waww wee juniyer jusssss.......... |
Terus terang, beberapa minggu kebelakangan ini saya mempunyai perasaan dan keinginan itu. (kalau diikutkan dah lama dah sejak diarahkan membuat kerja yang saya tidak minat ini.. Namun apa kan daya.. SYMP..) Ingin mencari kerja lain dan cuba kerja baru.. Ialah, memandangkan hasrat untuk menukar ke bahagian lain tidak kesampaian, tukar tempat kerja sajalah jalan yang berlegar-legar di kepala. Tetapi, untuk kes saya sekarang agak payah juga nak dapat cari kerja di tempat lain pada gred yang sama. Makanya, apa yang saya buat? Saya positifkanlah juga minda untuk terus berasa seronok dengan apa yang sedang dilaksanakan. Almaklumlah, tinggal sebulan lebih sahaja lagi untuk ke akhir tahun 2011. Awal tahun depan pula sesi mengira pencapaian kerja sepanjang tahun ini pun akan bermulalah (yang saya akui pencapaian saya tahun 2011 tidak memberansangkan!) Semoga tahun 2012 akan memberikan sinar yang lebih baik dalam bidang tugas baru yang perlu saya lakukan. Insya-Allah..
Di sini saya kongsikan tentang lima sebab mengapa orang tak ceria di tempat kerja yang disenaraikan oleh Dr. Fadzilah Kamsah, antaranya :
suasana kerja yang memboringkan, masalah-masalah peribadi terbawa ke tempat kerja sehingga tenggelamnya rasa seronok bekerja.
(sumber : imotivasi)
Okey. Berbalik kepada cara untuk positifkan minda supaya kesoronokan bekerja untuk hadir semula. Bagaimana boleh kita lakukan? Ini antara tip yang saya jumpa dari macam2tips yang boleh diamalkan ialah:
Memulakan keseronokan dalam diri. Jangan mengharapkan keseronokan dimulai oleh orang lain. Tangkis segala perasaan iri hati,cemburu, sakit hati dan sebagainya. Cuba ceriakan orang di sekitar kita.
AF : Bila rasa tak seronok, cepat-cepat panjatkan kesyukuran pada-Nya atas rezeki yang telah diberi..
Bagi b3njy, b3njy akan bertukar kerja jika tempat kerja sekarang tak best ... tak hairanlah sepanjang tahun 2009 b3njy 4 kali bertukar majikan dan 2011 sekali. Ini gara2 tak puas hati ngan kerja yang ada dan rasa tak sesuai. Mungkin kerna kesabaran dan tidak putus asa akhirnya bulan Mei 2011 b3njy dapat kerja yang 90% sesuai serta suasana kerja yang cukup harmoni bagi B3njy.
BalasPadam@Benjy, kalau kerja swasta boleh ajer cari kerja lain.. cam saya sebab dah terikat sebagai staf kerajaan yang berkhidmat dengan agensi (closed service).. bukan full government.. susah sikit lar..klu tidak, lama dah mohon pertukaran.. huhu..
BalasPadamKerja sy seronok. Sy suka kerja skng nie. Yang tak seronoknye immidiate boss sy yg suka menipu. Suka bodek Timbalan Pengarah. sampai unit2 lain makan hati dgn perangai dia. Dia sanggup tikam belakang staff unit sendiri, buruk2kan org, copy kerja org lain dan buat itu mcm kerja dia sendiri. Lepas tu Timbalan Pengarah akan puji dia bagus.
BalasPadamAkk tahu, smpi satu tahap kawan2 sepejabat doakan dia cepat mati dan macam2. Bila dia adalah boss saya, saya jadi tertekan bila kwan2 sllu ckp, "boss engkaulah...penipu, bodek boss besar!"
Nak tukar tempat lain, rasa belum masanya lagi. Datang kje pg2 sy cuma doa semua kerja kt pejabat akan ok dan lebih baik. Ada masanya stress juga, tp sy cuma mampu sabar bila Timbalan Pengarah pun hanya nampak keje dia sorg je. Sy skang cuma ikhlaskan hati je wat keje. Klu tak tahan blog aje jd tempat luahkan perasaan. ringanjuga beban rasa.
@Cik Kamoo, gitulah kan.. keje ok.. x de masalah.. orang sekeliling yang buat keje jadi tak seronok..
BalasPadamsama-sama kita doakan semoga tempat keje kita akan lebih baik di masa akan datang..
Dah 28 tahun saya bekerja tapi hari-hari rasa seronok bekerja. Tempat kerja dan orang yang disekeliling kita berbagai-bagai suasana. Kita mesti bersikap positif dan keberadaan kita di situ dapat mengubah suasana yang tak baik jadi baik dengan izin Allah. Ingat pesan Ustaz Badli Shah Alauddin: Sebelum pergi kerja, peluk isteri / suami dan anak sepenuh hati. Hormon endorfins dsb akan dikeluarkan dalam badan kita yang menyebabkan kita ceria. Menurutnya orang yang mengamalkannya ada menunjukkan prestasi bekerja yang sangat tinggi. Jangan terpengaruh dengan unsur negatif yang sentiasa ada di tempat kerja.Zikir pada Allah hati akan menjadi tenteram. InsyaAllah. Drp.Indera Putera
BalasPadam