Kurang 30 minit lagi tahun baru 2012 akan menjelma.. Bermakna En. Miorku akan bertambah setahun lagi usianya.. Tempoh beliau telah lahir dan bernyawa di dunia ini.. Selamat hari lahir, abang...
Bertambah usia kelahiran, juga bermakna, tempoh untuk hidup berkurang setahun lagi, kan? Bercerita tentang hidup, pasti kita akan melalui kematian suatu hari nanti.. Bersediakah kita dengan 'bekalan' bagi kehidupan yang satu lagi itu andainya kita tidak sempat untuk meraikan hari ulang tahun kelahiran pada tahun berikutnya?
Emak dan cucu sulungnya.. Rahman |
Ini emak saya.. Emak akan memasuki usia 65 pada tahun 2012 nanti.. Semalam, emak telah melalui pembedahan membuang jari kelingking kaki kanannya setelah dinasihatkan oleh doktor.. Nasib baik kakak saya yang sulung tegur tentang kaki emak yang berdarah.. Kalau tidak emak akan terus buat tidak tahu tentang jari kakinya yang sudah kehitaman itu.. Sebenarnya, kaki emak telah terkena jarum suntikan insulinnya 5 hari sebelum emak di bawa ke hospital. Itupun, semasa di hospital baru emak maklumkan pada kakak saya.. Alahai emak..
Tahun ini sahaja sudah dua kali emak dimasukkan ke hospital.. Beberapa bulan lalu, mak dimasukkan ke wad disebabkan oleh kekurangan gula dalam darah.. Penyakit kencing manis sudah sebati dalam diri emak.. Sebabnya, emak sudah menghidapi penyakit tersebut lebih daripada 10 tahun.. Bukan itu sahaja, emak juga menghidapi penyakit darah tinggi dan lemah jantung.. Pembedahan 'bypass' telah pun dilalui oleh emak beberapa tahun yang lalu.. Itu kisah emak saya dan penyakit yang dihidapinya.. Kalau hendak cerita lagi memang panjang kisah emak..
Emak memang seorang yang pandai masak.. Emak kalau masak, memang sedap. Tapi, emak kalau masak makanan yang berminyak, minyak tu boleh dicedok dan buat goreng benda lain pulak. Melonak-lonak orang melaka kata..
Punca penyakit begini biasanya adalah datang daripada perut.. Kalau sudah berkaitan dengan perut maknanya datangnya juga daripada makananlah kan...
Apa yang berlaku pada emak, sangat memberi pengajaran kepada saya.. Sebab itu kalau saya memasak, saya akan cuba kurangkan penggunaan minyak selagi boleh.. Biarlah tidak cantik atau berkilat sambal atau kari yang saya masak sebab kurangnya minyak.. Tidak mengapalah asalkan ia tidak membawa penyakit 'tiga serangkai' di masa akan datang..
Sempena tahun 2012 yang akan menjelma ni, sama-samalah kita cuba kurangkan pengambilan makanan yang tinggi gula dan tinggi garam.. Amalkanlah pemakanan yang sihat.. Rajin-rajinlah bersenam (azam tahun 2012!)..
Sesamalah kita beringat.. Hargailah nikmat yang Allah berikan ini dengan menjaga kesihatan kita sebaiknya.. Seperti yang diriwayatkan oleh at-Tirmidzi dan Muslim daripada Amru bin Maimun R.A., pada suatu hari Rasullullah S.A.W telah menyampaikan pengajarannya kepada seorang lelaki, dengan sabdanya yang bermaksud:
“Rebutlah peluang lima perkara sebelum datang lima perkara yang lain, iaitu masa muda engkau sebelum datangnya hari tua, masa sihat engkau sebelum dilanda sakit, masa kaya engkau sebelum jatuh papa, masa lapang engkau sebelum datangnya waktu sibuk, dan masa hidup engkau sebelum datang saat kematian.”Akhir kata, selamat tahun baru 2012 buat para pembaca blog Ana Farha. Semoga kedatangan tahun baru ini akan memberikan seribu kebahagian, kesejahteraan dan kegembiraan pada kehidupan kita semua... Amin..