Permulaanku

Daisypath Anniversary tickers

27 Mac 2011

rezeki dari lautan

Assalamualaikum.. Salam sejahtera buat kamu pembaca blogku... ;)

malam tadi bila saya dah sampai umah, saya sms en. miorku.. tanya nak masak nasi siap-siap ke.. en. miorku balas balik, katanya dia mungkin sampai subuh.. ha'ah larr.. alhamdulillah dah dekat kul 5 pagi tadi baru en. miorku sampai umah..

pagi tadi saya tengok ler apa lar hasil tangkapan yang dibawa pulang.. semalam pagi masa en. miorku tepon dia memang dah cakap hasil @ ikan tak der.. semalam diorang gi mengaut udang pulak..

tengok larr.. banyak giler udang di bawa balik.. dari sekecik-kecik saiz sampai sebesar-besar saiz.. ikan adalah beberapa ekor ajer.. ada sotong sket (sotong kontot @ sotong katak), ketam sket ngan udang lipan.. udang ngan sotong kami agih-agihkan untuk umah mak KJ sket.. umah mak Klang sket..


untuk tengah hari ni, saya tak masak sangat.. goreng aje hasil-hasil lautan tu.. wat sup sayur sket.. nasi tak masak pulak sebab mee hoon goreng ada.. tapi cam tak best tak makan ngan nasi..

abis lar sebulan ni dok makan udang saje.. naik ler kolesterol akak nanti.. hua hua..

 AF : nak tanya korang larr.. udang lipan tu sedapnye masak ape ye? ingat nak rebos aje.. ok kot..

26 Mac 2011

juara AQ5 milik mohd syahriansyah


Assalamualaikum.. Salam sejahtera buat kamu pembaca blogku... ;)

final Akdemi Al-Quran 5 baru jer selesai sebentar tadi.. terjawab lah sudah teka-teki siapa yang akan membawa pulang hadiah arr emm tige ploh ribu inggit malam ni..

juara AQ5 2011 telah disandang oleh....

Mohd Syahriansyah Apin dari Sabah..

tahniah saya ucapkan...

final akademi al-quran dan earth hour 2011


Assalamualaikum.. Salam sejahtera buat kamu pembaca blogku... ;)

alhamdulillah.. saya dah pun selamat sampai ke rumah di putra perdana beberapa minit yang lalu..

malam ini merupakan malam final Akademi Al-Quran 5 yang bersiaran di TV9. Final kali ini menyaksikan tiga orang peserta lelaki dan seorang peserta wanita berusaha memperdengarkan bacaan Al-Quran masing-masing dan seterusnya menyandang gelaran juara Akademi Al-Quran musim ke 5.

siapa keempat-empat peserta tu? ni lar orang-orang nyer... (gambar-gambar dipinjam dari gua)
Mohamad Husaini Mahmur, 19 tahun, Negeri Sembilan
Muhamad Nasir Mohamad Salleh, 21 tahun, Selangor
Mohd Syahriansyah Apin, 25 tahun, Sabah

Suhailah Zulkifly, 22 tahun, Melaka
siapa lah yang akan menyandang gelaran juara tahun ni? sama-sama kita tunggu keputusannya nanti k..

dan... malam ni juga, kita telah diajak untuk sama-sama memadamkan lampu selama sejam bermula pukul 8.30 malam.. selain sebagai simbolik kepada semua untuk peka kepada perubahan atmosfera bumi @ pemanasan global, ia juga sebagai simbolik ingatan penduduk dunia kepada jepun yang dilanda tsunami baru-baru ini..


AF : korang pun join ke earth hour ni?

25 Mac 2011

bila kereta dah berusia lebih lima tahun

Assalamualaikum.. Salam sejahtera buat kamu pembaca blogku... ;)

lama tak ke udara.. eehh eehh.. ingat DJ ke ape nak ke udara... :p

hhrrmm.. saya agak bz sket dua tiga hari ni.. idea untuk menulis tu ada.. cuba tak berkesempatan jer untuk diceritakan..

malam tadi en. miorku hantar saya ke rumah mak di KJ.. sebab? hari ni en. miorku cuti.. dia gi lumut bersama seorang bos dan beberapa kawannya menempiaskan nafsu mereka.. apa! oppss.. jangan salah faham okey.. diorang gi ke lumut.. menjadi nelayan larr.. memancing! las en. miorku gi memancing kat sana semalaman rasanya tahun lepas kot.. sebelum raye.. esok pagi-pagi en. miorku balik larr... harap-harap dapat lar ikan yang besar-besar.. leh wat masak stim..

WNE kelisaku
so hari ni saya drive lar gi opis sendiri.. selalu tiap-tiap hari ada orang bawak gi keje, kan.. tu yang hari ni cam malas sket rasanya.. keta lak dah nak masuk umo 6 tahun ni mula lar macam-macam hal timbulnya.. tadi balik keje saya singgah kedai keta, tukar tempat bukak cermin depan tu.. ekceli dah lama dah pun problemnye.. tadi lepas kuar dari parking, terus cemin kete tak mo naik.. terus lar saya singgah kedai bile sampai KJ.. gi tukar alat baru.. melayang arr emm seratus dua ploh lime.. apa nak wat.. demi kete kesayangan.. sat gi klu terbiar jer tak bertutup cermin, lain pulak jadinya, kan..

lepas-lepas ni pulak, nak kene tukar yang lain-lain jugak.. mounting enjin kene tukar.. keta pun dah gegar sana sini dah.. meter pun nak kete tukar.. dah tak tau dah berapa key emm dah jalannyer kete tu.. memang lepas ni saya kene lar bersiap sedia melayangkan beberapa ratus arr emm lagi kerana kelisa ku itu.. adui..

bila sudah tiba ajalnya

Assalamualaikum.. Salam sejahtera buat kamu pembaca blogku... ;)

bila dah sampai ajalnya.. masa dan di mana tak di kira, kan?


semalam, masa saya nak tutup pintu kaca umah, baru terperasan yang ikan bandaraya en. miorku dah terlentang.. tak bernyawa sudah..

rasanya pagi semalam sebelum gi keje, ikan tu elok-elok saje.. agaknya, habis dibantai dek ikan oren tu kot..
sian dia..

23 Mac 2011

spaghetti goreng

Assalamualaikum.. Salam sejahtera buat kamu pembaca blogku... ;)

bila malas datang melanda,
nak memasak pun buat yang cincai saje,
makan malam redah je apa yang ada..


juadah kelmarin mudah punye resipi..
dimasak saya kala petang hari..
spaghetti ada, sayuran pun ada,
apa lagi, dalam kuali dicampak-campak kan aje..
siap! spaghetti goreng lah jadinya..
(Bahan-bahan : spaghetti, bawang putih, sikit cili giling, telor, sayur keret & brokoli)

AF : nak memasak pun kene kreatif kan.. gune je bahan ape yang ada.. ;)

22 Mac 2011

berhati-hatilah bawa henbegmu wahai wanita

Assalamualaikum.. Salam sejahtera buat kamu pembaca blogku... ;)

saya sebenarnya dah lama lar perati gelagat sesetengah wanita yang menaiki motosikal.. terutamanya yang jadi penumpang.. masih ada yang tak sedar akan bahaya menaiki motosikal dengan membawa henbeg atas bahu..

hellooww.. korang tak baca ke kes-kes ragut yang pernah melanda negara..? walaupun mungkin ada yang kata "alaa.. dekat jer ngan umah..?" "kejap je kuar ni.." "aahh.. leceh larr..." iishh.. tak leh arr kata gitu.. sebab, musibah tak kira masa.. klu dah nak terkene kat kita, bile-bile pun leh jadi.. so, waspada perlu sentiasa ada.. eloknya henbeg tu letak arr dalam sit motor ker.. klu ada box kat blakang, letak arr kat dalam box tu ker..

kekadang.. saya geram tengok diorang yang tak amik kisah ni.. diorang sedar ke tak? cara diorang tu leh menjemput peragut untuk mudah wat keje.. lalu dari blakang, zasss...tarik jer tali henbeg kat bahu.. bahaya tau!

gambar pinjam - ioffer dot kom

lagi satu, laa ni kan trend bawak henbeg / sling beg tali panjang.. ni pun sama.. klu tak berhati-hati, mudah jer peragut-peragut menjadikan korang mangsa..

saya ni bukannyer apa.. saya sendiri pernah jadi mangsa ragut, tau.. dua kali lak tu..
yang fes time tu tak serius sangat lar.. sib baik beg saya tu jenis kain.. bila peragut tarik, tali terputus dan beg tercampak kat tempat lain.. melepas si peragut tu nak dapat habuan dia.. selamat barang-barang dalam henbeg..

yang lagi satu tu, saya bawa henbeg tali pendek.. tak teringat nak jalan lawan arus.. masa lalu kat lorong nak gi bas stop.. dusshh tetiba ada motor lalu blakang sambar beg.. saya pun terseret lar lebey kurang beberapa meter jer sket lagi nak ke main road.. saya jerit lar mintak tolong.. terus peragut tu lepaskan tali beg tu.. buatnya dia tarik gak.. memang tak wujud ler saya skrang ni... eii.. bila ingat-ingat balik.. takut tau! lagi satu.. malas larr nak turun naik gi balai larr.. JPN larr nak wat IC baru..

so, pada korang kaum-kaum wanita.. klu bule, berhati-hati lar klu nak bawak henbeg tu.. okey..
diorang peragut-peragut ni klu nak wat keje, diorang peduli hape, kan..? korang cedera ke, mati ke.. diorang tau.. diorang nak duit dalam henbeg korang tu.. klu ada ratus-ratus, berbaloi ler juge.. klu ada seploh inggit je? tak ke sia-sia, kan?

okey larr.. apapun, berhati-hati lar di mana saje anda berada, okey! takey karey..

20 Mac 2011

semalam punyer kesah...

Assalamualaikum.. Salam sejahtera buat kamu pembaca blogku... ;)

ini kesah semalam punyer crita..
hal suamiku yang sangat baik hati,
mengvoluntierkan diri memasak lauk tengah hari,
sayur campur dan juga ikan masak kari,
menjadi hidangan untuk kami suami isteri..


time kaseh suamiku!

waktu petang kami bersiar pula,
singgah ke alamanda di putrajaya,
hujan yang mencurah bukan halangan,
mencari barang keperluan itu tujuan..

sampai di sana, barang di cari tiada di jumpa,
habiskan masa, cuci mata sajalah gayanya,
sebelum balik, singgah big apple dulu,
beli donut, puaskan selera dan nafsu..

sedap.. tapi tak leh makan selalu nih..

owwhh sekian saja entri hari ini
panjang umo kita jumpe lagi..

19 Mac 2011

contest gambar kawen yang paling anda suka

Assalamualaikum.. Salam sejahtera buat kamu pembaca blogku... ;)

hari sabtu datang lagi.. walaupun coti.. saya kene gak bawak balik keje - keje yang perlu disiapkan.. huhu.. apa nak wat.. keje makan gaji, gitu ler.. tapi.. blog musti updet juge!!

okey.. hari tu saya gi jalan-jalan BW kat blog arezura.. tengok dia join kontes gambar kawen.. so, saya pun tetiba cam tergedik gak nak join.. bule?



biasalar kan klu dah join kontes, ada larr syarat-syarat yang perlu diikuti.. apakah syarat-syarat nyer? jom follow!!

Jadi follower PF's Collecti0n kerana salah satu hadiah ditaja oleh pfscollection..
dah follow pun.. next..?

Jadi follower i, aziaxie, nantikan hadiah misteri dari i ;)..
okey.. dah follow juge.. pastu..?

Buat satu entry mengenai contest ini dan letakkan banner contest ini di dalam entry sidebar uols..
okey.. dah wat pun ni haa...

Of coz untuk blogger yang sudah berkawen letakkan pic kawen yang uols suka - nyatakan kenapa di dalam entry tersebut..
okey.. untuk gambar kwen saya yang paling saya suke adalah...


untuk makluman korang, kan.. gambar ni masa majlis bertandang di kampong en. miorku.. tema belah parit warna merah & putih... gambar ni anak buah en. miorku yang amik..

saya suke gambar ni sebab kami nampak cam maloo-maloo ajer.. malu-malu tapi hati dalam ada taman berbunge-bunge riang.. heee....


Jangan lupa tinggalkan link contest uols di komen bawah ini untuk senang i terjah
ok.. jap.. pablish post dulu..

Hanya seorang pemenang yang akan dipilih untuk menerima hadiah dari pfscollection & i
ok.. noted..

Last sekali, tag kawan-kawan uols 3 orang..
haa.. siap ye.. saya nak tag:


puan SMM
puan kham (yang dolu2 rajin join kontes..)
puan mz

eehh.. kontes ni ditutup pada 24 April 2011.. jom larr join...

AF : teringin nak sanding lagi... :D

17 Mac 2011

rahsia solat di awal waktu

Assalamualaikum.. Salam sejahtera buat kamu pembaca blogku... ;)

Pagi tadi masa sesi bicara pagi, may telah membacakan tentang rahsia solat di awal waktu.. bagus kajian yang dibuat ni.. tentang solat dan kaitannya dengan tenaga dan warna alam ketika masuknya waktu-waktu solat.. ambil lah masa untuk membacanya.. sebaik-baiknya diamalkanlah ye dak.. :) semoga bermanfaat buat semua..

artikel ni saya amik dari berita harian online.


Setiap peralihan waktu solat sebenarnya menunjukkan perubahan tenaga alam ini yang boleh diukur dan dicerap melalui perubahan warna alam.
Sebagai contoh, pada waktu Subuh alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh. Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar, rezeki dan komunikasi. Mereka yang kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki. Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa) – dalam erti kata lain jaga daripada tidur. Disini juga dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat diawal waktu. Bermulanya saja azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum. Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud. Jadi mereka yang terlewat Subuhnya sebenar sudah mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.

Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (isyraq & dhuha) dan kemudian warna kuning menandakan masuknya waktu Zohor. Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem penghadaman. Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan. Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zuhurnya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya.
Kemudian warna alam akan berubah kepada warna oren, iaitu masuknya waktu Asar di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif. Rahsia warna oren ialah kreativiti. Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar ni jasad dan roh seseorang ini terpisah (tidur la tu…). Dan jangan lupa, tenaga pada waktu Asar ni amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita

Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah. Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam. Mereka yang sedang dalam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini (solat Maghrib dulu la.) kerana banyak interferens (pembelauan) berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita. Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang.
Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna Indigo dan seterusnya memasuki fasa Kegelapan. Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak. Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan. Alam sekarang berada dalam kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam Islam. Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta dimana keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan. Selepas tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna putih, merah jambu dan seterusnya ungu di mana ianya bersamaan dengan frekuensi kelenjar pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus. Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil Qiamullail.
Begitulah secara ringkas perkaitan waktu solat dengan warna alam. Manusia kini sememangnya telah sedar akan kepentingan tenaga alam ini dan inilah faktor adanya bermacam-macam kaedah meditasi yang dicipta seperti taichi, qi-gong dan sebagainya. Semuanya dicipta untuk menyerap tenaga-tenaga alam ke sistem tubuh.
Kita sebagai umat Islam sepatutnya bersyukur kerana telah di’kurniakan’ syariat solat oleh Allah s.w.t tanpa perlu kita memikirkan bagaimana hendak menyerap tenaga alam ini. Hakikat ini seharusnya menginsafkan kita bahawa Allah s.w.t mewajibkan solat ke atas hambanya atas sifat pengasih dan penyayang-Nya sebagai pencipta kerana Dia tahu hamba-Nya ini amat-amat memerlukannya.
Adalah amat malang sekali bagi kumpulan manusia yang amat cuai dalam menjaga solatnya. Semua yg terdapat di alam ini adalah untuk manfaat segala makhluk2 nya.

tak tahan lagi.. rasa cam nak

Assalamualaikum.. Salam sejahtera buat kamu pembaca blogku... ;)

saya tak tahan.. tapi kene tahan gak.. tak der pilihan..

saya bukan nyer apa yee.. saya tak tahan lagi ngan ada orang ni..
dia tak kacau saya.. tapi, sikap dia menjengkelkan saya larr.. borink betul..
cam ner larr nak insafkan dia supaya lebih menitikberatkan hubungan sesama rakan seunit..
apa yang penting? kerjasama.. tapi.. tu tak der pada dia.. borink.. tak best keje cam ni! huhu..

iisshh.. letey arr saya.. tak tahan lagi..

AF : sesi meroyan di waktu petang..


16 Mac 2011

drop dead diva kat NTV7

Assalamualaikum.. Salam sejahtera buat kamu pembaca blogku... ;)

saya sebenarnya skrang nih jarang sangat tengok drama kat tibi... satu - sebab umah tak der astro (klu gi umah mak baru leh tengok astro).. dua - sebab en. miorku pun tak brape nak suke tengok drama..

semalam secara kebetulan.. masa en. miorku dok melayan laptop, saya amik kesempatan lar tengok tibi kul 8.30 mlm.. kan tiap-tiap selasa sebelum ni ada citer glee.. sesaje lar tekan NTV7.. ghuper-ghupernye, dah tukar citer baru larr.. drop dead diva..

foto : MSN

so, saya layankan ajer larr.. tengok-tengok,  cam best pulak.. citer semalam pasal plus size loyer diarahkan untuk membela klayen nyer yang diberhentikan keje atas alasan gemuk.. teringat lak citer ally mcbeal.. dulu sy suke tengok citer tu..


hari ni saya pun terai lar cari sket info pasal citer drop dead diva ni.. ghupernya dah stat kat NTV7 sejak 8 Mac hr tu.. citer nih dah ditayangkan pada tahun 2009 di US.. skrang tengah tayang musim ketiga punya..

saya tak tengok episod satu punyer citer.. patut lar cam konpius sket tengok semalam sebab jane (loyer tu) dok sebut pasal deb.. siapa deb? owwh.. sebenarnya, deb tu adalah bekas seorang model yang mati eksiden.. jane yang skrang ni adalah jasad saja.. tapi roh di dalamnya adalah roh deb..

ok. pada korang yang nak tengok citer ni, leh arr tengok kat NTV7 setiap hari selasa kul 8.30 malam..

tsunami

 

Assalamualaikum dan selamat pagi... secebis nukilan tentang tsunami..

Tidak pernah ku ambil tahu tentangnya sebelum ini,
Sehingga berlaku bencananya melanda Indonesia dan sebahagian kecil Malaysia..
Usaha dipertingkat membantu mangsa,
Nekad menghulur bantuan buat mereka yang melaluinya..
Adalah penting untuk kita juga berwaspada,
Malapetaka bumi dimana-mana dan bila-bila masa akan melanda,
Itulah TSUNAMI, impak amukan bumi...

AF : ku insafi kejadian-Mu Tuhan..

15 Mac 2011

senyum

kucing ini sangat comel!

Assalamualaikum..

ada orang susah nak senyum.. padahal, bukan kene bayar pun..
saya? saya selalunya rasa saya cam senyum.. tapi orang kata tak..
klu orang tak kenal saya, orang akan ingat saya sombong..
saya bukan sombong.. saya pendiam..

kadang-kadang, naik satu lif saya tak berapa nak pandang orang..
lagi suka pandang nombor-nombor kat dalam lif tu.. nak-nak klu pagi-pagi time masuk kije..
tapi, bukan saya jer cam tu.. ada gak org lain pun macam tu.. (jangan ikut orang cam tu)

saya, kadang-kadang senyum kat orang..
tapi, orang tak senyum kat saya..
bila orang tak senyum balik kat saya, biasanya saya tak senyum lar kat dia lepas tu..
kecuali dia senyum kat saya dulu.. saya rasa, saya tak rugi pun.. saya dah sedekah senyuman kat dia.. dia tak mau.. sudah larr.. (ada aku kesah?)

eehh...
entri saya pasal senyum jer malam ni..
sebab, saya taip entri ni pun sambil senyum.. (senyum.. say "limeee" (5) )

AF : baru lancar kempen senyum!

14 Mac 2011

panduan untuk lepasan spm

assalamualaikum... result SPM dah nak kuar, kan? anytime je ekk? so, adik-adik yang tengah tunggu result tu, dah plan ke nak sambung stadi kat mana? maybe sape-sape yang loaded tu, sure dah sambung stadi kat IPT swasta, ekk..

eehh... eehh.. dah cek ngan daftar kelayakan malaysia ke belum program @ kursus yang korang amik tu diakredit oleh Agensi cari jodoh Kelayakan Malaysia (MQA) atau tidak? apa? belum.. ish.. digalakkan sesangat untuk gi semak dulu.. klu nak tau semak kat ne, klik sini.


ekceli, bukan pelajar spm je patut tau.. ibu bapa serta orang awam yang mahu sambung belajar, eloklah semak dulu program @ kursus yang ingin diikuti kat laman web MQR sebelum amik keputusan untuk sambung belajar kat mana-mana IPT terutamanya IPTS..

semoga info yang tak seberapa ni membantu adik-adik semua membuat keputusan yang betul dan tepat supaya tidak menyesal di kemudian hari..

13 Mac 2011

resipi - udang kesturi

assalamualaikum..

amacam korang hari ni? sihat tak? dah plan ker nak masak pe tengah hari nanti? blum lagi? owhh.. jangan fening-fening.. jom cuba resipi ni lak.. ini resipi kedua yang telah dimasak leh en. miorku semalam.. ce cuba, ce cuba... sedap tau! ;)


bahan-bahan:

A:
5 biji cili api (tumbuk)
3 biji cili merah (hiris)
1 biji cili hijau (hiris)

B:
udang besar (terpulanglah berapa ekor mau)
1 labu bawang besar (hiris)
1 batang serai (nak lebih pun bule) (diketuk)
kacang pis
3 biji limau kesturi (ambil airnya)
garam secukup rasa

minyak untuk menumis

cara-cara membuat:
  1. panaskan minyak. tumiskan serai dan bahan A sampai wangi.
  2. masukkan udang, kacang pis, bawang besar dan garam. kacau rata.
  3. tutup api. pastu tuangkan air limau kesturi. kacau.
  4. sedia untuk dihidangkan.
senang je kan? leh arr cuba lepas ni k.. selamat mencuba!


rujukan :1 hari 1 resipi

12 Mac 2011

resipi - tauhu sos lada hitam

assalamualaikum.. nak share resipi  lagi.. hasil air tangan en. miorku larr.. rajin kan suami akak? (sila jangan jeles :p..) jom tengok resipi kat sini.. pastu cuba lar tau!



Bahan-bahan:
2 keping tauhu (resipi asal guna tauhu lembut)
5 kacang pis (potong dua)
1 biji tomato (belah empat)
2 biji cili merah (hiris)
½ batang lobak merah (potong kecil)
1 ulas bawang putih (cincang)
1 labu bawang besar (hiris)

Bancuh :
3 sudu makan sos tiram
1 sudu makan serbuk lada hitam
½ cawan air

Minyak untuk menumis

Cara-cara membuat:
  1. panaskan minyak, tumiskan bawang putih dan bawang besar
  2. masukkan tauhu. goring sampai garing
  3. masukkan sayur-sayuran, bancuhan sos tiram dan serbuk lada hitam
  4. kacau perlahan-lahan
  5. biarkan sampai mendidih dan pekat. tutupkan api.
  6. sedia untuk dihidangkan.

rujukan : 1 hari 1 resipi

tsunami di jepun - bumi semakin uzur..

sumber foto : cbs news

Assalamualaikum...

tsunami di jepun.. sure korang pun dah dengar @ tengok @ baca brita ni kat tibi semalam, kan? uisshhh.. dasyatnya bencana tsunami yang berlaku kali ini.. dengan gegaran bumi kuat pada magnitud 8.9 skala richter telah mengakibatkan ombak setinggi 10 meter melanda Sendai di timur laut Miyagi, pulau Honshu yang seterusnya mengakibatkan banyak kapal, kereta dan sisa runtuhan dihanyutkan ke kawasan bandar. Gempa bumi itu mengakibatkan gegaran kuat bangunan di Tokyo yang dihuni 30 juta penduduk...

sumber foto : cbs news
gempa bumi kali ini tersenarai dalam top 5 gempa bumi paling kuat pernah melanda sejak tahun 1900 :

  • March 11, 2011: A magnitude 8.9 quake strikes off the northeast coast of Japan, sending a tsunami across the Pacific and killing a still-undetermined number of people.
  • December 2004: An Indian Ocean tsunami, triggered by a magnitude 9.0 earthquake, kills 230,000 in a dozen countries.
  • March 1964: A 9.2 magnitude earthquake in Prince William Sound, Alaska, and the resulting tsunami kill 131 people.
  • May 1960: A magnitude 9.5 earthquake in southern Chile and ensuing tsunami kill at least 1,716 people.
  • November 1952: A magnitude 9.0 quake in Kamchatka causes damage but no reported deaths despite setting off 30-foot (9.1-meter) waves in Hawaii.
___
Sources: U.S. Geological Survey, Incorporated Research Institutions for Seismology and WHO's International Disaster Database

sumber foto : cbs news

jepun telah diketahui sebagai negara yang berada di kawasan aktif gempa, maka kejadian gempa adalah fenomena biasa di sana. bersyukurlah kita yang berada di bumi malaysia.. walaupun tidak berada dalam lingkaran aktif gempa, namun kita tetap juga perlu berwaspada.. bumi dah semakin uzur..

AF : takziah dan simpati kepada rakyat jepun.

11 Mac 2011

majalah solusi

kredit : majalah solusi
 Assalamualaikum.. Salam pagi Jumaat..

majalah solusi.. saya baru je mula baca majalah ni. sebelum ni, kak hajar, CC dipatmen saya dok cakap majalah nih best..

stat tahun ni, pusat sumber opis mula langgan majalah ni.. fes taim saya baca majalah solusi isu no. 29.. pada pandangan saya, bagus dan menarik.. banyak isu-isu yang sangat bermanfaat untuk dibaca (ye lar daripada beli majalah hiburan tu kan..)

cam isu no. 29 ni, banyak diketengahkan tentang isu perhubungan, cinta, jodoh dan rumahtangga.. saya suka! apa lagi, jom baca!

10 Mac 2011

blog walking


credit : getty images

Assalamualaikum..


Amacam korang hari ni? ada sihat tak? saya ok jer.. pagi ni cam ada motivasi sket lar sebab pagi-pagi dah ganti kawan untuk pablik spiking dalam segmen bicara pagi.. tajuk pun motivasi, kan?

okeylar.. blog walking.. salah satu cara yang perlu dilakukan oleh seseorang blogger untuk dapat ramai kawan.. dan dapat traffik jugak (aim bloggers skrang.. tapi, tak semua, kan?).. dulu-dulu... masa mula-mula saya kenal dunia blog ni.. istilah tu tak lar begitu menonjol kot? sejak beberapa tahun kebelakangan ni perkataan tu dah semakin biasa dalam dunia blog..ada lak yang kata blog walking ni dah jadi istilah popular di malaysia, indonesia dan filipina.. ha'ah.. saya agak ketinggalan juga.. skrang jer cam baru nak merajinkan diri ektif dan berblog..

saya akui, saya sendiri suka juga wat blog walking @ melilaukan jari menjengah ke blog rakan-rakan maya yang lain.. tapi, saya punya stail blog walking ialah.. saya akan bukak dua ke tiga tab jer pada satu-satu masa.. sebab.. saya suka nak baca dulu entri-entri sesuatu blog tu.. kalau saya rasa  nak komen, saya komen lar.. klu tak pun, saya akan singgah kat kotak jerit jer.. tapi dalam sehari, berapa sangat lar blog dapat dijengah.. (baru sket jer blog list, belum beratus-ratus lagi tuh...) maklumlah.. ada komitmen lain yang lebih penting, kan... tapi, saya tengok.. skrang nih macam-macam cara ada, kan..? nak mudah, blog walking skrang ni pun leh guna software aje.. senang ke tak senang punyer keje tu! tapi.. adakah berkualiti?

tapi apa pun kan.. semuanya berbalik pada cara dan niat masing-masing lar camna dan tujuan kita menceburkan diri dalam dunia blog ni.. selain menambah kenalan.. boleh juga berkongsi pengalaman dan pengetahuan.. ada gak sebab nak dapat trafik tinggi.. wat said inkam... hhrrmm.. terpulanglah kan.. hak individu..

k lah.. sampai jumpe!!

09 Mac 2011

peperiksaan kenaikan pangkat secara lantikan (KPSL)

credit : getty images
Assalamualaikum.. bertemu lagi kita dalam entri saya yang seterusnya ini.. dengan izin-Nya jua..

Kali ni saya nak share info asas tentang KPSL.

"Kenaikan Pangkat Secara Lantikan (KPSL) adalah merupakan kenaikan pangkat daripada skim perkhidmatan yang rendah kepada skim perkhidmatan yang lebih tinggi tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan dalam skim perkhidmatan yang berkaitan melalui proses lantikan."
sumber: JPA

Contohnya, skim Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Gred N17, sekiranya dah lulus peperiksaan KPSL, boleh memohon untuk ke lantikan gred jawatan skim Penolong Pegawai Tadbir (EO), Gred N27. Kalau ikut syarat skim ke gred lantikan N27, calon mestilah memiliki sekurang-kurangnya diploma. So, dengan adanya peperiksaan khas ini, PT(PO) @ kerani yang tak ada diploma tu, boleh lar mohon jawatan EO dengan menggunakan keputusan KPSL tu aje.. Then, klu EO Gred N27 nak mohon ke gred lantikan Pegawai Tadbir Gred N41 pulak, leh arr amik KPSL jugak. Ini khusus untuk calon-calon yang tak der degree larr.. Antara advantage keje kerajaan ni adalah KPSL larr. Orang kata, peluang kemajuan kerjaya tu tak terhad pada mereka yang berkelulusan tinggi aje.. yang tiada kelulusan pun boleh mohon ke jawatan lebih tinggi.. tertakluk kepada syarat-syarat yang telah ditetapkan juga lah..

Tapi, jangan salah faham pulak ye.. KPSL tak bermakna anda akan terus dilantik. mereka yang memohon menggunakan kelulusan KPSL pun kene lalui proses tapisan lantikan cam temuduga dan sebagainya.

Kenapa saya nak bgtau pasal ni pulak? Tujuannya adalah untuk memberi penjelasan pada sesetengah PT(PO) yang kurang jelas.. KPSL tu bukan untuk naik pangkat.. KPSL adalah kelulusan peperiksaan untuk lantikan ke gred yang lebih tinggi. Sebabnya, saya terdengar, ada gak yang salah faham istilah tu.. katanya KPSL adalah untuk naik pangkat..Dalam gred jawatan kerajaan ni, klu gred belakang nye nombor ganjil, jawatan tu adalah jawatan lantikan.. klu gred jawatannyer nombor genap, jawatan tu adalah jawatan kenaikan pangkat. Semoga penerangan nih dapat membantu menjelaskan penggunaan istilah KPSL tadi tu..

Kalau untuk kenaikan pangkat, keputusan yang digunakan adalah Peperiksaan Tahap Kecekapan (PTK). Misalnya, PT(PO) yang lulus PTK pada aras III (sekurang-kurangnya), boleh memohon untuk ke jawatan kenaikan pangkat ke gred N22. Kalau EO pulak, jawatan kenaikan pangkat ke gred N32..

eehh.. kalau saya salah tolong betulkan ye.. penerangan ini adalah berdasarkan kepada pemahaman dan pengalaman yang saya lalui..

Cite pasal PTK ni pulak, versi lama dah pun dimansuhkan berkuatkuasa 1 Januari 2011. Bagaimana lar pulak syarat kenaikan pangkat akan datang ni ye? Sumenye akan terjawab maybe hujung may atau jun nanti.. saya pun tertunggu-tunggu juga ni.. macam manalah pulak syarat-syaratnya nanti..

Oklar.. cukup dulu untuk kali ini. Semoga diizinkan oleh-Nya untuk saya terus mengupdate blog lepas-lepas ni. Insya-Allah.

loghat perak @ bota

Assalamualaikum..
Rasa cam dah lama tak updet blog ni ye. Padahal baru jer beberapa hari.. sebenarnya, saya dok menggodek-godek blog saya ni hah.. tu yang jadi ghupe skrang ni.. ini pun tangan saya cam gaaatalll jer nak mengejas-ejas lagi ni.. sampai kene marah ler ngan en. miorku “asik belogg.. belog.. belog!”

Kalau korang sempat baca entri saya yang dolu-dolu tu, korang tau lar kan asal usul en. miorku dari mana, kan..? of koz larr… owang paghiz @ parit..Hhrmm.. masa kami berkawan biasa, ada lar dalam 2 kali jer saya penah gi kg kota pagar (nama dulu kg alor kechor).. pehtu, masa bertunang, sekali jer penah gi.. tapi, biasalah time tu, idak ler menghayati sangat beberapa loghat perak ni kan.. maklum lar.. tengah berangan nak kawen kann.. tak kisah pun tu sumer..

Bila dah kawen.. haa.. baru lar cam peka @ faham sket perkataan-perkataan yang digunakan.. so, kat sini saya nak ler kongsi sket beberapa perkataan loghat perak @ bote, yang mana masa fes taim saya dengar, saya memang tak berape nak tau maknenye..ada gak perkataan lelain yang saya dah biasa dengar sebab ex-SIL saya owang jelapang.. loghat perak belah tengah ni kan pekat sket.. klu menurut en. miorku, yang pekatnye belah lambor nun.. kadang-kadang, dia pun tak paham sangat apa diorang cakap.. klu perak belah utara cam kat Teipen tu dah ikut loghat belah utara...

Ok.. ni ler beberapa perkataan yang saya sempat ingat larr.. beserta dengan terjemahannya kepada bahasa melayu biasa.. klu korang ada nak tambah, silekan lah ye..

• nyongket – merayau
• lengat – loyang
• meroloh – tido
• tak mandang – tak nampak
• deghah – cepat
• tumpo – mati
• kulu kelo – kehulur kehilir
• hangat pijo – panas terik
• bachike – makan
• penyegan – pemalas
• segholoh – jatuh ke bawah
• tawor leysior – tawar (tang makanan)
• toben – tua
• libang libu - runsing

ekceli...

ade banyak lagi perkataannye.. idok ler sempat teman nak tanye ngan penterjemah.. vokeb diye pun makin kughang sebab 'udoh lame idok balik ke kampong', katenye.. nak bagi contoh ayat pun, idok le teman reti.. nanti lain pulak jadi maksudnye.. ooppss.. terskipping pulak..

k lar.. nanti pree-pree kita cite lagi perkataan-perkataan lain yek.. 

07 Mac 2011

novel baru - IRAMA SEMALAM

Assalamualaikum..

sejak dua menjak ni.. saya memang dah jarang nak membeli novel.. klu bli pun (wat masa skrang ni) saya beli ramlee awang mursyid nyer novel jer.. nanti saya nak kene ektipkan balik aktiviti membeli novel ni larr..

okey.. hari nih saya nak tolong promosikan novel baru daripada seorang penulis lama (tak glamer) yang baru berjinak2 dengan penulisan novel secara komersil.. (betul ker ni?) secangkir madu merah @ kak yatie @ kakak saya..

kalau nak tau lebih lanjut pasal novel dia ni, leh klik sini..

saya pun tak baca lagi novel IRAMA SEMALAM ni.. sebab.. saya tunggu complimentary copy punyer.. hehe..


credit : karangkraf


06 Mac 2011

resipi - ikan jenahak masak tempoyak

Assalamualaikum.. Alhamdulillah, syukur pada Allah atas kesempatan yang diberikan untuk saya terus bernafas pada hari ini...

ni nak citer lar ni.. semalam datang lar tahap kerajinan suami saya, en. miorku untuk memasak.. tentunya saya lar orang paling gumbira sekali sebab saya dapat berehat2 bak permaisuri raja.. hehe.. gara-gara dah ada buku resipi yang best ni kan, keinginan en. miorku untuk memasak sangatlah tinggi.. baguss.. tak sesia akak beli buku 1 hari 1 resipi dek.. tima kasih kat chef hanieliza..



okey.. resipi ikan jenahak masak tempoyak sangat senang.. kalau anda mahu cuba, boleh lar amik resipi ikan jenahak masak tempoyak ini..

bahan-bahan (untuk 2 orang makan):
 A:
2 potong ikan jenahak (atau lain-lain ikan yang anda)
1 helai daun kunyit
5 sudu makan tempoyak
2 cawan air
garam secukup rasa

B (dikisar):
3 cili merah
5 biji cili api
1 inci kunyit

cara-cara membuat:
  1. ikan dibersihkan, dan ditoskan.
  2. masukkan semua bahan dalam periuk.
  3. masakkan sampai mendidih.
  4. hidangkan dengan sayur goreng dan nasi putih.
amacam? senang kan nak masak ikan jenahak masak tempoyak ni.. boleh lar cuba2 lepas nih k..


03 Mac 2011

pengurusan kewangan - penyata

Assalamualaikum...

Korang dah makan tengah hari ke? baguslar klu sudah.. saya tak gi makan hari ni.. makan biskut ajer.. diet.. huhu (diet lar sangat!)

okey.. hari ni saya nak share lagi satu format...

Excel yang saya buat khusus untuk merekod sumber pendapatan bulanan serta perbelanjaan tetap..

apa yang saya buat, saya senaraikan semua butiran-butiran tentang gaji, elaun-elaun yang saya dapat dan saya jumlahkan lar semuanya..

lepas tu, di row yang lain, saya wat pula perbelanjaan yang ditolak terus melalui slip gaji..

row bawah lagi, saya buat pulak senarai perbelanjaan tetap bulanan yang dibuat..

contoh cam kat bawah ni larr.. tang gaji ngan elaun tu, hanya rekaan semata-mata ye.. huhuhu..



sekurang-kurangnya dengan cara ini, kita tak akan termiss untuk bayar apa-apa bayaran yang telah kita komit.. so, tak der lar tertunggak apa2 hutang.. nak2 klu hutang dengan bank kan..

tu jer lar k.. sampai jumpa lagi..

02 Mac 2011

berapa berat?

Assalamualaikum..

haa.. tetiba tanya pasal berat pulak apa kes?

okey.. saya tak mau tau berat korang tau... saya nak tanya...

korang tau tak berat blog korang tu braper? iyalah.. kadang2 kita syok2 sendiri letak macam2 kat blog kita, kan? tapi kita tak sedar.. klu org datang baca blog kita, klu berat, nanti lambat nak loading... org pun malas nak jenguk lagi..

01 Mac 2011

pengurusan kewangan - harian

Assalamualaikum dan selamat malam..

saya percaya, setiap orang pasti ada cara yang diamalkan untuk mengawal perbelanjaan harian, kan?

memang dari dulu lagi, banyak tips dan cara yang telah dikongsikan oleh pakar2 pengurusan kewangan khusus untuk mereka yang suka tentang cara2 untuk mengawal sumber kewangan masing2..


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...