Permulaanku

Daisypath Anniversary tickers

31 Mac 2009

kuching, sarawak - part II

wokey.. sambungan kisah perjalananku ke kuching awal bulan hari tuh...

1 mac 2009 - ahad

hari nih adalah hari majlis nyer.. patut ler sejuk rasa pagi tuh sebab hujan.. acara majlis dimulakan dengan acara khatam Quran oleh sepupu sepapat syukor.. pastuh ada marhaban.. lama gak ler.. sebelum khatam Quran, diorang yang berkhatam nih diarak jugak oleh kumpulan hadrah...

sementara marhaban berlangsung, kitorang sume menunggu kat umah syukor belah bawah (pelamin & acara sume dibuat kat belah atas umah).. kitorang sume tak duduk umah yang sama.. so, sarapan pagi tak sume umah disediakan.. diorang yang duk umah lain-lain tuh dah tak tahan menahan kelaparan sebab tak der bekfes (makan biskut ngan air kopi ajer katanya...)

dalam kul 11:00 pagi kot, kitorang dijemput untuk ke khemah makan (jalan ke lorong utama dari kawasan rumah..) tapi kene pause kejap sebab tempat makan tengah penuh, bagi anak-anak yatim makan dulu.. (bagus nyer jemput anak-anak yatim..) pastuh, pengantin pun berarak untuk bersanding di atas singgahsana..

tengah menunggu untuk makan..


comel kan.. teringat kat mira ku yang comot.. huhu


ketibaan pengantin

sementara diorang dok melepak kat bawah menunggu nak ke khemah makan, aku gi arr naik jap kat umah atas.. yang lain-lain tak naik sama sebab diorang malas nak memanjat tangga and kawasan hall yang kecik.. yang kelakarnya, budak-budak kumpulan hadrah nih pun siap naik atas lagi main kat depan pelamin.. adoi larr..



pastuh, aku pun gi ler ke khemah makan. yang lain-lain dah jalan dulu.. dah lapar sangat dah memasing..

wajah-wajah kekenyangan


lauk pauk yang dihidangkan... sedap.. tapi sikit-sikit ajer diletaknya..

selepas bersanding, sebelum makan beradab, pengantin ada game.. game nih namanya apa ye? aku luper la.. 'temuan' ke aper ke.. tak ingat.. dalam dulang lauk pengantin tuh ditutup lah dulangnya.. pastuh, nanti, ada orang yang akan kira 1,2 3, pas tuh bile orang tuh bukak jer tutup dulang tuh, kedua-dua pengantin akan lawan ler, sapa yang paling cepat suap nasi kat mulut pasangan.. nasib lah klu tersuap nasi kat lubang idung suami @ isteri yer.. haha..



lepas majlis, dalam kul 2:00 lebey kot, kitorang pun gerak ke hotel... konon-konon nak gi singgah ke serikin lar.. tapi tak sempat nak pegi kerana waktu perniagaan nya klu hari ahad sampai kul 2:00 petang ajer.. jarak dari kuching ke serikin lebey kurang sejam gak ler.. serikin tuh tempatnya menjual barang-barang dari seberang (ala-ala wang klian kat kedah tuh ler). waktu perniagaan hari sabtu 8:00 sampai kul 6:00.. kempunan ler makcik-makcik aku nak gi situ.. len kali ajer lah diorang leh gi , itupun klu ada chance nak ke kuching lagi..


sebelum ke hotel, kitorang singgah gi makan cendol/ABC.. ada gak jual kangkung sotong.. aku order ABC ajer..





lepas tuh, kami pun check-in ke harbour view hotel.. bebetul depan waterfront and kedai-kedai untuk membeli cenderahati..


pemandangan luar hotel di waktu malam

malamnya, syukor bawak kitorang makan malam kat kampung boyan, kat seberang sungai kuching tu larr.. yang makcik-makcik and mereka-mereka yang taraf veteran sume naik van gi sana.. kitorang beberapa orang kategori muda belia yang suka adventure nih gi lar naik penambang (tul ke nih).. empat posen jer tambang nyer untuk seorang...



pemandangan dari waterfront



jeti mini



info sejarah kuching di atas jalan

menunggu ketibaan penambang.. hati-hati.. bujang senang sedang menunggu.. hehhehe..

almaklumlah, masing-masing tak pernah naik penambang nih, so, masa nak naik ke dalam penambang tuh, masing-masing cam saspen.. yang mulut kecoh, bising ler siap melatah bagai sebab nak kene stablekan badan.. takut penambang tuh terbalik pulak.. penu ler satu penambang tuh kitorang ajer.. sian pakcik tuh bertungkus lumus mengayuh.. dalam 5 minit, kitorang pun dah sampai ke seberang sungai..



posing tetap posing walaupun saspen..


menu aku malam tuh ialah - mee kolok.. mee (macam maggi) yang dicelur, ada ayam dan sayur.. pastuh dimakan bersama sup and sedikit cili.. lagi satu makanan yang popular kat sini ialah nasi ayam penyet.. ayam tuh ayam goreng ajer.. cumanya ia akan dipenyekkan.. so, jadilah ayam penyet...

nasi putih, ayam goreng yang dah dipenyekkan, ulam-ulam & sedikit sambal


mee kolok
selesai makan, kitorang balik semula ke hotel.. naik penambang lagi lar.. pakcik yang hantar memula tuh dah tak mo dah antar kitorang kali nih, ada pakcik lain pulak bawak.. tapi tak sume naik satu penambang.. aku ngan 4-5 orang lain naik trip lagi satu... rugi lar sape klu datang sarawak tak merasa naik penambang nih tau...

pengunjung di sepanjang waterfront dihiburkan dengan alunan muzik asli sarawak dengan menggunakan alat musik sape


pemandangan waktu malam waterfront


lepas makan, balik bilik.. acara titon lar pulak...

.. bersambung lagi nanti ...

21 Mac 2009

fotografi - komposisi


Untuk menulis tentang fotografi, tentu sekali saya bukan orangnya kerana saya tidak mempunyai pendidikan yang formal mengenainya. Namun dek kerana meminati bidang ini, tidak banyak pun, serba sedikit ilmu mengenainya perlulah kita ambil tahu juga, kan?

Okey.. Antara elemen-elemen penting di dalam sesuatu gambar yang kita ambil atau lihat adalah komposisi objek di dalam sesuatu gambar itu.. The rules of third adalah istilah yang digunakan, sebagai panduan / guidelines untuk kita mengenalpasti di mana duduk letaknya objek utama di dalam gambar yang hendak kita ambil..

Walaubagaimanapun, komposisi sesuatu gambar itu adalah terletak kepada pandangan dan selera seseorang yang melihatnya - mungkin ada yang menyukainya, mungkin juga ada yang tidak.. Apapun, terpulang kepada kreativiti anda sebagai jurugambar untuk menjadikan gambar yang diambil menarik hati dan memberikan kesan kepada mereka yang melihatnya.

Gambar-gambar ini adalah antara koleksi gambar yang saya ambil beberapa tahun yang lalu.. sayang sekali PC lama saya sudah rosak.. sampai sekarang tidak diformatkan lagi.. hilang semua koleksi gambar-gambar dulu.. huhu.. nasib baik ada upload dalam fotopages.




For more info on the rules of third, please visit here :

http://www.betterphoto.com/exploring/tips/thirds.asp
http://www.slidescanning.com/articles/Photography-Rules-of-Composition.htm
http://www.photographytips.com/page.cfm/6

20 Mac 2009

abah

Today is abah's 74th birthday..


Abah diserang strok pada 23 Jun 2002.. Hampir sebulan abah koma selepas pembedahan di kepala... Selama dua bulan, hospital menjadi rumah kedua kami... Abah adalah seorang yang menjaga akan kesihatan dirinya.. Abah jarang-jarang sakit.. Sememangnya peristiwa itu merupakan satu kejutan buat kami sekeluarga..Namun, ini adalah dugaan buatnya, dan juga kami sekeluarga... Kami terima dengan redha.. Setiap apa yang berlaku, pasti ada hikmah disebaliknya...

Ya Allah! Ampunilah bagiku segala dosaku dan juga dosa dua ibu bapaku dan
kasihanilah mereka keduanya sebagaimana mereka memelihara dan mendidikku di
masa kecil.
These are some info about stroke...
WHAT IS STROKE?
A stroke occurs when the blood supply to or within the brain is stopped or interrupted, causing damage to the brain. Whichever part of the brain is damaged, the functions it controls will be affected.
CAUSES OF STROKE
There are several causes of stroke and this include
1. Cerebral Thrombosis This is most common. Arteries become partly occluded by the buildup of fatty deposits of atherosclerosis. Blood flow is slowed so that clots form in the clogged vessel, blocking the blood supply to a part of the brain.
2. Cerebral Haemorrhage Bleeding in the brain. It is the result of burst blood vessels in the brain and is usually caused by high blood pressure and blood vessels abnormalities.
3. Cerebral Embolism This happens when a wandering clot, originating outside the brain, is carried by the bloodstream to the brain. The clot plugs the vessels, blocking the blood flow.
WHAT ARE THE SYMPTOMS OF STROKE?
Symptoms of stroke usually develop abruptly over minutes or hours and rarely over several days. They are: headache dizziness and confusion disturbance of vision slurred speech or loss of speech difficulty in swallowing paralysis loss of sensation of one side of the body. The more serious cases lead to death or severe physical or mental handicap
THE RISK FACTORS?
- High Blood Pressure
- High cholesterol level
- Diabetes
- Heart Disease
- Smoking -
Drinking
- heavy alcohol consumption
- Overweight (obesity)
- Inactivity or lack of exercise
- Previous TIA or Stroke
- Oral Contraceptive use (above age 30 years)
- Stress
HOW TO LOWER YOUR RISK
1. Treat high blood pressure
High blood pressure is present in 40-70% of stroke. It causes clogging of the arteries and puts abnormal pressure on blood vessel walls, which can rupture at a weak spot. High blood pressure must be treated. It is important to have regular checks. Controlling high blood pressure will help reduce the risk of stroke.
2. Stop smoking
Smoking speeds up atherosclerosis. Nicotine in tobacco can raise blood pressure. Cigarette smoking is a major factor is stroke and should be stopped.
3. Avoid high cholesterol and fatty foods
High blood cholesterol level is a major risk factor for stroke. Thus, it is important to cut down high cholesterol and fatty food.
4. Avoid excess alcohol
Those who take alcohol have twice the risk for haemorrhage stroke as non-drinkers. For heavy drinkers, the occurrence of stroke increases three times.
5. Control your weight
Try to maintain your weight and within the ideal range for your age and height. Blood pressure rises with an increase in body weight and falls with a reduction in weight.
6. Exercise regularly
Maintain a regular exercise programme. If you have not started on one previously, it is advisable for you to see your doctor before starting an exercise programme.
7. Avoid excessive stress
Learning to cope with a certain amount of stress may be helpful but to much stress may be harmful. To avoid excessive stress, learn relaxation techniques. If you have a competitive, hurried behaviour pattern, modify it. Stress increases blood pressure.
DOES STROKE RUN IN THE FAMILY?
In some ways, yes. If you have a family history of stroke, you should take steps to decrease your risk through life style modification, such as following a proper diet, exercising regularly, not smoking, and other means as discussed earlier.

16 Mac 2009

laporan tahunan 2007

alhamdulillah.. 10hb lepas dah selamat terima 1,000 naskhah laporan tahunan yang siap dicetak.. kene hantar ke Parlimen 13hb.. ingatkan leh hantar awal sket dari tarikh tuh, tapi tak dapat jugak sebab jadual pemandu penuh...

papepun, lega lah sket.. sempat jugak siap.. sampai ajer LT tuh, terus bagi kak hana tengok.. suka betul dia siap dicium2 nyer LT tuh.. ekkekek.. maklumlah, LT tuh pun hasil kerja kak hana gak.. contribution aku sket jer..
tapi kan.. bila kita dah terlibat ngan penerbitan cam gini, kita akan lebih menghargainya.. dulu-dulu masa dapat satu naskhah LT, aku wat tak tau jer.. selak gitu-gitu, pastuh simpan..

penghantaran 350 salinan ke Parlimen aku tak join sebab kene gi Paka, Terengganu.. si zie & yan lah gi tolong hantar.. sempat siap berposing-posing lagik diorang tuh kat Parlimen...

skrang nih pun, unit aku tengah kumpul maklumat untuk LT 2008 pulaks.. target nak bentang Parlimen bulan Disember.. harap-harap semuanyer berjalan ngan lancar dan seperti yang dirancangkan... :)

11 Mac 2009

kuching, sarawak - part I


ok.. ini adalah kunjungan ku kali yang kedua ke Bandar Kuching ini.. yang pertama dulu pada tahun 2000 (gi free jer sebab company trip opis lama..)

hari pertama : 28 feb 2009


flight ada 2 group.. first group (14 orang) dah berlepas awal, flight pukul 12 lebey.. (ada kisah drama nyaris tragis lah untuk first group tuh…)

kitorang yang group kedua (13 orang) nih berlepas dekat kul 6 petang (flight delay). So, kitorang sampai kat airport Kuching kul 7:30 ptg.. sampai kat sana, dua van dah menanti untuk bawa kitorang terus ke Satok – sebab tiap2 malam sabtu ada pasar minggu (kita sini kata pasal malam..) klu tak silap, pasar minggu satok nih mula pukul 3:00 petang sabtu sampai kul 12:00 tengah hari ahad.. macam2 lah barang ada dijual..



lepas berjalan-jalan di satok, kira-kira kul 10:00 kitorang dibawa balik ke kampong semarang.. ingatkan terus bawak ke rumah yang kitorang patut bermalam.. tapi tak, singgah dulu kat umah adik ipar aku nih (syukur namanya).. masa kitorang sampai, family dia tengah dok sediakan bunga telur untuk majlis khatam Quran esok pagi.. lepas selesai diorang wat keje-keje bunga telur tuh, rupa-rupanya, makan malam disediakan (adik aku dah siap soh beli makanan kat pasar satok tadi, sib baik tak beli banyak..) diorang pun hidangkan ler kitorang makan malam.. ada lauk midin, acar, ikan masak kicap & lauk lain yang aku pun tak sure apa..



lepas makan, kitorang yang group kedua nih pun gi arr bermalam di rumah sedara si syukor nih (kat depan umah dia ajer). Hrrmm… dah lewat malam baru nak mandi.. sejuk arr airnya.. dalam sejuk pun, mandi ler gak.. (dah terbiasa mandi air panas heater klu kat umah – waktu tengah hr pun kadang2 mandi air panas.. sabor ajelah..)


so, dekat kul 11 aku pun tido..


... akan bersambung nanti ...

sambutan Maulidur Rasul

kali pertama aku join perarakan sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan wakil agensi. Sebelum ini agensi aku keje nih pernah join juga perarakan (masa dengan KPM dulu) tapi masa tuh tak ramai & untuk lelaki sahaja..
Hrrmm.. Untuk tahun-tahun akan datang, rasanya lebih elok kalau majlis ini dibuat di tempat yang tertutup (stadium ok la..)

gambar 1 : cuaca mendung..

gambar 2 : ini gambar dari kamera bos aku (en. norzam)

gambar 3 : keadaan Dataran Merdeka (DM) selepas peserta perarakan beredar masa hujan.. ini pun still ujan lagi nih.. dan persembahan masih berlangsung di atas pentas..

MAJLIS PERHIMPUNAN SAMBUTAN MAULIDUR RASUL PERINGKAT KEBANGSAAN 1430H / 2009 M

Tarikh : 9 Mac 2009 (Isnin)
Masa : 8.00 pagi
Tempat : Dataran Merdeka, Kuala Lumpur
Tema : "WAHDAH PEMANGKIN KHAIRA UMMAH"



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...