Permulaanku

Daisypath Anniversary tickers

26 Mac 2011

final akademi al-quran dan earth hour 2011


Assalamualaikum.. Salam sejahtera buat kamu pembaca blogku... ;)

alhamdulillah.. saya dah pun selamat sampai ke rumah di putra perdana beberapa minit yang lalu..

malam ini merupakan malam final Akademi Al-Quran 5 yang bersiaran di TV9. Final kali ini menyaksikan tiga orang peserta lelaki dan seorang peserta wanita berusaha memperdengarkan bacaan Al-Quran masing-masing dan seterusnya menyandang gelaran juara Akademi Al-Quran musim ke 5.

siapa keempat-empat peserta tu? ni lar orang-orang nyer... (gambar-gambar dipinjam dari gua)
Mohamad Husaini Mahmur, 19 tahun, Negeri Sembilan
Muhamad Nasir Mohamad Salleh, 21 tahun, Selangor
Mohd Syahriansyah Apin, 25 tahun, Sabah

Suhailah Zulkifly, 22 tahun, Melaka
siapa lah yang akan menyandang gelaran juara tahun ni? sama-sama kita tunggu keputusannya nanti k..

dan... malam ni juga, kita telah diajak untuk sama-sama memadamkan lampu selama sejam bermula pukul 8.30 malam.. selain sebagai simbolik kepada semua untuk peka kepada perubahan atmosfera bumi @ pemanasan global, ia juga sebagai simbolik ingatan penduduk dunia kepada jepun yang dilanda tsunami baru-baru ini..


AF : korang pun join ke earth hour ni?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...