Permulaanku

Daisypath Anniversary tickers

10 Oktober 2011

jemaah haji malaysia maut jatuh hotel tingkat 9

Assalamualaikum.. Salam sejahtera buat kamu pembaca blogku... ;)

saya tertonton berita tentang seorang jemaah malaysia yang meninggal dunia setelah terjatuh dari tingkat 9 di hotel Al-Haram madinah semasa makan di restoran uhkwah dekat PJ tengah hari tadi. terkejut juga... salam takziah buat keluarga mangsa.. al-fatihah..


sumber : harian metro

KUALA LUMPUR: Jenazah jemaah haji dari Malaysia yang meninggal dunia selepas terjatuh dari sebuah bangunan di Madinah, selamat dikebumikan di Perkuburan Baqi' berdekatan Masjid Nabawi, demikian menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Jemaah wanita yang berasal dari Shah Alam dan berusia 39 tahun itu dipercayai terjatuh dari sebuah bangunan dan meninggal dunia di tempat kejadian kira-kira 4 petang waktu tempatan kelmarin. sumber - Bernama

KUALA LUMPUR 10 Okt – Jenazah jemaah Haji dari Malaysia yang meninggal dunia selepas dipercayai terjatuh dari sebuah bangunan di Madinah selamat dikebumikan di Perkuburan Baqi” berdekatan Masjid Nabawi, demikian menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom.  sumber - Utusan Malaysia

kelebihan mati di madinah

Terdapat hadis soheh menyebutkan kelebihan mati di Madinah secara amnya, iaitu sabda Nabi s.a.w.;

-أن نبي الله صلى الله عليه وسلم قال من استطاع أن يموت بالمدينة فليفعل فإني أشفع لمن مات بها

“Sesiapa mampu untuk mati di Madinah, maka lakukanlah. Sesungguhnya aku akan memberi syafaat untuk orang yang mati di situ” (HR Imam Ahmad dari Abullah bin Umar r.a.).

Di perkuburan al-Baqi’ dikebumikan lebih 10 ribu sahabat, antaranya; Saidina Usman, isteri-isteri Nabi selain Khadijah dan Maimunah, anak-anak Nabi (Fatimah, Ruqayyah, Ummi Kaltsum dan sebagainya), cucu Nabi (al-Hasan bin Husain) dan ramai sahabat lagi. Menziarahinya merupakan suatu sunnah Nabi s.a.w. sebagaimana hadis tadi.

Wallahu a’lam. sumber - ilmu dan ulamak

1 ulasan:

  1. Salam...seronoknya dapt meninggal di kota madinah...bertuah badan...tapi hairan macam mane agaknya dia boleh terjatuh...takda berita lebih lanjut ke?TQ,]

    BalasPadam

Sudi-sudikanlah mengarang sepatah dua bait-bait kata buat kenangan tuan punya blog ni...
Terima kasih daun keladi.. ;)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...