Setiap wanita pasti mengimpikan kulit yang cantik, putih, bersih dan mulus, kan? Syukur lah kalau anda dilahirkan dengan kulit yang sebegitu.. Ada sesetengah tu pulak, rasa macam nak mati je kalau ada jerawat walaupun cinonet jer tumbuh kat muka, kan?
Kulit wajah saya mula ditumbuhi jerawat sejak masuk tingkatan satu. Kawan-kawan kulit cantik ajer.. Kulit kita je tak berapa nak elok. Memang self-esteem berada pada tahap rendah sajalah kan masa tu.
Jerawat ni pun macam bermusim pulak. Kadang-kadang bila dah okey, dia surut.. Kang tu pulak, tetiba je naik banyak. Ada masa pulak tu, tak boleh ditegur. Bila muka dah elok sikit, kalau ada orang tegur "eehh.. dah elok muka kau ye, Na.." Nanti esoknya, terus jerawat keluar balik.. Sadis..
RM30++ |
Sampai habis sekolah, jerawat tumbuh (ke keluar ye?) secara on-off.. Bila dah kerja, ada duit sendiri, barulah lah boleh nak beli set rawatan muka yang elok sikit. (ye lah.. dulu guna bedak sejuk ajer.. kadang-kadang perah air limau nipis bagi jerawat kecut..) Produk Nouvelles Vissages pernah guna.. (Alaa.. yang BML tu) Habis muka saya jadi merah cam udang kena bakar. Nak cantik punya pasal, kan? Sempat lah guna untuk beberapa bulan. Kemudian stop.. Cuba pulak jenama lain.. Stop.. Guna balik BML.. Stop.. Guna pulak sabun papaya.. Stop.. Pendek kata (bukan panjang yang kata), ada jenama yang rasa cam okey (walaupun mungkin tak), semua hendak dicuba.
RM30++ |
Sehinggalah pada suatu hari di tahun 2002, ketika saya ke farmasi di PJ New Town ni, promoter tu sarankan saya untuk guna acnederm wash sebagai pencuci muka dan dalacint-t sebagai toner untuk mengeringkan jerawat. Disamping itu, saya juga ambil pil antioksidan untuk mencuci toksik dalam badan. Alhamdulillah, bila guna dua produk ini, kulit muka jadi elok sikit lah (walaupun pori-pori muka tidak dapat ditutup sepenuhnya). Walaupun harganya agak mahal, tapi boleh tahan dua ke tiga bulan.. Tapi kulit tidak lah gebu dan berkilau macam guna produk shadirah.. (ketawa)..
Makanya, sampai sekarang saya masih gunakan acnederm wash (kadang-kadang guna juga produk lain). Dalacin-t tu digunakan bila ada tumbuh jerawat. Memang seratus peratus guna pencuci muka sahaja. Bedak pun tak pakai. (malas)..
Kepada adik-adik remaja yang mungkin mempunyai masalah kulit muka berjerawat bolehlah cuba guna produk ini. Tak pun, seelok-eloknya, cuba lah berjumpa dengan doktor kulit yang bertauliah untuk mendapatkan rawatan.
AF : Tak apalah klu jerawat tumbuh sikit-sikit... Jerawat tu kan pemanis wajah..
Kepada adik-adik remaja yang mungkin mempunyai masalah kulit muka berjerawat bolehlah cuba guna produk ini. Tak pun, seelok-eloknya, cuba lah berjumpa dengan doktor kulit yang bertauliah untuk mendapatkan rawatan.
AF : Tak apalah klu jerawat tumbuh sikit-sikit... Jerawat tu kan pemanis wajah..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Sudi-sudikanlah mengarang sepatah dua bait-bait kata buat kenangan tuan punya blog ni...
Terima kasih daun keladi.. ;)