okey. hari ni saya nak kongsikan sikit pasal aktiviti semasa team building jumaat lepas. entry sebelum ini saya tak letak gambar eksplorasi dalam gua sebabnya tak copy lagi gambar-gambar dari kamera kawan-kawan. terima kasih kepada cik rohaidah dan puan ila nadia.. so, ada kesempatan ni saya kongsikan serba sedikit gambar mana yang ada ye.
kalau ada pembaca yang berminat nak jelajah gua-gua di kota gua gelanggi ni, anda boleh menginap di Felda Residence Tekam di Jerantut. Jarak dari hotel lebih kurang 10 minit. eksplorasi kami ke gua gelanggi dibawakan oleh team FROG (Felda Residence Outdoor Group).
cuaca mendung mengiringi eksplorasi ke gua gelanggi |
baru sampai. berkumpul untuk dengar briefing dulu.. |
kami dipecahkan kepada tiga kumpulan. saya join kumpulan satu yang dipimpin oleh FROGman Zam.. perjalanan eksplorasi bermula pukul 9 pagi lebih.. sebelum perjalanan diteruskan, singgah dulu kat bilik air membuang apa-apa yang patut. sebabnya, itu jer satu-satunya tandas yang proper disediakan. klu tak, kene lar guna tandas semulajadi dalam gua.. haha.. ada bran ka?
okey. perjalanan melalui kawasan hutan.. stokin dah siap-siap tarik tinggi menutup kaki seluar. kawan-kawan di depan dah kena cium dek pacat dah.. mana taknya, petang sebelum dah hujan.. tanah lembap.. paham-paham aje lah.. jalan punya jalan, tibalah kami ke pintu masuk gua angin..
ada beberapa lubang di kawasan ini disebabkan oleh ahli-ahli arkeologi yang menjalankan kajian di kawasan ini. katanya, ada terjumpa rangka manusia yang sudah beribu tahun di sini.
laluan nak masuk ke gua angin, kami perlu lalu satu lubang yang kecil. jenuh juga nak panjat batu nak melepaskan diri melalui celah batu tu..
ina sedang berusaha untuk mengeluarkan badannya dari laluan kecil itu |
berehat sebentar di gua angin. this is zam the FROGman |
yang warna hijau adalah lubang kecil menampakkan hutan di luar gua |
untuk kisah selanjutnya.. nantikan sambungannya ye..
baca dan nangok gambar tu cam dalam cerita indiana johnnn pula ... yehiaaa
BalasPadam@Benjy, ala2 gitu lar...
BalasPadamKali terakhir masuk gua kira 15 tahun lalu. Memang adventure terpaksa melalui lubang yang boleh lolos untuk satu badan sahaja.
BalasPadam@AkuBiomed, memang sangat adventure..
BalasPadam