13 Oktober 2010
sebelum membeli DSLR...
Sebelum anda ingin memiliki sebiji DSLR.. tanya diri anda dulu.. nape nak?
Adakah sebab:
1. kawan-kawan or ramai guna, so anda pun nak guna gak lah…
2. minat nak amik gambar yang cantik2 dan marbeles..
3. saja suka-suka
4. duit lebih tak tau nak wat aper…
5. nak wat bisnes.. jadi fotografer org kawen..
6. dan lain-lain sebab lah kan..
Okey..
Apapun, sebelum anda amik langkah nak beli sebiji DSLR terutamanya cam orang2 yang baru berjinak-jinak ngan DSLR mcm saya.. perkara-perkara ini perlu anda amik kira juga.. ini adalah hasil rumusan daripada pembacaan saya melalui blog-blog, forum dan website review yang ada..
UNTUK APA?
Tanya diri untuk apa.. kalau setakat nak amik gambar cantik, guna kamera kompak (point n shoot) pun dah cantik juga.. klu memang minat dan nak cebur secara serius dalam bidang ini, leh arr labur lebih sket cari kamera yang spesifikasi dan fungsi yang banyak..
BAJET
Bajet penting jugak.. klu ada duit lebih, boleh lah amik kamera yang sesuai di tahap pertengahan atau tinggi terus. Dan biasanya kamera tahap ini antara RM3,000 – RM10,000.. Klu rasa nak berjinak-jinak, bule cari yang bawah RM2,000.. tapi kebanyakkan yang dah lama guna DSLR nih advice amik yang tahap tinggi sket punyer sebabnya bila amik kamera untuk beginner, klu selalu godek2 tak sampai beberapa bulan dah nak upgrade pulak..
Ada pendapat menyatakan, klu amik body yang biasa-biasa pun tak apa yang penting labur kat lense.. dan kamera ada built-in motor..
WAT REVIEW
Ini pun penting juga untuk buat perbandingan spesifikasi kamera yang bersesuaian dengan tujuan dan kehendak kita..
CUBA TRY TEST
Bila dah kenalpasti model2 kamera yang berkenan berdasarkan bajet dan spesifikasi, boleh lah gi mana-mana kedai untuk cuba dan rasa pegang kamera-kamera tersebut.. sebabnya, nak ambil gambar pun keselesaan kita memegang kamera juga penting..
Oklah.. itu jer sedikit sebanyak rumusan yang boleh saya senaraikan.. apapun, terpulang lah pada kehendak kita sebagai pengguna.. jangan sebab ikut trend.. tapi tak reti nak guna sepenuhnya.. kita gak yang rugi nanti..
okey.. untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut, bolehlah baca lagi melalui link-link di bawah ni..
Kamera apa untuk saya?
Nak Beli DSLR (Digital Single Reflex Camera)?
Membeli DSLR
9 Langkah Mudah Memilih Kamera
(TIPS PILIH DSLR) Minat Tapi Tak Tahu Yang Mana Satu
How to Buy a DSLR camera
Mana satu DSLR terbaik?
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
ada nian dihati nak guna DSLR.. tapi memandangkan bulky so pakai je la P&S digicam TZ-15 nih :)
BalasPadamkuman "Darfur.." Entry
terasa cam nak beli d3x la.. ehehe.. layan sekali dengan 400mm f2.8... leh snap gamba bulan.. hehe
BalasPadam