credit : getty images |
Kali ni saya nak share info asas tentang KPSL.
"Kenaikan Pangkat Secara Lantikan (KPSL) adalah merupakan kenaikan pangkat daripada skim perkhidmatan yang rendah kepada skim perkhidmatan yang lebih tinggi tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan dalam skim perkhidmatan yang berkaitan melalui proses lantikan."
sumber: JPA
Tapi, jangan salah faham pulak ye.. KPSL tak bermakna anda akan terus dilantik. mereka yang memohon menggunakan kelulusan KPSL pun kene lalui proses tapisan lantikan cam temuduga dan sebagainya.
Kenapa saya nak bgtau pasal ni pulak? Tujuannya adalah untuk memberi penjelasan pada sesetengah PT(PO) yang kurang jelas.. KPSL tu bukan untuk naik pangkat.. KPSL adalah kelulusan peperiksaan untuk lantikan ke gred yang lebih tinggi. Sebabnya, saya terdengar, ada gak yang salah faham istilah tu.. katanya KPSL adalah untuk naik pangkat..Dalam gred jawatan kerajaan ni, klu gred belakang nye nombor ganjil, jawatan tu adalah jawatan lantikan.. klu gred jawatannyer nombor genap, jawatan tu adalah jawatan kenaikan pangkat. Semoga penerangan nih dapat membantu menjelaskan penggunaan istilah KPSL tadi tu..
Kalau untuk kenaikan pangkat, keputusan yang digunakan adalah Peperiksaan Tahap Kecekapan (PTK). Misalnya, PT(PO) yang lulus PTK pada aras III (sekurang-kurangnya), boleh memohon untuk ke jawatan kenaikan pangkat ke gred N22. Kalau EO pulak, jawatan kenaikan pangkat ke gred N32..
eehh.. kalau saya salah tolong betulkan ye.. penerangan ini adalah berdasarkan kepada pemahaman dan pengalaman yang saya lalui..
Cite pasal PTK ni pulak, versi lama dah pun dimansuhkan berkuatkuasa 1 Januari 2011. Bagaimana lar pulak syarat kenaikan pangkat akan datang ni ye? Sumenye akan terjawab maybe hujung may atau jun nanti.. saya pun tertunggu-tunggu juga ni.. macam manalah pulak syarat-syaratnya nanti..
Oklar.. cukup dulu untuk kali ini. Semoga diizinkan oleh-Nya untuk saya terus mengupdate blog lepas-lepas ni. Insya-Allah.
tq sbb bg info ni.
BalasPadamBoleh ke lulus kpsl
PadamBoleh ke lulus kpsl
PadamBoleh ke lulus kpsl
Padamsalam and tq...elok kiranye soalan kpsl ke n27 yg lepas-lepas disiarkan dalam blog ni...
BalasPadamambik gak ke kpsl ni
BalasPadamdah lulus lum
saya nak tanya pendapat cik....kalau lantikan kpsl ke jwtn n27..sebelum tu dia n22..rasa2 cuti tahunan dia bagaimana?..semasa berkhidmat n22..genap 10 tahun cuti tahunan dia dah 30 hari..kalau dilantik n27 kpsl..adakah cuti dia 25 hari (ikut lantikan baru) atau 30 hari boleh dibawa(n22)? mohon dijawab..keliru...
BalasPadamCuti rehat ye macm lantikan baru jadi cuti rehat akan kurang dan akan jadi 25 hari.
PadamHello saya pt n17 boleh tak terus ambil kpsl n41 sebab saya ada degree...tapi x tau macamana..
BalasPadamAssalamualaikum admin,saya nak tanya sekiranya saya lulus exam kpsl 2023 ni saya terus interview ke?
BalasPadamKer saya kena ambil exam macam mula2 mohon kerja balik.Cuba terangkan sebab kurang jelas.