalin

Assalamualaikum...

Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi atas kurniaan dan kesempatan yang diberikan untuk kita terus menghirup udara pinjaman ini...



Pada entri kali ini, saya terpanggil untuk kongsikan kepada anda tentang pulmonary embolism atau embolisme paru-paru... Sebelum ini saya tidak pernah tahu pun tentang serangan ini.. Kehilangan arwah sahabat baru-baru ini dikatakan berpunca daripada air ketuban naik ke paru-paru.. Dalam kes itu, istilahnya dari segi perubatan adalah berpunca daripada serangan embolisme ini...

Berdasarkan data Bahagian Kesihatan Keluarga, Kementerian Kesihatan Malaysia, terdapat 98 kes kematian ibu selepas bersalin akibat embolisme paru-paru di Malaysia pada tahun 2008 - 2014... (sumber)

Pada bulan Februari 2016 yang lalu, seorang ibu di Kansas telah meninggal dunia  selepas seminggu melahirkan anak kembar 3.. (sumber)

Apa maksud pulmonary embolism ni? Ia adalah darah beku yang berlaku pada paru-paru..

Apa kaitannya pula dengan ibu yang baru bersalin? Apakah punca-puncanya?

 Ia disebabkan oleh 2 punca iaitu pertama, gumpalan darah beku atau 'deep vein thrombosis' yang terbentuk di betis atau pinggul wanita yang mengandung akibat kurangnya kelancaran darah menerusi betis dan pinggul wanita berikutan tekanan kandungan dibawanya. Risiko ibu mengandung mengalami penyakit ini adalah 4 kali ganda berbanding wanita biasa dan risiko ia berlaku selepas bersalin adalah 5 kali ganda berbanding sebelum bersalin yang mana separuh kes dilaporkan berlaku melahirkan anak.

Kedua, air ketuban yang memasuki saluran darah ibu ketika bersalin atau 'amniotic fluid embolisme'. Ia tidak menyebabkan saluran darah tersumbat secara mutlak seperti di atas sebaliknya reaksi anafilaksis yang menjadikan saluran paru-paru menyempit dan akhirnya tertutup. Kadar kematian akibatnya amat tinggi dan sehingga kini, cara merawatnya masih belum dapat dikenal pasti.
Untuk artikel penuh yang berkaitan, anda boleh baca di sini.

Apapun yang berlaku adalah atas kuasa Allah dan kehendakNya jua...

Bagi wanita muslim, sekiranya wanita itu meninggal dunia dalam masa 40 hari selepas bersalin, wanita itu dikira mati syahid... Allahuakbar..


----

Buat ibu-ibu dan bakal-bakal ibu yang sedang menunggu hari, ku doakan kalian melahirkan zuriat yang dinanti dengan selamat.. InsyaAllah..

Sumber : Google




29 April 2016

Memohon maaf dan menghargai ketika masih ada...

Sumber : Google

Assalamualaikum...

Ku kembali setelah sekian lama ku tinggalkan ruang ini...
Mencoret secebis kisah duka seorang teman, ralat dek terlayan dengan emosi yang meracun hati...

Menghargai ketika masih ada..
Menghargai siapa?
Dia, kamu, dan semua disekeliling yang ada...

Andai dia pergi tanpa sempat kau ucapkan maaf dan sayangmu.. tinggallah kau dengan rasa larat yang mencengkam jiwa..

Jadi, maafkanlah segala kesalahan mereka sebelum kita melelapkan mata dan pohonlah kepada ALLAH semoga mereka juga melakukan perkara yang sama iaitu memaafkan kita juga. (quote)

Kepada kamu yang membaca coretan ini.. Ampunkan dan maafkanlah segala kekhilafanku..

------

Doa buat sahabat yang telah pergi menghadap penciptaNya Yang Maha Agung.. Almarhumah Hazlina binti Muhamad (30.01.1977 - 25.04.2016).
"Ya Allah.. Ampunilah dosanya, berilah rahmatMu ke atasnya, sejahtera dan maafkanlah dia.." Aaminn..


Sumber : Google







Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
z35W7z4v9z8w