Permulaanku

Daisypath Anniversary tickers

21 Oktober 2011

kursus team building

Assalamualaikum.. Salam sejahtera buat kamu pembaca blogku... ;)


sumber foto : asiarooms.com

Sekejap lagi dalam pukul 9 pagi, saya dan beberapa rakan sepejabat akan bergerak ke Felda Residence Tekam untuk mengikuti kursus team building (siri II) anjuran agensi tempat saya bekerja ni.

En. Miorku sudah pun berjaya mengikuti kursus ini pada siri I minggu lepas. Antara aktiviti yang akan dilaksanakan ialah Night Treasure Hunt, Caving at Kota Gelanggi dan Bamboo Rafting.


sumber foto : virtualmalaysia.com

Kalau ikut feedback En. Miorku dan beberapa rakan lain yang sudah pergi sesi I lepas, diorang kata best lah jugak. Saya awal-awal dah bagitahu saya tidak mahu turut serta dalam aktiviti masuk ke gua. Kalau zaman bujang dulu boleh lah. Dalam keadaan sekarang, saya ingin mengurangkan aktiviti lasak. Lagipun En. Miorku kata, keadaan dalam gua ada kawasan yang agak curam dan batu-batu sekitarnya tajam-tajam. Tetapi, tidak dinafikan, pemandangannya sangat cantik. Subhanallah.

InsyaAllah, jika ada kerajinan saya, nanti saya titipkan serba sedikit tentang pengalaman mengikuti kursus ini ye.

Jumpa lagi.

1 ulasan:

  1. Asalamu alaikum warahmatulahi wabarakatuhu

    jazakAllah for sharing this blog.

    BalasPadam

Sudi-sudikanlah mengarang sepatah dua bait-bait kata buat kenangan tuan punya blog ni...
Terima kasih daun keladi.. ;)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...