Permulaanku

Daisypath Anniversary tickers

30 Julai 2009

down

baru balik kursus.. masuk opis rasa down sangat nak keje.. aduss..
buhsan yang teramatsss.. teringat zaman dolu2.. keje adalah satu yang menyeronokkan wat aku.. sibuk tu biasalah.. walaupun sibuk or tertekan, tapi keseronokkan tuh tetap ada.. sampaikan org dok seronok2 beraya, aku antara org2 yg dah kijer..
tapi sekarang... akulah antara org yang akan mohon cuti dulu.. hehe..
errmm... well.. live goes on..

oklah.. pada yang pikir mcm2 tuh, ekceli, x der papepun khabar gumbira nyer.. gumbira sebab dah dapat balik umah.. hehehe..

tu jer..


26 Julai 2009

assignment

ermm.. banyak assignment kene wat nih..

alhamdulillah group assignment dah pun siap wat.. 2 soklan lak tuh..

hari nih half day tak der sesi ceramah.. dari tengah hari sampai malam nanti sesi membuat assignment sajer.. assignment individu ada satu soklan nak kene wat.. baru wat sket.. mencari-cari maklumat ajer.. belum berkesempatan nak ellaborate lagi..

sesambil tuh, kene wat isi nak citer semasa pengucapan awam nanti.. aduss.. tajuk wawasan 2020 nih.. luas sangat skopnyer.. payah juga nak mencari isi..

apapun, biasalah.. apabila kita di dalam proses pembelajaran dalam semua segi, perkara-perkara gini adalah lumrahnya..

errm.. nak menyambung semula sesi mencari-cari bahan dan idea untuk assignment dan pengucapan awam.. sambung menulis nanti..

me : sedang menunggu kepastian tentang sesuatu.. mungkinkah ada khabar gembira..?

23 Julai 2009

award

i would like to say thank you to my lovely sister anor for this award..


so, i would like to forward this award to :

1. kak zura
2. pn. nenney
3. gee hanim
4. sue aziz

TQ


22 Julai 2009

resipi - kentang lenyek & sos





  • wokey.. seperti yang dijanjikan hari tuh, aku post kan resepi kentang putar lenyek ngan sos yek.. cubalah yer..

    ini ikut sukatan yang aku wat hari tuh ler.. copy dari blog kak ceni..

    2 biji kentang - rebus ngan air garam ajer.. sampai empok pastu lenyek (sebab tak der mixer)

    sos kentang :

    untuk air rebusan stok ayam

    650 ml air
    5 sudu besar stok ayam (aku guna brand knorr - kene kurangkan sket lar kot sebab hr tuh cam masin sket ler..)
    1 biji bawang besar - cincang
    1 batang saderi - cincang

    * Masak air dengan stok ayam, saderi dan bawang besar hingga mendidih.
    * Renihkan dalam 10 minit.Tapis ke dalam mangkuk.


    Seterusnya sediakan

    40 gm mentega
    20 gm tepung gandum
    1 sudu besar sos tomato
    1 sudu besar sos tiram
    sedikit serbuk lada hitam
    kicap pekat
    garam

      Cairkan mentega dan masukkan tepung gandum. Kacau atas api kecil hingga tak melekat pada tepi periuk. Tuang air rebusan sedikit demi sedikit sambil dikacau supaya tak bergentel. Masukkan sos tomato dan sos tiram, juga sedikit kicap pekat (kicap utk bagi warna). Masukkan juga serbuk lada hitam. Masaklah ikut pekat mana yg disukai. Masukkan garam. Perlu rasa dulu baru letak garam sbb stok ayam dan sos tiram dah masin.


    cuba-cubalah yer..

    P/S : mama r, i'm so thankful sebab dapat hadiah best dari kak zack n cik ess tuuu.. sebab tuh cam terrajin sket nak masak memasak nih.. belum berkesempatan untuk mencuba resepi pizza.. kene kursus induksi plaks 2 minggu niey..

    aduss... rindu kat boipren ku.. ahak ahak.. ;)


    okey.. salam sayang dari sepang untuk pembaca semua...

    19 Julai 2009

    resipi - black pepper chicken chop


    bila mood rajin tengah datang, macam-macam benda nak kita masak ekk..

    memandangkan aku tengah rajin untuk mencuba resipi-resipi baru, maka dinner pulak ialah .. black pepper chicken chop (BPCC)..

    en. m keje petang nih.. kul 3:00 dah kuar sebab kene amik APP di KLIA kul 6:30 petang.. asalnya nak ikut singgah di KJ.. but then niat nak memasak BPCC ngan kentang putar lenyek, maka aku ambil keputusan duk kat umah ajer.. (sori yer alin..)

    okey.. resipi BPCC nih aku copy dari myresipi.. cubalah yer..

    Bahan-bahan (untuk 2 orang) (untuk perap) :

    2 paha ayam (ikut suka nak amik part mana yer)
    2 ulas bawang putih - cincang
    1 cm halia (cincang)
    1/2 sudu teh serbuk lada hitam
    2 sudu besar sos cili
    1 sudu besar sos tomato
    1 sudu besar kicap manis
    1 sudu besar kicap masin
    1 sudu besar sos tiram
    1 sudu besar madu
    garam secukup rasa

    cara - cara :
    1. gaulkan ayam dengan bahan-bahan perapan. cucuk-cucukkan ayam dengan garfu supaya bahan perapan dapat diserap dengan elok. biarkan semalaman.
    2. selepas diperap semalaman, sediakan non-stick pan untuk tujuan menggoreng ayam. goreng dengan minyak yang sedikit saja dan tutupkan pan sehingga ayam separuh masak.
    3. balik-balikkan ayam sehingga masak (tapi jangan terlalu masak agar ayam tetap juicy..)
    4. lebihan bahan perapan tadi boleh dijadikan sos untuk dituangkan ke atas ayam yang dah siap.

    sos black pepper :

    1/2 botol sos lada hitam
    2-3 sudu besar sos tiram
    3-4 biji cendawan butang (cincang)
    1/2 biji bawang besar (cincang)
    garam/gula secukup rasa

    cara - cara :

    panaskan lebihan perapan ayam tadi dan bahan-bahan sos di atas selama seminit dan adjust lar kepekatannya dengan menambah air, garam dan gula secukup rasa..

    ermm.. untuk kentang putar lenyek, esok aku post kan entri nyer.. sos kentang tuh aku tiru resipi kak ceni.. :)


    resipi - tom yam campur


    menu makan tengah hari kami hari ni ialah... tom yam campur ngan ikan goreng ajer.. aku tak pernah masak tom yam sebelum nih.. nih kira fes time aku masak tom yam untuk en. m.. senang ajer nak wat pun.. ;)

    bahan-bahan (untuk 4 orang) :

    1 biji bawang besar - hiris
    3 ulas bawang putih - hiris
    6 biji cili padi - tumbuk
    2 batang serai - tumbuk
    lengkuas - tumbuk
    daun limau purut
    1 biji limau nipis
    udang
    kobis
    lobak merah
    cendawan
    jagung
    2 sudu besar tom yam paste

    cara-cara memasak :
    1. Didihkan lebih kurang 1/4 air dalam periuk. Masukkan bawang besar, bawang putih, cili padi, serai, lengkuas dan daun limau purut. Biarkan hingga naik bau.
    2. Masukkan tom yam paste.
    3. Kemudian, masukkan ler udang.
    4. Seterusnya, masukkan sayur-sayuran.
    5. Lepas tu, perahkan air limau
    6. Sesambil tuh, rasa-rasa lah ikut selera masing-masing.
    7. Tutup api dan sedia untuk dihidangkan.

    Komen en. m : "okey.. boleh tahan.. lain kali nanti, lebihkan cabai burung (cili padi).. kurang pedas lar.. tak yah masukkan jagung.. ilang rasa tomyam.. " huhuhu...

    13 Julai 2009

    tazkirah

    pagi tadi giliran aku menyampaikan tazkirah.. cam sesi pengucapan awam SP larr.. setiap warga SP akan diberi masa 2-3 min untuk menyampaikan apa-apa kisah yang hendak dikongsikan..

    sejak khamis lepas aku dok mencari kisah yang patut diceritakan.. cari punyer cari, aku ambil keputusan untuk cerita mengenai kisah ini.. amat sesuai dibacakan di dalam suasana kerja yang banyak sangat ragam manusia yang bermacam-macam.. termasuklah ada antara mereka seperti di dalam kisah ini..

    dipetik dari koleksi tentang cinta (LOVE)

    Kasih Si Kecil
    Seekor anak anjing yang kecil mungil sedang berjalan-jalan di ladang pemiliknya. Ketika dia mendekati kandang kuda, dia mendengar binatang besar itu memanggilnya. “Kamu mesti masih baru di sini, cepat atau lambat kamu akan mengetahui bahawa pemilik ladang ini mencintai saya lebih dari binatang lainnya. Kerana saya mampu mengangkut banyak barang untuknya, saya kira binatang sekecil kamu tidak akan bernilai sama sekali baginya”, ujarnya dengan sinis.

    Anjing kecil itu menundukkan kepalanya dan pergi. Tapi, dari kandang sebelah, ia mendengar suara seekor lembu. “Saya adalah binatang yang paling terhormat di sini sebab puan di sini membuat keju dan mentega dari susu saya. Kamu tentu tidak berguna bagi keluarga di sini”, dengan nada mencemuh.

    Belum lagi kesedihannya hilang, ia mendengar teriakan biri-biri. “Hai lembu, kedudukanmu tidak lebih tinggi dari saya. Aku memberi bulu kepada pemilik ladang ini. Saya memberi kehangatan kepada seluruh keluarga. Tapi kata-katamu soal anjing kecil itu, memang benar. Dia sama sekali tidak ada manfaatnya di sini.”

    Satu demi satu binatang di situ ikut serta dalam pencemuhan itu, sambil menceritakan betapa tingginya kedudukan mereka di ladang itu. Ayam pun berkata bagaimana dia telah memberikan telur, kucing bangga bagaimana dia telah menghapuskan tikus-tikus dari ladang itu. Semua binatang sepakat kalau si anjing kecil itu adalah makhluk tak berguna dan tidak sanggup memberikan sumbangan apapun kepada keluarga itu.

    Terpukul oleh kecaman binatang-binatang lain, anjing kecil itu pergi ke tempat sepi dan mulai menangis menyesali nasibnya. Sedih rasanya, sudah yatim piatu, dianggap tak berguna, disingkirkan dari pergaulan pula…

    Ada seekor anjing tua di situ mendengar tangisan tersebut, lalu mendengar keluh kesah si anjing kecil itu. “Saya tidak dapat memberikan sumbanga kepada keluarga di sini, sayalah haiwan yang paling tidak berguna di sini…”

    Terharu, anjing tua berkata, “Memang benar bahwa kamu terlalu kecil untuk menarik pedati. Kamu tidak berupaya memberikan telur, susu ataupun bulu. Tetapi bodoh sekali jika kamu menangisi sesuatu yang tidak mampu kamu lakukan. Kamu harus menggunakan kemampuan yang diberikan oleh Tuhan untuk membawa kegembiraan.”

    Malam itu ketika pemilik ladang baru pulang dan kelihatan amat lelah Kerana perjalanan jauh di panas terik matahari, anjing kecil itu lari menghampirinya, menjilat kakinya dan melompat ke pelukannya. Sambil menjatuhkan diri ke tanah, pemilik ladang dan anjing kecil itu berguling-guling di rumput disertai tawa ria.

    Akhirnya pemilik ladang itu memeluk dia erat-erat dan mengelus-elus kepalanya, dan berkata, “Meskipun saya pulang dalam keadaan letih, tapi rasanya semua jadi sirna, bila kau menyambutku semesra ini. Kamulah yang paling berharga di antara semua binatang di ladang ini. Kamu kecil, tapi sangat mengerti ertinya kasih…”

    Moral:
    Jangan sedih ketika kamu tidak dapat melakukan sesuatu seperti orang lain kerana memang tidak memiliki kemampuan untuk itu. Tetapi apa yang kamu dapat lakukan, kerjakan itu dengan sebaik-baiknya. Dan jangan sombong jika kamu merasa banyak melakukan beberapa hal pada orang lain, karena orang yang tinggi hati akan direndahkan dan orang yang rendah hati akan ditinggikan. Selalu begitu.

    11 Julai 2009

    memancing

    ini patutnyer entri last week.. tapi.. kemalasan melanda ku ketika ittew.. hari nih mood rajin tengah datang.. so apa lagi, sesi mengupdet pun dimulakan lar..

    masa berkawan dulu aku tak tau pun yang en. m nih minat memancing. aku tau pun lepas kami berchenta..

    sabtu lepas dia telah melepaskan minat memancingnya itu di pulau angsa, klang bersama-sama ngan pak cik basri.. patutnyer en. azman pun ada sama tetapi atas sebab tertentu en. azman tak join.. makanya hanya en. m, pak cik basri plus sorang tukang bawak bot depa jer yang gi..

    sempat gak ler dia pi beli satu lagi batang pancing baru hari khamis sebelum ittew.. hhrmm.. sabor ajelah.. konon ajer nak perbelanjaan berhemah katanya.. tapi.. tak der makne nyer..

    tengah dok membelek pancing baru
    aku tak ikut sama.. duduk di rumah seharian.. menguruskan hal-hal rumahtangga.. ;)

    kul 6:00 pagi en. m dah kuar.. dekat kul 8:00 malam sampai umah.. ada gak lar 4 - 5 ekor ikan dibawa balik.. ikan tanda, ikan pipi tembam, ikan senangin ngan ikan satu lagi tuh tak ingat namanya.. maka bergotong royong lah kami suami isteri menyiang ikan-ikan itu semuanya..

    gitulah.. klu dah minat, tak kisah ler sehari suntuk duk melangut tengah laut pun sanggup.. huhu..

    okey, masa cuti kawen hari tuh, sempat jugaklah en. m gi memancing kat sungai perak seberang kampungnyer ittew.. tengok gambar ajelah yer..



    gaya jer lebey nih.. tapi ikan sekor pun tak dapek.. haha..

    01 Julai 2009

    menjawab tagged..

    okey.. hari tuh pn. nenney ada tagged aku.. masa tuh tak leh nak jawab lagi sebab blum kawen.. so, skrang sudah berkawen nih baru laa bule nak menjawab tag ittew..

    1. When was your engagement? 28 December 2008 (Sunday)

    2. When is your marriage anniversary? 30 May

    3. How long have you known your spouse? 8 years oredi.. year 2001 when i started working at LAN.. itu lar masanya mengenali suamiku ittew..

    4. How long did you date before you got engaged? started dating seriously August 2008.. decided to got enggaged after raya..

    5. Where did you meet your spouse? kat LAN..

    6. What is your spouse’s full name? Encik M... A.... T.....
    7. Do you have any children? Not yet.. still in process.. ngeh ngeh ngeh..

    8. How many? ---

    9. Do you have any pets? ada mira dan 4 anak-anak barunya.. pak tam & bella menghilang jadi kucing liar sudah.. tomok si ikan laga telah ku serahkan pada zie untuk dijagakan bagi pihak aku..

    10. Do you own or rent? rent.. planning to own a house by next year.. Insya-Allah..

    11. Do you live in the country, city/town? Putra Perdana, Puchong, Selangor..

    12. What is your favorite activity you do together? tengok wayang lah kot...

    13. Do you have a favorite vacation spot? not really.. klu nak bercuti, gi mana-mana ajer as long as tempat tuh menarik & mendamaikan jiwa.. hihi..

    14. How many siblings do you have including in-laws? 9 - me + 5 - en. m

    15. What mosque do you attend? ---

    16. Is this the mosque you got marrried in? kami bernikah di rumah kat KJ

    17. What town is your current address? Puchong

    18. Do you work or stay home? working larr..

    19. Where did you go for your honeymoon? cameron highlands and teluk batik ajer..

    20. Leave a piece of marriage advice and tagged ur friends. errm... blum layak lagi lah nak bagi advice pasal kawen nih.. kene di advice lagi ada nih..

    nak tag sapa lak lepas nih?

    rasa cam nak tag :
    1. anor
    2. alyn
    3. su aziz
    4. farah dalina
    5. zie (blog yang aku diblock)

    dan sapa2 yang nak wat tag nih dipersilakan lah yek...
    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...