Permulaanku

Daisypath Anniversary tickers

31 Disember 2011

2012 : Sebelum 5 perkara...

Assalamualaikum.. Salam sejahtera buat kamu pembaca blogku... ;)

Kurang 30 minit lagi tahun baru 2012 akan menjelma.. Bermakna En. Miorku akan bertambah setahun lagi usianya.. Tempoh beliau telah lahir dan bernyawa di dunia ini.. Selamat hari lahir, abang...

Bertambah usia kelahiran, juga bermakna, tempoh untuk hidup berkurang setahun lagi, kan? Bercerita tentang hidup, pasti kita akan melalui kematian suatu hari nanti.. Bersediakah kita dengan 'bekalan' bagi kehidupan yang satu lagi itu andainya kita tidak sempat untuk meraikan hari ulang tahun kelahiran pada tahun berikutnya?

Emak dan cucu sulungnya.. Rahman


Ini emak saya.. Emak akan memasuki usia 65 pada tahun 2012 nanti.. Semalam, emak telah melalui pembedahan membuang jari kelingking kaki kanannya setelah dinasihatkan oleh doktor.. Nasib baik kakak saya yang sulung tegur tentang kaki emak yang berdarah.. Kalau tidak emak akan terus buat tidak tahu tentang jari kakinya yang sudah kehitaman itu.. Sebenarnya, kaki emak telah terkena jarum suntikan insulinnya 5 hari sebelum emak di bawa ke hospital. Itupun, semasa di hospital baru emak maklumkan pada kakak saya.. Alahai emak..

Tahun ini sahaja sudah dua kali emak dimasukkan ke hospital.. Beberapa bulan lalu, mak dimasukkan ke wad disebabkan oleh kekurangan gula dalam darah.. Penyakit kencing manis sudah sebati dalam diri emak.. Sebabnya, emak sudah menghidapi penyakit tersebut lebih daripada 10 tahun.. Bukan itu sahaja, emak juga menghidapi penyakit darah tinggi dan lemah jantung.. Pembedahan 'bypass' telah pun dilalui oleh emak beberapa tahun yang lalu.. Itu kisah emak saya dan penyakit yang dihidapinya.. Kalau hendak cerita lagi memang panjang kisah emak..

Emak memang seorang yang pandai masak.. Emak kalau masak, memang sedap. Tapi, emak kalau masak makanan yang berminyak, minyak tu boleh dicedok dan buat goreng benda lain pulak. Melonak-lonak orang melaka kata..

Punca penyakit begini biasanya adalah datang daripada perut.. Kalau sudah berkaitan dengan perut maknanya datangnya juga daripada makananlah kan...

Apa yang berlaku pada emak, sangat memberi pengajaran kepada saya.. Sebab itu kalau saya memasak, saya akan cuba kurangkan penggunaan minyak selagi boleh.. Biarlah tidak cantik atau berkilat sambal atau kari yang saya masak sebab kurangnya minyak.. Tidak mengapalah asalkan ia tidak membawa penyakit 'tiga serangkai' di masa akan datang..

Sempena tahun 2012 yang akan menjelma ni, sama-samalah kita cuba kurangkan pengambilan makanan yang tinggi gula dan tinggi garam.. Amalkanlah pemakanan yang sihat.. Rajin-rajinlah bersenam (azam tahun 2012!)..

Sesamalah kita beringat.. Hargailah nikmat yang Allah berikan ini dengan menjaga kesihatan kita sebaiknya.. Seperti yang diriwayatkan oleh at-Tirmidzi dan Muslim daripada Amru bin Maimun R.A., pada suatu hari Rasullullah S.A.W telah menyampaikan pengajarannya kepada seorang lelaki, dengan sabdanya yang bermaksud:
“Rebutlah peluang lima perkara sebelum datang lima perkara yang lain, iaitu masa muda engkau sebelum datangnya hari tua, masa sihat engkau sebelum dilanda sakit, masa kaya engkau sebelum jatuh papa, masa lapang engkau sebelum datangnya waktu sibuk, dan masa hidup engkau sebelum datang saat kematian.”
Akhir kata, selamat tahun baru 2012 buat para pembaca blog Ana Farha. Semoga kedatangan tahun baru ini akan memberikan seribu kebahagian, kesejahteraan dan kegembiraan pada kehidupan kita semua... Amin..

29 Disember 2011

Segmen Bloglist X-Change and Review Ur Blog by Kiz.Mari Join!

Assalamualaikum.. Salam sejahtera buat kamu pembaca blogku... ;)

Baru berpeluang nak update blog selepas hampir seminggu berada di rumah baru. Kat tingkat bawah tak dapat signal network.. duk kat bilik atas baru ada.. itupun.. alahai.. cukup makan saja.. huhu..

Oklah.. entri sebelum tahun baru 2012.. Mari join segmen anjuran kizz garden ni..


 Syarat-syarat penyertaannya sangat mudah.. Saya suka..


SYARAT-SYARAT PENYERTAAN
 
1. Follow blog Kiz kalau rajin ( tak nak pun takpe )
2. Buat entri pasal segmen ni kat blog korang
3. Of course mesti ada blog sendiri
4. Letak Link Kiz Garden dalam Bloglist korang
5. Lepas letak link, sila komen kat entri ni beserta Nama Blog and Link Blog
6. Nanti Kiz akan terjah blog korang and kalau link Kiz ada baru Kiz
akan letak link korang kat blog Kiz Garden ok.




SYARAT-SYARAT PENYERTAAN
1. Buat satu entri kat blog korang pasal segmen ni
2. Follow Blog Kiz kalau rajin
3. Letak Link Kiz Garden dalam Bloglist korang
4. Mesti ada Blog sendiri
5. Untuk join, sila sertakan NAMA beserta LINK blog korang kat bahagian comment

6. TARIKH TUTUP : 12 JAN 2012

18 Disember 2011

kad kahwin moden

Assalamualaikum.. Salam sejahtera buat kamu pembaca blogku... ;)

Hujung tahun @ masa cuti sekolah ni adalah masa untuk makan free di hujung minggu.. makan free kenduri kahwin lar.. maknanya, jemputan ke kenduri kahwin mestilah menggunakan kad kahwin, ye tak?

Beberapa hari lepas, en. miorku mendapat jemputan kahwin dari rakan lamanya. Masa buka sampul jemputan, tengok-tengok ada cek.. Ehh.. ingatkan bagi cek bebetul... rupanya kad jemputan kahwin.. Amboi.. Macam-macam stail dah kad kahwin sekarang ye.. Makin kreatif..

17 Disember 2011

upin & ipin

Assalamualaikum.. Salam sejahtera buat kamu pembaca blogku... ;)

Semalam petang, Unit Pusat Sumber opis saya anjurkan Hari Kanak-kanak khas untuk anak-anak warga agensi.. Punya lah ramai bebudak dalam dewan.. Itu baru sikit je tu tak semua yang datang semalam.. Kalau kumpul semua anak-anak, mahu bergegar dewan kami yang sekangkang kera tu.. huhu..

kredit foto : norazian


Acara yang diadakan adalah pertandingan mewarna untuk kanak-kanak umur 6-12 tahun.. Acara kemuncak adalah kehadiran Upin dan Ipin.. Yang kelakarnya, mak-mak budak yang over nak bergambar ngan upin dan ipin.. Anak dara dan mak dara cam saya ni pun terlupa diri sekejap.. hoho.. Ala.. saja suka-suka, kan..

AF : Tumpang seronok tengok gelagat anak-anak rakan sepejabat... Bila lah ada peluang nak tengok gelagat anak sendiri pula..

16 Disember 2011

nasihat hijab untuk para wanita

Assalamualaikum.. Salam sejahtera buat kamu pembaca blogku... ;)

Nasihat untuk kita.. wanita..





Berhijablah wahai wanita-wanita Islam sesungguhnya kebaikan menanti kamu.

08 Disember 2011

Larian Jom! Kitar Semula 2011

Assalamualaikum.. Salam sejahtera buat kamu pembaca blogku... ;)

Tarikh : 18 Disember 2011 (Ahad)
Tempat : Laman 1 Malaysia. Precinct 2, Putrajaya, Kuala Lumpur Malaysia

Jom daftar di SINI.

sumber foro : hot.fm

Tarikh tutup pendaftaran : 10 Disember 2011 (Sabtu)

07 Disember 2011

06 Disember 2011

jangan putus asa!

Assalamualaikum.. Salam sejahtera buat kamu pembaca blogku... ;)

Adakalanya bila sesuatu yang kita inginkan tidak kita dapat, kita pasti akan mudah putus asa, kan?
Kita seharusnya bersyukur dengan apa yang kita ada.. Sekiranya kita benar inginkan sesuatu itu, selain berdoa kita harus perlu berusaha..

Semalam saya telah mengikuti Konvensyen AKRAB ke-2 di Perbadanan Putrajaya. Semasa pembentangan oleh Dr. Ruziati, Timbalan Pengarah Kanan Bahagian Pengurusan Psikologi JPA tentang Transformasi Minda AKRAB, beliau telah mempertontonkan kepada kami video ini.



Derek Anthony Redmond (born 3 September 1965, in Bletchley, Buckinghamshire, England) is a retired British athlete. During his career, he held the British record for the 400 metres sprint, and won gold medals in the 4x400 metres relay at the World Championships, European Championships and Commonwealth Games.

However his career was blighted by a series of injuries, and he is best remembered for his performance at the 1992 Olympic Games in Barcelona where he tore his hamstring in the 400 metres semi-final but fought through the pain and, with assistance from his father, managed to complete a full lap of the track as the crowd gave him a standing ovation. The incident has become a well-remembered moment in Olympic history, having been the subject of one of the International Olympic Committee's 'Celebrate Humanity' videos and been used in advertisements by Visa as an illustration of the Olympic spirit and featured in Nike's "Courage" commercials in 2008. Source - Wikipedia

Saya sebak tatkala menonton video ini. Terutamanya bila melihat saat bapanya datang memaut bahunya dan membantu beliau hingga ke garisan penamat..

Bagaimana agaknya kalau saya berada dalam keadaan itu? Mungkin saya akan terus terduduk di balapan... Menunggu untuk menerima bantuan sambil mengerang kesakitan..

Untuk itu kawan-kawan.. Apabila kita menghadapi sesuatu kesusahan atau kesulitan, janganlah kita mudah berputus asa. Bangkitlah dan berusahalah! Insya-Allah, pasti kita akan berjaya mengatasinya..

Ingatlah DUIT.. Doa, Usaha, Istiqamah, Tawakal..

04 Disember 2011

skim baru perkhidmatan awam

Assalamualaikum.. Salam sejahtera buat kamu pembaca blogku... ;)

http://www.interactive.jpa.gov.my/sbpa/
Ramai kakitangan kerajaan sedang menunggu akan edaran pekeliling baru SBPA ini. JPA pun sekarang ni sedang bertungkus lumus memberikan taklimat pelaksanaan SBPA kepada semua kementerian tentang skim ini.

Dikepilkan status facebook Tan Sri KPPA :


It's not the salary that i'm concern about (spiking jermen lah pulak..) tetapi.. pelaksanaan perkhidmatan dalam skim tersebut yang ingin saya ketahui dengan lebih lanjut.. tentang 'exit policy', penilaian LNPT dan sebagainya.. Biasalah bila ada perkara baru, pasti ada yang menerima, ada yang tidak. Setiap sesuatu yang dilaksanakan itu, pasti ada pro dan kontra nya. Boleh baca lagi kat sini.

Saya tak mahu nak pening kepala baca @ dengar versi cerita, pemahaman dan pendapat yang macam-macam sebelum pekeliling dikeluarkan. Saya mahu tunggu taklimat oleh BPSM dan seterusnya baca pekeliling yang akan diedarkan kelak.

AF : Redha dan pasrah. Rezeki Allah ada di mana-mana dan sangat luas.

ikan goreng berlada

Assalamualaikum.. Salam sejahtera buat kamu pembaca blogku... ;)


Just wanna share a simple recipe, sesuai untuk mereka yang sibuk atau tak tahu nak masak apa atau bahan memasak yang terhad atau malas nak masak.. hihi..

Bahan-bahan:

Ikan termenung - dibersihkan.. Kemudian, dilumurkan dengan sedikit garam dan serbuk kunyit. Goreng garing.

Cili masak dan bawang merah - dipotong kecil dan ditumbuk. (halus atau kasar ikut suka lah ye).

Cara memasak:
Tumiskan cili yang sudah ditumbuk. Kacau hingga garing. Masukkan sedikit garam untuk perasa. Kemudian masukkan lah ikan yang sudah digoreng tadi. Kacau sekejap. Angkat dan bolehlah dihidangkan.

Cepat dan senang.

03 Disember 2011

buah zuriat

Assalamualaikum.. Salam sejahtera buat kamu pembaca blogku... ;)

Maklumat tentang buah zuriat. Diperolehi daripada seorang ustaz.


Berikut adalah serba sedikit maklumat tentang buah zuriat:
  • Warnanya coklat pekat, ada isirungnya dan isi putih.
  • Buah zuriat juga dikenali dengan panggilan Buah Hawa.
Khasiat Buah Zuriat

Buah zuriat ini dikatakan amat berkhasiat. Khasiatnya (dengan izin Allah s.w.t) adalah dapat mendatangkan kehamilan dan menyembuhkan lenguh-lenguh badan.

Kulitnya amat keras. Untuk memudahkan membelah buah ini, anda perlu menggunakan gergaji besi. Rupa dalamnya sama seperti sabut kelapa.


Kaedah dan cara minum buah zuriat

Oleh kerana buah ini juga di gelar buah adam dan hawa, maka ada yang merebus dua biji buah ini sekali gus. Namun, sekurang-kurangnya sebiji buah dibelah kepada dua. Rebus biji dan isirungnya sekali, sehingga air bertukar warna seakan-akan teh. Dan disarankan diminum selama 44 hari atau sehingga mengandung. Diminum suami isteri dan boleh direbus berulang kali sehinggalah air rebusan bertukar warna menjadi putih kembali, baru diganti dengan buah yang baru.

Sebelum minum air rebusan, bacalah bismillah, diikuti dengan petikan ayat 38 surah Al-Imran sebanyak 3 kali.

رَبِّ هَبۡ لِىۡ مِنۡ لَّدُنۡكَ ذُرِّيَّةً طَيِّبَةً‌ ‌ ۚ اِنَّكَ سَمِيۡعُ الدُّعَآءِ‏ 


Maksud ayat : "Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisi-Mu zuriat keturunan yang baik. Sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (Menerima) doa"

(Doa mendapatkan zuriat ini juga boleh dibaca di dalam Surah Al-Imran, Ayat 200 dan Surah Al-Anbiya ayat 89)

Air rebusan buah zuriat boleh diminum pada bila-bila masa sahaja, malah buah ini juga boleh digosok-gosok ke sendi-sendi yang sakit. InsyaAllah akan menyembuhkan lenguh dan terasa kelegaannya.

02 Disember 2011

Planner 2012 - MS Excel

Assalamualaikum.. Salam sejahtera buat kamu pembaca blogku... ;)

Saya ada sediakan template Planner Tahun 2012 dalam format Microsoft Excel. Dah siap ada tanda pada tarikh cuti umum Persekutuan dan Negeri Selangor juga tarikh cuti sekolah (Selangor). Bolehlah anda merancang aktiviti anda tahun 2012 dengan adanya planner ini.

Kalau ada yang berminat, boleh download kat sini.

30 November 2011

wordless wednesday #8 - gua kepala gajah

Assalamualaikum.. Salam sejahtera buat kamu pembaca blogku... ;)

foto ehsan : ila nadia

29 November 2011

pendidikan bahasa arab al-furqan

Assalamualaikum.. Salam sejahtera buat kamu pembaca blogku... ;)

Mahu belajar Bahasa Arab, tak? Belajar Bahasa Arab tidak lah sesukar yang kita rasa. Kalau ikut kaedah diagram Ustaz Nasaruddin nih, nampak macam mudah nak belajar Bahasa Arab.


diagram ustaz nasaruddin


Saya pun macam tertarik nak belajar Bahasa Arab ni. Ustaz Nasaruddin ni sebenarnya dah selalu bersiaran di radio IKIM setiap hari Rabu pukul 9 malam. Saya je yang jarang-jarang nak dengar radio.
InsyaAllah, kompilasi CD Pengajian Bahasa Arab Al-Furqan Ustaz Nasaruddin akan dikeluarkan tidak lama lagi. Bolehlah kita belajar Bahasa Arab dengan mudah, ye.

Kalau nak tau berkenaan diagram ini, boleh tengok semula siaran Nasi Lemak Kopi O edisi hari Ahad, 27 November 2011 @ tonton.com.my. Saya pun nak kena tengok balik siaran ni sebab ahad lepas tengok gitu-gitu aje. Masih belum dapat tangkap sepenuhnya penggunaan diagram ni.

28 November 2011

jjcm : nasi ayam penyet cyberjaya

Assalamualaikum.. Salam sejahtera buat kamu pembaca blogku... ;)

Kalau anda ada menonton rancangan jalan-jalan cari makan dua minggu lepas, Qi ada pergi ke area Cyberjaya untuk cari makan, kan? Salah satu tempat yang dikunjungi adalah ke gerai Nasi Ayam Penyet yang terletak di terminal bas cyberjaya.



Makanya, tengah hari tadi, kami telah berkunjung ke gerai tersebut. Masa kami sampai dalam pukul 12.15 tengah hari. Beratur orang nak order nasi ayam penyet kat sini. Ikan keli @ pecel lele dah habis. Kami tak makan di situ. Kami bungkus ajer makan kat rumah.

Rasa nasi ayam penyet ni boleh tahan juga, lah. Ayamnya garing. Sambal dan sup nya pun sedap. Pada saya, sambalnya agak pedas juga. Tapi, ok lah. Masih boleh tahan kepedasannya. En. Miorku kata tak pedas. Well, terpulang pada rasa lidah masing-masing lar, kan. Kesimpulannya, ok dan sedap. Harga RM5.50 sepinggan.

26 November 2011

salam maal hijrah

Assalamualaikum.. Salam sejahtera buat kamu pembaca blogku... ;)

Persefahaman Asas Perpaduan Ummah

Jangan lupa baca doa akhir tahun (selepas solat Asar) dan doa awal tahun (selepas solat Maghrib) hari ini ye.

25 November 2011

ibadah yang menakjubkan

Assalamualaikum.. Salam sejahtera buat kamu pembaca blogku... ;)

sumber foto : al-hidayah

 Kalau baca novel, nak-nak novel yang jalan ceritanya sangat best @ novel cinta, dalam masa beberapa jam je dah abis khatam, kan? Kalau baca buku agama.. Adoi lar.. berminggu-minggu baru nak abis baca.. (ish.. ish.. siapa lah tu)..

Alhamdulillah.. Saya baru selesai membaca buku Ibadah yang Menakjubkan - Amalan yang Paling Dicintai Allah. Buku yang dipinjam dari Pusat Sumber pejabat. Sedikit sebanyak, buku ini telah memberikan kesan pada saya. Terutamanya dalam memperbaiki ibadah solat. Ya! Saya sedang memperbaiki ibadah ini dari hari ke hari.. Melatih diri supaya dapat melaksanakan solat dengan khusyuk!


Nilai dan jiwa solat terletak dalam kekhusyukan. Akan tetapi tahukah anda, apakah erti solat itu sebenarnya? Solat adalah menghadap Allah s.w.t. Begitulah anda mengatakan, 'Allahu Akbar', Allah akan menyambut dan memerhatikan anda. Pernahkah anda memikirkan perkara tersebut sebelumnya? Pernahkah anda melaksanakan solat dengan penuh perasaan dan kepekaan ini? - m/s 12-13.

Saya sangat mengesyorkan anda untuk membaca buku ini. Tersentuh jiwa dan raga tatkala membacanya lantaran membuatkan saya malu pada Allah dan Rasul-Nya akan kelalaian dan kekurangan diri ini..

Ya Allah, jadikanlah kami termasuk orang-orang yang Engkau sebutkan dalam ayat 35 Surah Al-Ahzab yang bermaksud "... dan lelaki mahupun perempuan yang banyak mengingati Allah..."

24 November 2011

hari ini hari gaji

Assalamualaikum.. Salam sejahtera buat kamu pembaca blogku... ;)


Biasalah setiap kali dapat gaji..
Bil yang perlu dibayar mula dicari-cari..
Selesaikan segera mana yang perlu..
Kalau tak, dapat surat cinta baru tahu..
Tak bayar bil api, duduk dalam kegelapanlah jawabnya nanti..


Tapi...
Nanti dulu..
Asingkan awal-awal mana yang perlu..
Sepuluh peratus, masukkan dalam simpanan dulu..
Buat bekalan di hari tua..
Kala sesak pun, ia juga..
Tak adalah nak pening kepala di hari muka.. (*-*)v

AF : Alhamdulillah..

parlimen

Assalamualaikum.. Salam sejahtera buat kamu pembaca blogku... ;)


Pagi ini saya perlu ke Parlimen. Bukan untuk bertugas 'standby' dalam dewan. Bukan untuk duduk mendengar dan melihat gelagat Ahli-ahli Parlimen. Tapi sekadar menghantar Laporan Tahunan agensi yang siap dicetak. Hari ini hari terakhir untuk hantar sebelum laporan tersebut diedarkan kepada semua Ahli Dewan Rakyat/Negara. Lega rasanya sebab siap juga dicetak dan diterima sebelum tarikh hari ini. Alhamdulillah.

Pada setiap tahun, agensi yang ditubuhkan melalui Akta perlu membentangkan Laporan Tahunan dan Penyata Kewangan (Telah Diaudit) ke Parlimen. Bila dah siap laporan dicetak, kami perlu menghantar 350 naskhah untuk edaran  kepada Ahli Dewan Rakyat/Negara. Dan pada setiap naskhah pula, nombor kertas statut perlu dilekatkan. Statut tu apa? Kalau merujuk kepada Kamus Dewan, statut membawa maksud...
"undang-undang bertulis yg diluluskan oleh Parlimen atau badan lain yg berkuasa membuat undang-undang."

InsyaAllah, tahun depan saya dah tak perlu uruskan hal-hal penyediaan Laporan Tahunan. Walaupun hanya menyelaras proses penyediaannya, namun saya tetap berasakan tanggungjawab ini terlalu besar untuk saya. Tak larat sudah nak pikul. Sakit kepala pun ye juga sebab nak melayan kerenah pihak-pihak tertentu terutama dalam proses nak mencetaknya.Cukuplah tiga tahun terlibat. Apapun, ia adalah antara pengalaman kerja yang sangat berharga buat saya.

Syukurlah, selesai semuanya...

AF : Menunggu hari-hari mendatang dengan penuh debaran dan cabaran..

23 November 2011

wordless wednesday #7 - korea

Assalamualaikum.. Salam sejahtera buat kamu pembaca blogku... ;)

bila lah dapat peluang nak gi korea lagi nih..

19 November 2011

kari daging

Assalamualaikum.. Salam sejahtera buat kamu pembaca blogku... ;)

Selamat hari sabtu.. hujung minggu hari untuk berehat bersama keluarga..
 
Petang ini nak post tentang resipi kari daging yang dimasak oleh chef in da haus beberapa hari yang lalu.. iaitu en. miorku.. resipi asas adalah dengan merujuk pada buku 1 hari 1 resipi.. tapi diolah mengikut selera chef..

Bahan-bahan:
1 kilogram daging (kambing / lembu ikut suka)
5 sudu makan rempah kari daging (dibancuh dengan air)
2 sudu kerisik (dibancuh dengan air)
1 biji kelapa (saya ganti dengan santan kotak)
5 biji kentang
1 cawan air
3 tangkai daun kari
1/2 cawan minyak masak
garam secukup rasa
8 biji bawang merah, 3 ulas bawang putih dan 2 inci halia - ditumbuk kasar

Cara-cara memasak:
  1. Basuh daging dan toskan.
  2. Panaskan minyak. Tumiskan bahan yang ditumbuk kasar (bawang) dan daun kari. Masakkan sehingga naik bau dan garing sedikit.
  3. Masukkan rempah kari daging. Masak hingga pecah minyak.
  4. Masukkan daging dan kacau rata.
  5. Masukkan kerisik. Kacaukan.
  6. Masukkan air dan biarkan sehingga daging lembut.
  7. Masukkan kentang. Biarkan sehingga empuk.
  8. Kecilkan api dan biarkan masak sehingga pekat dan pecah minyak.
  9. Sesuai dimakan bersama nasi, ketupat, roti atau roti jala.
Selamat mencuba..

18 November 2011

contest blog simple but awesome..

Assalamualaikum.. Salam sejahtera buat kamu pembaca blogku... ;)

mood untuk join contest telah datang.. contest yang hendak disertai kali ini adalah...

Blog Simple but Awesome


Syarat-syaratnya sangat mudah.. Ikut aje seperti di bawah:

- A Malaysian blogger
- Mesti ada blog
- Follow blog ini ( tak wajib )
- Buat satu entry tentang contest ini dan letak banner contest itu sekali
- Tag rakan blogger ( tak wajib )
- Paste link entry di tapak komen
Hadiahnya best juga.. Nak tahu? Klik sini.

Jom.. apa lagi! Tarikh tutup contest adalah pada 12 Disember 2011.

17 November 2011

commentluv untuk blogspot

Assalamualaikum.. Salam sejahtera buat kamu pembaca blogku... ;)

Kebanyakkan blog wordpress yang saya jumpa ramai gunakan commentluv. Mudahnya guna commentluv adalah untuk pembaca tinggalkan alamat blog mereka melalui ruang yang disediakan. Diorang pun dapat free backlinks dari blog kita.

Masa memula guna blogspot, saya pernah guna haloscan. okey juga. tapi sejak tahun 2006 kot, haloscan bukan free lagi. Dah kena bayar kalau mahu guna.



Ketika blogwalking dekat blog benjy beberapa hari lepas, saya cam terperasan, rupanya untuk blogspot pun boleh install commentluv. Saya pun carilah  maklumat berkaitan dan saya install commentluv pada blog ana farha ini.

Kalau anda nak cuba guna, bolehlah lawat beberapa blog yang menerangkan cara-cara nak install commentluv untuk blogspot anda. Antaranya...
Selamat menggunakan commentluv!

16 November 2011

wordless wednesday #6 - samsung galaxy note

Assalamualaikum.. Salam sejahtera buat kamu pembaca blogku... ;)

sedang menggunakan ini...


mungkin akan bertukar kepada ini?


bagus juga, kan?

masalah jerawat

Assalamualaikum.. Salam sejahtera buat kamu pembaca blogku... ;)

Setiap wanita pasti mengimpikan kulit yang cantik, putih, bersih dan mulus, kan? Syukur lah kalau anda dilahirkan dengan kulit yang sebegitu.. Ada sesetengah tu pulak, rasa macam nak mati je kalau ada jerawat  walaupun cinonet jer tumbuh kat muka, kan?

Kulit wajah saya mula ditumbuhi jerawat sejak masuk tingkatan satu. Kawan-kawan kulit cantik ajer.. Kulit kita je tak berapa nak elok. Memang self-esteem berada pada tahap rendah sajalah kan masa tu.

Jerawat ni pun macam bermusim pulak. Kadang-kadang bila dah okey, dia surut.. Kang tu pulak, tetiba je naik banyak. Ada masa pulak tu, tak boleh ditegur. Bila muka dah elok sikit, kalau ada orang tegur "eehh.. dah elok muka kau ye, Na.." Nanti esoknya, terus jerawat keluar balik.. Sadis..

RM30++
Sampai habis sekolah, jerawat tumbuh (ke keluar ye?) secara on-off.. Bila dah kerja, ada duit sendiri, barulah lah boleh nak beli set rawatan muka yang elok sikit. (ye lah.. dulu guna bedak sejuk ajer.. kadang-kadang perah air limau nipis bagi jerawat kecut..) Produk Nouvelles Vissages pernah guna.. (Alaa.. yang BML tu) Habis muka saya jadi merah cam udang kena bakar. Nak cantik punya pasal, kan? Sempat lah guna untuk beberapa bulan. Kemudian stop.. Cuba pulak jenama lain.. Stop.. Guna balik BML.. Stop.. Guna pulak sabun papaya.. Stop.. Pendek kata (bukan panjang yang kata), ada jenama yang rasa cam okey (walaupun mungkin tak), semua hendak dicuba.

RM30++
Sehinggalah pada suatu hari di tahun 2002, ketika saya ke farmasi di PJ New Town ni, promoter tu sarankan saya untuk guna acnederm wash sebagai pencuci muka dan dalacint-t sebagai toner untuk mengeringkan jerawat. Disamping itu, saya juga ambil pil antioksidan untuk mencuci toksik dalam badan. Alhamdulillah, bila guna dua produk ini, kulit muka jadi elok sikit lah (walaupun pori-pori muka tidak dapat ditutup sepenuhnya). Walaupun harganya agak mahal, tapi boleh tahan dua ke tiga bulan.. Tapi kulit tidak lah gebu dan berkilau macam guna produk shadirah.. (ketawa)..

Makanya, sampai sekarang saya masih gunakan acnederm wash (kadang-kadang guna juga produk lain). Dalacin-t tu digunakan bila ada tumbuh jerawat. Memang seratus peratus guna pencuci muka sahaja. Bedak pun tak pakai. (malas)..

Kepada adik-adik remaja yang mungkin mempunyai masalah kulit muka berjerawat bolehlah cuba guna produk ini. Tak pun, seelok-eloknya, cuba lah berjumpa dengan doktor kulit yang bertauliah untuk mendapatkan rawatan.

AF : Tak apalah klu jerawat tumbuh sikit-sikit... Jerawat tu kan pemanis wajah..

15 November 2011

keseronokan bekerja

Assalamualaikum.. Salam sejahtera buat kamu pembaca blogku... ;)

waww wee juniyer jusssss..........
Saya ingin bertanya pada anda yang dah bekerja tu.. adakah anda seronok dengan  kerja anda? seronok bekerja di tempat kerja sekarang? ada terasa ingin pindah cari kerja lain?

Terus terang, beberapa minggu kebelakangan ini saya mempunyai perasaan dan keinginan itu. (kalau diikutkan dah lama dah sejak diarahkan membuat kerja yang saya tidak  minat ini.. Namun apa kan daya.. SYMP..) Ingin mencari kerja lain dan cuba kerja baru.. Ialah, memandangkan hasrat untuk menukar ke bahagian lain tidak kesampaian, tukar tempat kerja sajalah jalan yang berlegar-legar di kepala. Tetapi, untuk kes saya sekarang agak payah juga nak dapat cari kerja di tempat lain pada gred yang sama. Makanya, apa yang saya buat? Saya positifkanlah juga minda untuk terus berasa seronok dengan apa yang sedang dilaksanakan. Almaklumlah, tinggal sebulan lebih sahaja lagi untuk ke akhir tahun 2011. Awal tahun depan pula sesi mengira pencapaian kerja sepanjang tahun ini pun akan bermulalah (yang saya akui pencapaian saya tahun 2011 tidak memberansangkan!) Semoga tahun 2012 akan memberikan sinar yang lebih baik dalam bidang tugas baru yang perlu saya lakukan. Insya-Allah..


Di sini saya kongsikan tentang lima sebab mengapa orang tak ceria di tempat kerja yang disenaraikan oleh Dr. Fadzilah Kamsah, antaranya :

  • mereka tak nampak perlunya keceriaan dan keseronokan di tempat kerja, hanya kerja, kerja dan buat kerja!



  • kebanyakan orang jarang berdoa untuk menjadi seronok di tempat kerja



  • mood yang bertukar-tukar, tak terkawal dan asyik dilanda ‘bad mood’. Kita kena kawal mood, supaya keceriaan dan keseronokan bekerja sentiasa ada.
    suasana kerja yang memboringkan, masalah-masalah peribadi terbawa ke tempat kerja sehingga tenggelamnya rasa seronok bekerja.



  • kurang sihat, fizikal dan mental.



  • (sumber : imotivasi)

    Okey. Berbalik kepada cara untuk positifkan minda supaya kesoronokan bekerja untuk hadir semula. Bagaimana boleh kita lakukan? Ini antara tip yang saya jumpa dari macam2tips  yang boleh diamalkan ialah:

  • Sentiasa berdoa agar diberikan keseronokan untuk bekerja.
    Memulakan keseronokan dalam diri. Jangan mengharapkan keseronokan dimulai oleh orang lain. Tangkis segala perasaan iri hati,cemburu, sakit hati dan sebagainya. Cuba ceriakan orang di sekitar kita.



  • Sentiasa memaafkan semua orang sebelum tidur. (Stress di tempat kerja kadang-kadang timbul disebabkan oleh perasaan tidak puas hati dengan rakan sekerja, bos atau sesiapa sahaja di tempat kerja).



  • Ubah rutin harian. Cuba ubah rutin harian anda menjadi lebih menarik.


  • AF : Bila rasa tak seronok, cepat-cepat panjatkan kesyukuran pada-Nya atas rezeki yang telah diberi..

    09 November 2011

    08 November 2011

    urusan rumah baru

    google map
    Assalamualaikum.. Salam sejahtera buat kamu pembaca blogku... ;)

    alhamdulillah. urusan untuk mendapatkan kunci rumah dah pun selesai. sabtu lepas juga kami pergi pejabat pemaju di BSP ambil kunci.

    dapat sahaja kunci, kami pun terus pergi rumah. tengok-tengok sebarang aduan yang perlu dibuat. ada lah beberapa benda yang perlu dibaiki. hampir dua jam juga kami berada di rumah baru.

    saya dah lama rancang nak bagi nama pada rumah baru kami.. tapi en. miorku tak komen apa-apa pulak.. tak mengapalah.. biarlah saya gelarkan rumah kami sebagai teratak cinta.. boleh? (senyum)

    kami belum boleh pindah lagi. kami perlu tunggu grill siap di pasang baru boleh pindahkan barang-barang. adalah dalam dua minggu lagi.. jiran-jiran berhampiran siap ubahsuai terus rumah mereka sebelum pindah. kami ada juga merancang untuk membuat pengubahsuaian terutamanya di ruang dapur. tetapi memikirkan akan kekangan pada bajet, hasrat itu ditangguhkan dahulu. lagipun, itu bukan keutamaan.

    hhrrmm.. cukuplah dulu coretan kali ini. tidak terlambat lagi kan untuk saya ucapkan Salam Aidiladha buat semua umat Islam. Sekian dulu..

    Assalamualaikum.

    03 November 2011

    yang dinanti telah tiba...

    Assalamualaikum.. Salam sejahtera buat kamu pembaca blogku... ;)

    hari ini rasa gembira sedikit. surat yang ditunggu-tunggu daripada pemaju tentang pengurangan bayaran kadar faedah akhirnya diterima melalui e-mel.. dua bulan saya tunggu.. itu pun selepas surat kedua difaxkan kepada pihak pemaju semalam.. siap saya tulis di bawah surat salinan kepada bahagian pinjaman perumahan, tribunal pengguna pembeli rumah dan peguam. tapi saya hanya faxkan pada pemaju dan peguam sahaja..

    insyaAllah esok tengah hari, boleh lah kami langsaikan beberapa bayaran yang perlu diselesaikan. tak sabar nak pegang kunci rumah!

    alhamdulillah..

    AF : terubat kebosanan hati kerana letih dengan politik manusia di tempat kerja dengan e-mel yang menggembirakan ini.

    02 November 2011

    wordless wednesday #4 - senyum


    Assalamualaikum.. Salam sejahtera buat kamu pembaca blogku... ;)

    Rasulullah صلى الله عليه وسلم seorang yang paling banyak mengukir senyuman di wajahnya. Baginda صلى الله عليه وسلم tidak akan berbicara kecuali dalam keadaan tersenyum ツ.

    ~ Sekarang jika ditanya kenapa anda suka senyum? Maka jawablah kerana senyuman itu sunnah Kekasihku Muhammad صلى الله عليه وسلم. Senyumlah ツ.

    اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وسلم

    - fattabiouni malaysia

    01 November 2011

    di TAG dan mengeTAG

    Assalamualaikum.. Salam sejahtera buat kamu pembaca blogku... ;)

    dah lama tak wat TAG ni.. tetiba kene TAG ngan Qma pulak.. meh tengok syarat-syaratnya..

    1. Post this rules
    2. Write 11 things about yourself
    3. Answer the questions the tagger set for you
    4. Create 11 NEW questions for the people who you tagged to answer
    5. Choose 11 blogger to tag and link them on the post
    6. NO TAG back

    okey.. jom mulakan..

    1. selesai..

    2. 11 perkara tentang saya?
    • seorang yang pendiam
    • suka baca novel melayu (sekarang agak slow sikit)
    • suka jalan-jalan makan angin
    • gemar surf internet
    • seorang yang pemalu juga
    • anak ke tujuh daripada sembilan orang adik beradik
    • suka warna hijau
    • pernah bercita-cita untuk menjadi pramugari lepas tonton drama jepun Chiaki
    • pernah minat gila dengan zamani slam
    • pakai kasut saiz lima
    • pernah membela kucing yang banyak.. sekarang seekor pun tak ada..

    3.  jawab soalan Qma ye..

    1. apa maksud bagi nama penuh anda? yang riang gembira
    2. lahir berapa haribulan dan dalam bulan berapa? 2 Jun
    3. apa warna kegemaran anda? hijau, hitam dan putih
    4. subjek apa yang anda minat masa kat sekolah / universiti? kat kolej minat subjek psikologi & sosiologi.. belajar tentang perilaku manusia..
    5. siapa cikgu yang paling anda suka? great teacher onizuka.. hehe
    6. siapakah idola dalam hidup anda? Nabi Muhammad s.a.w.
    7. apakah haiwan yang anda suka? pastinya kucing..
    8. selepas bangun tidur, apakah perkara pertama yang akan anda buat? buat regangan badan..
    9. apakah yang akan anda buat sebelum tidur? minum air kosong dulu..
    10. apakah yang akan anda buat bila tension? jalan-jalan.. makan.. tido.. (mana-mana yang bersesuaian)
    11. apakah impian anda yang belum terlaksana? menjalankan perniagaan sendiri..

    4. 11 soalan baru... bersedia..

    1. Hari lahir anda tahun 2012 jatuh pada hari apa?
    2. Anda pakai kasut saiz apa?
    3. Anda ada berapa orang adik beradik & anda anak yang keberapa?
    4. Siapa nama jiran sebelah anda?
    5. Berapa lama sudah anda kerja di tempat kerja sekarang?
    6. Apa cita-cita anda masa kecil dahulu?
    7. Masakan yang anda suka masak?
    8. Makanan kegemaran anda?
    9. Tempat paling jauh anda pernah pergi?
    10. Negara yang sangat ingin dilawati?
    11. Apa rancangan anda dalam tempoh setahun daripada sekarang?

    5. pilih 11 orang untuk di TAG.. mereka adalah..

    31 Oktober 2011

    tawaf di baitullah..

    Assalamualaikum.. Salam sejahtera buat kamu pembaca blogku... ;)



    Suasana pemandangan di Baitullah pada pukul 11 pagi waktu malaysia hari ini. Waktu di Mekah lewat 5 jam.. Inilah keadaannya selepas solat subuh.. Para jemaah beramai-ramai melaksanakan tawaf sunat mengelilingi Kaabah..


    Subhanallah..

    Mahu tonton live streaming dari Masjidil Haram dan Masjid Nabawi? Klik SINI..

    29 Oktober 2011

    be the movement charity walk

    Assalamualaikum.. Salam sejahtera buat kamu pembaca blogku... ;)

    petang hari ini diisi dengan aktiviti riadah sambil beramal.. be the movement charity walk in support of world hunger relief 2011. sumbangan yang diperlukan untuk menyertai jalan kaki amal ini hanya RM25.00 seorang. kami diberi 3 keping tiket untuk t-shirt, makanan dan goodies.

    pukul 2.00 petang kami gerak ke putrajaya untuk menuntut t-shirt yang disediakan. pukul 3.00 petang, masa untuk ambil makanan yang disediakan pula iaitu ada tiga pilihan, burger KFC, a slice of pizza from pizza hut dan ayam mas (tak sure apa).

    pada masa sama, persembahan artis jemputan seperti miz nina dan hujan sedang diadakan di pentas utama. memandangkan kami punya masa yang banyak sebelum acara jalan kaki dimulakan pada pukul 6 petang, makanya, kami singgah ke alamanda dulu. kononnya nak cari bateri kamera olympus en.. miorku yang dah tak berapa nak tahan ni. pergilah cari di fotokem. bila tanya, mahal lah pulak.. RM160++.. original katanya.. kami pun tak jadi lar nak beli..

    masa dah pukul 4 petang. kami singgah solat asar di masjid putra dulu. lepas itu, terus ke istana kehakiman di mana acara sedang berlangsung. sebelum pukul 6 petang (kira-kira pukul 5.55 ptg) para peserta sudah dilepaskan untuk berjalan..


    berlepas dari istana kehakiman ke PICC dan patah balik

    pukul 7 malam kami selesai sampai di garisan penamat.. masa nak tebus goodies tu, kami hanya dapat satu beg sahaja.. sebabnya, lagi satu kupon entah dah tercicir mana entah.. tak apalah.. itu bukan matlamat pun.. yang penting, kami dapat beramal sesambil beriadah.. badan pun sihat..

    sijil untuk peserta yang berjaya tamatkan acara

    goodies
    dah ambil goodies, kami pun terus pulang ke rumah.. penatnya.. tapi seronok!

    28 Oktober 2011

    al-fatihah

    Assalamualaikum.. Salam sejahtera buat kamu pembaca blogku... ;)

    di hari jumaat yang mulia ini, mari sama-sama kita sedekahkan al-fatihah buat junjungan mulia Nabi Muhammad s.a.w, ahli keluarga baginda, sahabat-sahabat baginda, para alim ulamak, muslimin muslimat juga buat kedua-dua ibu bapa kita tidak kira sama ada masih hidup atau telah tiada..

    بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـٰنِ ٱلرَّحِيم
    Bismi Llâhi r-rahmâni r-rahîm
     1. "Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani"


    ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَـٰلَمِين 
    Al-hamdu liLlâhi rabbi l-`âlamîn
    2. "Pujian bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam"

    ٱلرَّحْمَـٰنِ ٱلرَّحِيم 
    Ar-rahmâni r-rahîm
    3. "Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani"

    مَـٰلِكِ يَوْمِ ٱلدِّين 
    Mâliki yawmi d-dîn
     4. "Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari Akhirat)"

    إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ 
    Iyyâka na`budu wa'iyyâka nasta`în
    5. "Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan"

    ٱهْدِنَا ٱلصِّرَ ٰط ٱلْمُسْتَقِيمَ
    Ihdina s-sirâta l-mustaqîm
    6. "Tunjukilah kami jalan yang lurus"

    صِرَ ٰطَ ٱلَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ

     غَيْرِ ٱلْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْوَلاَ ٱلضَّاۤلِّينَ
     Sirâta llazîna an`amta `alayhim
    ghayri l-maghdhûbi `alayhimwala dh-dhâllîn
    7. "Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang dimurkai ke atas mereka, dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat"
    amin.

    sumber : syukur28

    27 Oktober 2011

    eksplorasi taman warisan kota gua gelanggi II

    Assalamualaikum.. Salam sejahtera buat kamu pembaca blogku... ;)

    okey. hari ni saya nak kongsikan sikit pasal aktiviti semasa team building jumaat lepas. entry sebelum ini saya tak letak gambar eksplorasi dalam gua sebabnya tak copy lagi gambar-gambar dari kamera kawan-kawan. terima kasih kepada cik rohaidah dan puan ila nadia.. so, ada kesempatan ni saya kongsikan serba sedikit gambar mana yang ada ye.

    kalau ada pembaca yang berminat nak jelajah gua-gua di kota gua gelanggi ni, anda boleh menginap di Felda Residence Tekam di Jerantut. Jarak dari hotel lebih kurang 10 minit. eksplorasi kami ke gua gelanggi dibawakan oleh team FROG (Felda Residence Outdoor Group).
    
    cuaca mendung mengiringi eksplorasi ke gua gelanggi

    baru sampai. berkumpul untuk dengar briefing dulu..

    kami dipecahkan kepada tiga kumpulan. saya join kumpulan satu yang dipimpin oleh FROGman Zam.. perjalanan eksplorasi bermula pukul 9 pagi lebih.. sebelum perjalanan diteruskan, singgah dulu kat bilik air membuang apa-apa yang patut. sebabnya, itu jer satu-satunya tandas yang proper disediakan. klu tak, kene lar guna tandas semulajadi dalam gua.. haha.. ada bran ka?

    okey. perjalanan melalui kawasan hutan.. stokin dah siap-siap tarik tinggi menutup kaki seluar. kawan-kawan di depan dah kena cium dek pacat dah.. mana taknya, petang sebelum dah hujan.. tanah lembap.. paham-paham aje lah.. jalan punya jalan, tibalah kami ke pintu masuk gua angin..
    





    ada beberapa lubang di kawasan ini disebabkan oleh ahli-ahli arkeologi yang menjalankan kajian di kawasan ini. katanya, ada terjumpa rangka manusia yang sudah beribu tahun di sini.

    laluan nak masuk ke gua angin, kami perlu lalu satu lubang yang kecil. jenuh juga nak panjat batu nak melepaskan diri melalui celah batu tu..

    ina sedang berusaha untuk mengeluarkan badannya dari laluan kecil itu



    berehat sebentar di gua angin. this is zam the FROGman

    selepas melepasi gua angin, kami teruskan eksplorasi untuk ke gua sanding pula. laluan ke gua sanding sangat gelap. kalau torch light dipadamkan, kami hanya nampak satu lubang kecil di atas.

    yang warna hijau adalah lubang kecil menampakkan hutan di luar gua

    untuk kisah selanjutnya.. nantikan sambungannya ye..

    cium isteri depan orang ramai

    Assalamualaikum.. Salam sejahtera buat kamu pembaca blogku... ;)

    just nak share video soal jawab bersama ustaz azhar idrus tentang mencium isteri depan orang ramai.. ustaz azhar juga sentuh tentang budaya membatalkan air sembahyang selepas nikah dan juga trend bakal-bakal pengantin masa kini yang ambil gambar pre-wedding sebelum nikah..

    renung-renungkanlah dan selamat beramal!

    26 Oktober 2011

    wordless wednesday #3 - cahaya

    Assalamualaikum.. Salam sejahtera buat kamu pembaca blogku... ;)

    ben ashaari dan rakan blogger

    Assalamualaikum.. Salam sejahtera buat kamu pembaca blogku... ;)

    hari ni kan cuti umum.. makanya, pagi nan indah ini diisi dengan sesi blog walking. kebetulan ben ashaari wat segmen.. mood pun ada.. makanya, join lah saya.. :)


    serba sedikit tentang blog ana farha..

    blog ini sekadar medan untuk saya menulis dan berkongsi kisah tentang kehidupan yang saya lalui sebagai seorang isteri, anak, wanita dan tentunya sebagai hamba-Nya..

    kadang-kadang, ilmu yang saya ada, atau  tahu atau terbaca, saya selitkan juga di blog ini untuk dikongsikan dengan pembaca..

    kalau boleh, saya mahu menulis sesuatu yang bermanfaat untuk pembaca.. bukan kisah yang sia-sia (kadang-kadang tu ada juga..)

    kenapa saya berblog?

    kerana minat.. minat untuk menulis.. saya kurang bercakap.. so, saya salurkan / zahirkannya melalui penulisan..

    idola dunia blog?

    saya tiada idola dalam dunia blog.. kenapa ye? kerana menulis blog tidak perlu seperti orang lain.. menulis dari hati.. menulis dari diri sendiri.. setiap penulis blog adalah istimewa dengan cara mereka sendiri..

    25 Oktober 2011

    sayuran bungkus kubis

    Assalamualaikum.. Salam sejahtera buat kamu pembaca blogku... ;)

    resipi baru yang pertama kali dicuba. dapat resipi ini melalui rancangan NLKO beberapa ahad lepas. tapi, saya tak berapa ingat bahan-bahan sebenarnya. saya buat aje ikut rasa selera.


    bahan-bahan:

    kubis (dicelur)
    daun bawang (dicelur - untuk mudahkah mengikat kubis)
    lobak merah

    batang saderi
    cendawan
    kacang pis
    cili merah
    udang
    sos ikan
    garam

    cara membuat:

    1. campurkan semua sayur-sayuran. gaulkan.
    2. masukkan dua sudu sos ikan.
    3. tambahkan sedikit garam sebagai perasa.
    4. ambil kubis yang sudah dicelur. letakkan beberapa sudu sayuran ke dalam. bungkuskan.
    5. ikat dengan daun bawang.
    6. kukus untuk 10 - 15 minit.


    dah siap untuk dimakan
    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...