Permulaanku

Daisypath Anniversary tickers

13 Mac 2011

resipi - udang kesturi

assalamualaikum..

amacam korang hari ni? sihat tak? dah plan ker nak masak pe tengah hari nanti? blum lagi? owhh.. jangan fening-fening.. jom cuba resipi ni lak.. ini resipi kedua yang telah dimasak leh en. miorku semalam.. ce cuba, ce cuba... sedap tau! ;)


bahan-bahan:

A:
5 biji cili api (tumbuk)
3 biji cili merah (hiris)
1 biji cili hijau (hiris)

B:
udang besar (terpulanglah berapa ekor mau)
1 labu bawang besar (hiris)
1 batang serai (nak lebih pun bule) (diketuk)
kacang pis
3 biji limau kesturi (ambil airnya)
garam secukup rasa

minyak untuk menumis

cara-cara membuat:
  1. panaskan minyak. tumiskan serai dan bahan A sampai wangi.
  2. masukkan udang, kacang pis, bawang besar dan garam. kacau rata.
  3. tutup api. pastu tuangkan air limau kesturi. kacau.
  4. sedia untuk dihidangkan.
senang je kan? leh arr cuba lepas ni k.. selamat mencuba!


rujukan :1 hari 1 resipi
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...