0650 22 Oktober 2011, Sabtu
ana farha : abg, bule tak klu syg msk gua?
en. miorku : masuk le.. tp bnyk pacat berani ke?
ana farha : dah bwk stokin panjang
en. miorku : stokin panjang pun dia masuk. klu ada minyak panas sapu kt stokin.seluar.
ana farha : ok abg tq
Merujuk kepada perbualan di atas, apakah yang ana farha lakukan selepas mendapat keizinan en. miorku? jawapannya adalah... ana farha masuk juga lah ke gua.. rugi tak masuk..
kalau anda baca entri saya sebelum ni, saya tulis yang saya tidak mahu turut serta dalam aktiviti menjelajah gua. tetapi bila dah sampai di sana, keinginan itu tidak boleh ditolak. rasa rugi kalau tidak turut serta. makanya, dengan izin Allah, dapat juga saya meneroka dan menikmati keindahan bumi ciptaan Tuhan.. Malangnya saya tidak bawa kamera. Sekadar menjadi parasit lah menumpang kamera rakan-rakan lain. nanti saya kongsikan panorama indah yang sempat dirakam oleh kamera mereka yang ada.
kredit foto : siti rohani |
opss.. lupa pula nak cerita gua mana saya pegi ya? ok.. saya dan rakan-rakan telah dibawa meneroka tiga buah gua yang terdapat di Taman Warisan Gua Kota Gelanggi.. gua yang dilawati ialah gua angin, gua sanding, gua kepala gajah dan gua tongkat.
nak tahu serba sedikit tentang kota warisan gua kota gelanggi, boleh tengok sini.
cerita lanjut dan gambar-gambar yang ada, nanti saya kongsikan dalam next entry ye. nak sambung basuh baju..
jumpa lagi..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Sudi-sudikanlah mengarang sepatah dua bait-bait kata buat kenangan tuan punya blog ni...
Terima kasih daun keladi.. ;)