saya dah sambung belajar balik.. belajar di mana? universiti maya yang dikenali sebagai Universiti Blogger Malaysia. Tak der yuran pun free jer.. so, skrang saya tengah melalui minggu orientasi.. kene wat assignment pulak.. esok duedate kene hantar kat prof ni.
ni ha assignment yang saya kene wat ni..
nama : ana farha (nama blog pun sama)
soalan 1: sejak bila mula berblog?
Saya betul-betul terjebak di dalam dunia blog masa tahun 2006. Sebelum tu memang dah kenal dah dunia blog, tapi lebih kepada membaca blog-blog orang saja. Tak der blog sendiri pun.. klu ada pun photoblog lar kat fotopages (ciklara.fotopages.com).. mula ada blog sendiri guna blogdrive. Masa tu lar saya mula belajar guna html.. sebelum ni memang ada belajar wat prgramming.. itupun berbelas tahun yang lalu.. tak ingat dah.. kat blogdrive pun dah blajar guna css.. tapi tak pandai sangat lagi..
Pada tahun 2008, saya tukar guna blogspot pulak.. bila guna blogspot, baru faham lebih sket tentang css. Skrang ni dah terrer sket lar.. terrer kopipes.. haha.. macam-macam lar dapat belajar sesambil wat layout blog tu.. best jugak..
Soalan 2: apa pandangan anda mengenai dunia blog darsawarsa kini
Sebelum saya meneruskan jawapan saya bagi soalan di atas, izinkan saya betulkan ejaan darsawarsa tu ye, prof. ejaan sebenar adalah dasawarsa.. :D
Pada ketika memula saya terjebak dalam dunia blog, saya rasakan blogger-blogger benar-benar menulis dari hati.. maksudnya, apa yang hendak disampaikan adalah berdasarkan minat untuk menulis sesedap rasa hati mereka, lah..
Beza skrang apa yang saya lihat, ada yang menjurus kepada populariti dan pendapatan. Almaklum lah skrang kan kuasa internet sangat hebat. Nak-nak pulak kerajaan pun sangat menggalakkan rakyatnya supaya bergiat cergas menggunakan perkhidmatan jalur lebar.
Masa dulu-dulu tak der pun iklan sana sini dalam blog. Skrang ni klu singgah mana-mana blog tak der iklan nuffnang cam tak sah.
Blogger sekarang pun makin ramai bak cendawan tumbuh selepas hujan. Masing-masing perlu bersaing memerah otak untuk menarik pembaca datang ke blog mereka dengan mensajikan entri-entri yang kreatif.. walaupun ada yang kopipes saja.. ada yang buat buat give away dengan macam-macam hadiah menarik. Nak add dalam blog list pun kene wat entri jugak.. terus-terang tang ni saya tak berapa gemar lar..
Soalan 3 : pandangan anda mengenai IPTM (institut pengajian tinggi maya) pertama ini
Saya rasa sangat bagus diwujudkan supaya ia boleh menjadi medium kepada blogger untuk berkumpul dan bertukar-tukar idea disamping dapat meramaikan kenalan di alam maya.. dan secara tak langsung dapat berjumpa di alam nyata juga. tapi skrang dah kawen saya sangat susah lar nak join gathering.. masa bujang pun saya tak join sangat.. almaklumlah.. pemalu..
Selain itu, dapatlah juga ia memberi peluang kepada mana-mana blogger yang tidak merasa untuk melanjutkan pelajaran ke IPT nyata.. bolehlah berlatih dan merasa wat assignment walaupun di alam nyata saja hehe..
Sekian dulu assignment saya. Semoga dapat markah A++++ dari profesor yang semak..
Sebagai karangan terakhir assigment ini, saya menjemput kepada rakan-rakan blogger yang singgah baca blog ana farha untuk join sama memeriahkan lagi UBM ni. lagi ramai student, lagi lah meriah, kan.. Boleh share lagi banyak idea-idea kreatif dari lain-lain blogger.
Pen merah pen biru;
Cukup sudah, saya berhenti takat ni dulu.
@Fauzie Jasmani, tq singgah..
BalasPadamWow ! ... ini merupakan idea kreatif daripada admin UBM ... . Ana aku boleh join ke ? aku sekolah sampai SRP je ni ? boleh ke join ? ...
BalasPadam@Benjy, boleh jer.. UPSR pun boleh kot.. hehe..
BalasPadamaku pun nak belajar lah....
BalasPadamp/s: aku dah buat entry terima award..thank kayu
@secangkir madu merah, tenkiu sis..
BalasPadamkak join juga yer..hehehe
BalasPadamsalam singgah student UBM gak..amek kos apa? wakakkaa...
BalasPadam@Nizam, sebab tersinggah blog nizam ler ni..
BalasPadam@CikTomyam, tak decide lagi nih.. poning mak cik.. hehe..
BalasPadam@R.I.E.Z, tq singgah.. nanti kita follow..
BalasPadam