Permulaanku

Daisypath Anniversary tickers

17 Januari 2017

Short trip 2 hari 1 malam ke Tokyo, Jepun (Part III)

Assalamualaikum.


Salam untuk semua.

Alhamdulillah syukur kepada Allah atas segala limpah dan kurniaNya buat kita pada hari ini.

Macam biasalah.. Mood cuti pendek ke Tokyo masih terasa.. Sedangkan sepatutnya dah kena on mood exam!

So, saya sambung lagi kisah short trip 2 hari 1 malam ke Tokyo, Jepun ya!

>> Part I
>> Part II

7 Januari 2017 (Sabtu)

Pagi ni pukul 5.30 pagi terjaga. 5.14 pagi dah subuh di Tokyo.

Pukul 9 pagi dah nak gerak keluar. Di sini, waktu check-in ke hotel pukul 3 petang.. Waktu check-out pula pukul 10 pagi..

Kami sarapan dengan roti yang dibawa siap-siap dari Malaysia dan dengan air mineral sahaja.. Alhamdulillah.. cukuplah nak alas perut dulu.

Pukul 9 lebih, masa kami turun ke kaunter reception masih belum dibuka. So, kami just tinggalkan kad bilik dalam kotak check-out yang disediakan.





Dari Higashi Jujo Station kami ke Ueno Station untuk letak beg dalam locker di sana. Topup lagi suica kad 1000 yen.


Dok mengira duit syiling.

Mesin order makanan. Masuk dalam bagi slip je kat kaunter. Tapi ni restoran tak halal. saja nak tunjuk.



Pagi ini kami nak ke Odaiba. Untuk apa? Untuk cari patung gergasi Gundam! Untuk ke sana, kami perlu menukar stesen.










 Dari Ueno Station ambil Yamanote Line ke Shimbashi Station. Kemudian, keluar pula ambil Yurikamome Line dan turun di Daiba Station.
 

Di Shimbashi Station





Dari Daiba Station jalan kaki kira-kira lima minit sampai ke Divercity Mall. Di luar mall tersebut tersergam patung gergasi Gundam menanti kedatangan anda!

Nampak dah Gundam Gergasi!




SIL pun tak tahu pasal patung gergasi Gundam ni. Saya dan en. miorku ajak juga ke mari sebab dimaklumkan mulai 15 Mac 2017, patung gergasi Gundam yang dibina pada tahun 2012 ini akan dirobohkan dan digantikan dengan patung gergasi Gundam yang baharu. Mungkin lebih canggih dari yang ada sekarang.


Kami berada di sini lebih kurang setengah jam sahaja. Di kawasan ini juga terdapat patung Statue of Liberty. Tapi atas kesuntukkan masa kami tidak ke sana. Memadai lihat dari jauh sahaja.



Dalam perjalanan ke Daiba Stesen semula, secara tidak sengaja saya terpandang di sebelah kiri kawasan ini. Dan tidak sangka pula Gunung Fuji boleh dilihat dari sini. Subhanallah.. Sememangnya impian jika ke Jepun ini hendak juga melawat kawasan berhampiran Gunung Fuji.. Walaupun tiada kesempatan untuk ke Lake Kawaguchiko untuk melihat Gunung Fuji dengan lebih dekat, dapat melihat Gunung Fuji dari kejauhan ini pun dah kira Alhamdulillah.. Indahnya ciptaan Allah walaupun hanya dari jauh!



Dari Daiba Station, kami singgah di Shibuya pula. Kat sini selain adanya Shibuya Crossing yang dikatakan simpang paling sibuk di dunia, terdapat juga patung anjing yang setia bernama Hachiko. Kalau anda pernah menonton filem Hachi: A Dog's Tale lakonan Richard Gere, pasti anda tahu kisah anjing ini. Saya pun tahu tentang Hachiko melalui group fb Dunia Kucing. Patung Hachiko terletak bersebelahan sahaja dengan stesen Shibuya.

 
Takuya Kimura tengah tengok kita!


Mural timbul hachiko di luar stesen


Hachiko Statue.

Koc tuan nya naik dulu jadi kedai hello kitty.


Shibuya crossing. Bersedia untuk melintas.
Di Shibuya, kami ke 2nd hand shop bernama Bingo. Compare barangan di sini dengan Book Off, harga kat sini macam tinggi sikit. Ada juga barangan dengan harga yang berpatutan.



Ramai sedang tunggu green light & bersedia untuk melintas.

Dari Shibuya, perut dah lapar. Kami terus ke Asakusa untuk lunch di Naritaya Halal Ramen di Asakusa. Di Asakusa terdapat salah satu kuil Buddha iaitu Sensoji Temple. On the way mencari Naritaya Halal Ramen, kami melalui kuil ini. Maybe ada sambutan ke apa ramai betul orang kat sini. Kat sini juga banyak kelihatan kedai-kedai yang membuat sewaan kimono untuk para pelancong. Kami nampak lah juga beberapa orang awek bertudung dok berjalan-jalan di area sini dengan kimono. Tak pasti warga Malaysia or Indonesia. Rasanya macam orang Malaysia je.


Tangga untuk ke stesen yang unik.

Tokyo Skytree.


Beca sedia untuk disewa.

Kaminarimon (Thunder Gate) sebelum masuk ke Sensoji Temple.











Cari punya cari maka terjumpalah restoran Naritaya ni. Tapi kami perlu menunggu seketika sebab kedainya kecil dan tempat duduk terhad. Dalam 15 minit menunggu, kami pun masuk lah ke restoran ini. Salah seorang staf di sini adalah warga Malaysia. So senang order cakap BM je. Dekat Naritaya ini ada surau yang boleh memuatkan seorang sekali masuk.




Senarai menu di Naritaya Asakusa.


Special Ramen. Masin! hehe..


Lepas makan dah dekat pukul 3 petang. Kami terus ke Ueno sebab SIL ada tambahan jam yang hendak dibeli. Saya dan en. miorku sekadar lepak-lepak di luar stesen sambil melihat gelagat masyarakat Jepun di situ. Di dalam stesen tak ada kerusi disediakan. So terpaksa lepak di luar. Sejukkk...

Nampak Tokyo Skytree.

Sekitar Asakusa.

Sensoji Temple.

Macam baby dibuat nya bebudak bulus ni..

Hard Rock Cafe Ueno. Tak masuk pun. Lalu je.

Cop lagi. Cenderamata untuk diri sendiri.

Ada lagi balance beberapa helai dan syiling yen.

Dekat pukul 4 petang cam tu, kami ambil beg yang ditinggalkan dalam locker. Kemudian kami pun berjalan kaki ke Keisei Ueno Station untuk ke Narita Airport. Kami ambil Keisei Skyliner dengan tambang 2470 yen (RM95).






Kaunter MAS buka pukul 7.30 malam. Since kami sampai awal, kami cari restoran untuk isi perut dulu. Di Narita Airport ada 2 restoran halal yang boleh dicuba. Kami ke Tentei Restoran untuk makan malam.

Menu yang disyorkan oleh chef.


Set makanan yang disediakan di restoran ini.
Set yang kami pilih - 1050 yen (RM40.43)

Bila kaunter MAS dah buka, kami pun beratur lah untuk dapatkan boarding pass. Beratur dekat nak 1/2 jam kot. Dah sampai kat kaunter, staf process macam biasa. Siap tunjuk dah seat untuk kami. Lepas tu tetiba dia ternampak status standby kot dalam sistem tu.. Lepas tu staf ni buka balik luggage tag yang dia dah pasang pada beg SIL.. Dia minta kami datang balik ke kaunter pukul 8.30 malam! Masa tu dah dekat nak pukul 8 malam pun.. Bila SIL tanya berapa seat yang ada, dia kata ada dalam 20 seats. OK. Kami pun berlalu dari kaunter tersebut dan duduk kejap sambil tunggu 8.30 malam. Dalam masa nak menunggu tu, kami pergi solat dulu.

Dah pukul 8.30 malam terus ke kaunter tiket untuk dapatkan boarding pass.. Alhamdulillah dapat juga seat.. Tapi dah tak dapat duduk dekat-dekat.. Tak kisahlah janji dapat seat balik.. Gate open pukul 9.10 malam. Dapat je boarding pass, kami terus beredar ke pemeriksaan imigresen. Alhamdulillah proses keluar pun sangat cepat.. Terus kami berlari ke gate. Jauh lah juga tu. Nasib baik sempat..

Dalam pukul 9.40 malam, kapal terbang pun berlepas meninggalkan Tokyo.. Sedih pulak sebab singkat sangat trip ni.. Huhu..

Dinner dalam flight balik NRT - KUL

Supper.

Sepanjang perjalanan balik ni, adalah dekat 2 kali kot ada air turbulance.. Suspen akak.. Risau juga kalau berlaku perkara yang tidak diingini. Dalam hati berzikir banyak-banyak. Alhamdulillah.. dalam pukul 4 pagi kami selamat sampai di KLIA..

Salmon onigiri yang dibeli sebelum balik di Family Mart Narita Airport.

Begitulah serba sedikit catatan pengalaman saya dan en. miorku sepanjang 2 hari 1 malam perjalanan kami ke Tokyo, Jepun.

Tempat-tempat yang ingin di lawati di Tokyo tapi tak sempat 

Eloknya, tempoh minimum untuk stay di Tokyo adalah at least 5 hari 4 malam baru ok. Macam kami ni memang tak minat nak pergi taman tema Disneyland or Disneysea. Tak ada niat pun nak pergi ke tempat-tempat tu kalau stay lama pun.

Antara hajat saya kalau ke Jepun adalah nak tengok Gunung Fuji dengan lebih dekat. Kalau sempat, boleh pergi balik hari dari Shinjuku ke Lake Kawaguchiko untuk tengok Gunung Fuji. Naik bas kosnya hanya 1,750 yen pergi-balik (lebih kurang RM70.00). Kalau naik shinkansen mahal lagi lah.

Lain-lain tempat yang kami tak singgah adalah :
  • Shinjuku
  • Harajuku
  • Nippori Textile Town - tempat beli kain cotton
  • Tokyo Tower
  • Tokyo Skytree (tengok dari jauh je)
  • Ueno Park
  • Yoyogi Park
  • Roppongi
  • Gala Yuzawa- tempat main salji
  • Lake Kawaguchiko - Mount Fuji view

InsyaAllah jika diizinkan Allah, saya pasti akan ke Tokyo lagi. Tahun depan dah rancang nak ke Sapporo then turun ke Tokyo terus ke Osaka. Atau maybe ke Daerah Kansai sahaja dulu (Osaka, Kyoto, Nara). Papepun yang pasti tabung melancong bagi penuh dulu! Haha.. Ada nak ikut tak?

Sekian dulu untuk kali ini. InsyaAllah berjumpa di next entry pula. Akan saya kongsikan perbelanjaan kami untuk 2 hari 1 malam tu. InsyaAllah.











Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sudi-sudikanlah mengarang sepatah dua bait-bait kata buat kenangan tuan punya blog ni...
Terima kasih daun keladi.. ;)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...