Assalamualaikum.
Salam untuk semua.
Alhamdulillah syukur kepada Allah atas segala limpah dan kurniaNya buat kita pada hari ini.
Macam biasalah.. Mood cuti pendek ke Tokyo masih terasa.. Sedangkan sepatutnya dah kena
on mood exam!
So, saya sambung lagi kisah short trip 2 hari 1 malam ke Tokyo, Jepun ya!
>>
Part I
>>
Part II
7 Januari 2017 (Sabtu)
Pagi ni pukul 5.30 pagi terjaga. 5.14 pagi dah subuh di Tokyo.
Pukul 9 pagi dah nak gerak keluar. Di sini, waktu
check-in ke hotel pukul 3 petang.. Waktu
check-out pula pukul 10 pagi..
Kami sarapan dengan roti yang dibawa siap-siap dari Malaysia dan dengan air mineral sahaja.. Alhamdulillah.. cukuplah nak alas perut dulu.
Pukul 9 lebih, masa kami turun ke kaunter
reception masih belum dibuka.
So, kami just tinggalkan kad bilik dalam kotak
check-out yang disediakan.
Dari
Higashi Jujo Station kami ke
Ueno Station untuk letak beg dalam
locker di sana. Topup lagi suica kad 1000 yen.
|
Dok mengira duit syiling. |
|
Mesin order makanan. Masuk dalam bagi slip je kat kaunter. Tapi ni restoran tak halal. saja nak tunjuk. |
Pagi ini kami nak ke
Odaiba. Untuk apa? Untuk cari patung gergasi Gundam! Untuk ke sana, kami perlu menukar stesen.
Dari
Ueno Station ambil
Yamanote Line ke
Shimbashi Station. Kemudian, keluar pula ambil
Yurikamome Line dan turun di
Daiba Station.
|
Di Shimbashi Station |
Dari
Daiba Station jalan kaki kira-kira lima minit sampai ke
Divercity Mall. Di luar mall tersebut tersergam patung gergasi Gundam menanti kedatangan anda!
|
Nampak dah Gundam Gergasi! |
SIL pun tak tahu pasal patung gergasi Gundam ni. Saya dan en. miorku ajak juga ke mari sebab dimaklumkan mulai 15 Mac 2017, patung gergasi Gundam yang dibina pada tahun 2012 ini akan dirobohkan dan digantikan dengan patung gergasi Gundam yang baharu. Mungkin lebih canggih dari yang ada sekarang.
Kami berada di sini lebih kurang setengah jam sahaja. Di kawasan ini juga terdapat patung
Statue of Liberty. Tapi atas kesuntukkan masa kami tidak ke sana. Memadai lihat dari jauh sahaja.
Dalam perjalanan ke
Daiba Stesen semula, secara tidak sengaja saya terpandang di sebelah kiri kawasan ini. Dan tidak sangka pula
Gunung Fuji boleh dilihat dari sini. Subhanallah.. Sememangnya impian jika ke Jepun ini hendak juga melawat kawasan berhampiran
Gunung Fuji.. Walaupun tiada kesempatan untuk ke
Lake Kawaguchiko untuk melihat
Gunung Fuji dengan lebih dekat, dapat melihat
Gunung Fuji dari kejauhan ini pun dah kira Alhamdulillah.. Indahnya ciptaan Allah walaupun hanya dari jauh!
Dari
Daiba Station, kami singgah di
Shibuya pula. Kat sini selain adanya
Shibuya Crossing yang dikatakan simpang paling sibuk di dunia, terdapat juga patung anjing yang setia bernama
Hachiko. Kalau anda pernah menonton filem
Hachi: A Dog's Tale lakonan Richard Gere, pasti anda tahu kisah anjing ini. Saya pun tahu tentang
Hachiko melalui group fb Dunia Kucing. Patung Hachiko terletak bersebelahan sahaja dengan stesen
Shibuya.
|
Takuya Kimura tengah tengok kita! |
|
Mural timbul hachiko di luar stesen |
|
Hachiko Statue. |
|
Koc tuan nya naik dulu jadi kedai hello kitty. |
|
Shibuya crossing. Bersedia untuk melintas. |
Di
Shibuya, kami ke
2nd hand shop bernama
Bingo.
Compare barangan di sini dengan
Book Off, harga kat sini macam tinggi sikit. Ada juga barangan dengan harga yang berpatutan.
|
Ramai sedang tunggu green light & bersedia untuk melintas. |
Dari Shibuya, perut dah lapar. Kami terus ke
Asakusa untuk
lunch di
Naritaya Halal Ramen di
Asakusa. Di
Asakusa terdapat salah satu kuil Buddha iaitu
Sensoji Temple.
On the way mencari
Naritaya Halal Ramen, kami melalui kuil ini.
Maybe ada sambutan ke apa ramai betul orang kat sini. Kat sini juga banyak kelihatan kedai-kedai yang membuat sewaan kimono untuk para pelancong. Kami nampak lah juga beberapa orang awek bertudung dok berjalan-jalan di area sini dengan kimono. Tak pasti warga
Malaysia or
Indonesia. Rasanya macam orang
Malaysia je.
|
Tangga untuk ke stesen yang unik. |
|
Tokyo Skytree. |
|
Beca sedia untuk disewa. |
|
Kaminarimon (Thunder Gate) sebelum masuk ke Sensoji Temple. |
Cari punya cari maka terjumpalah restoran
Naritaya ni. Tapi kami perlu menunggu seketika sebab kedainya kecil dan tempat duduk terhad. Dalam 15 minit menunggu, kami pun masuk lah ke restoran ini. Salah seorang staf di sini adalah warga
Malaysia.
So senang order cakap BM je. Dekat
Naritaya ini ada surau yang boleh memuatkan seorang sekali masuk.
|
Senarai menu di Naritaya Asakusa. |
|
Special Ramen. Masin! hehe.. |
Lepas makan dah dekat pukul 3 petang. Kami terus ke
Ueno sebab SIL ada tambahan jam yang hendak dibeli. Saya dan en. miorku sekadar lepak-lepak di luar stesen sambil melihat gelagat masyarakat Jepun di situ. Di dalam stesen tak ada kerusi disediakan.
So terpaksa lepak di luar. Sejukkk...
|
Nampak Tokyo Skytree. |
|
Sekitar Asakusa. |
|
Sensoji Temple. |
|
Macam baby dibuat nya bebudak bulus ni.. |
|
Hard Rock Cafe Ueno. Tak masuk pun. Lalu je. |
|
Cop lagi. Cenderamata untuk diri sendiri. |
|
Ada lagi balance beberapa helai dan syiling yen. |
Dekat pukul 4 petang cam tu, kami ambil beg yang ditinggalkan dalam
locker. Kemudian kami pun berjalan kaki ke
Keisei Ueno Station untuk ke
Narita Airport. Kami ambil
Keisei Skyliner dengan tambang 2470 yen (RM95).
Kaunter MAS buka pukul 7.30 malam. Since kami sampai awal, kami cari restoran untuk isi perut dulu. Di
Narita Airport ada 2 restoran halal yang boleh dicuba. Kami ke
Tentei Restoran untuk makan malam.
|
Menu yang disyorkan oleh chef. |
|
Set makanan yang disediakan di restoran ini. |
|
Set yang kami pilih - 1050 yen (RM40.43) |
Bila kaunter MAS dah buka, kami pun beratur lah untuk dapatkan
boarding pass. Beratur dekat nak 1/2 jam kot. Dah sampai kat kaunter, staf
process macam biasa. Siap tunjuk dah
seat untuk kami. Lepas tu tetiba dia ternampak status
standby kot dalam sistem tu.. Lepas tu staf ni buka balik
luggage tag yang dia dah pasang pada beg SIL.. Dia minta kami datang balik ke kaunter pukul 8.30 malam! Masa tu dah dekat nak pukul 8 malam pun.. Bila SIL tanya berapa
seat yang ada, dia kata ada dalam 20
seats. OK. Kami pun berlalu dari kaunter tersebut dan duduk kejap sambil tunggu 8.30 malam. Dalam masa nak menunggu tu, kami pergi solat dulu.
Dah pukul 8.30 malam terus ke kaunter tiket untuk dapatkan
boarding pass.. Alhamdulillah dapat juga
seat.. Tapi dah tak dapat duduk dekat-dekat.. Tak kisahlah janji dapat
seat balik..
Gate open pukul 9.10 malam. Dapat je
boarding pass, kami terus beredar ke pemeriksaan imigresen. Alhamdulillah proses keluar pun sangat cepat.. Terus kami berlari ke
gate. Jauh lah juga tu. Nasib baik sempat..
Dalam pukul 9.40 malam, kapal terbang pun berlepas meninggalkan
Tokyo.. Sedih pulak sebab singkat sangat trip ni.. Huhu..
|
Dinner dalam flight balik NRT - KUL |
|
Supper. |
Sepanjang perjalanan balik ni, adalah dekat 2 kali kot ada
air turbulance.. Suspen akak.. Risau juga kalau berlaku perkara yang tidak diingini. Dalam hati berzikir banyak-banyak. Alhamdulillah.. dalam pukul 4 pagi kami selamat sampai di KLIA..
|
Salmon onigiri yang dibeli sebelum balik di Family Mart Narita Airport. |
Begitulah serba sedikit catatan pengalaman saya dan en. miorku sepanjang 2 hari 1 malam perjalanan kami ke
Tokyo,
Jepun.
Tempat-tempat yang ingin di lawati di Tokyo tapi tak sempat
Eloknya, tempoh minimum untuk
stay di
Tokyo adalah
at least 5 hari 4 malam baru ok. Macam kami ni memang tak minat nak pergi taman tema Disneyland or Disneysea. Tak ada niat pun nak pergi ke tempat-tempat tu kalau stay lama pun.
Antara hajat saya kalau ke Jepun adalah nak tengok
Gunung Fuji dengan lebih dekat. Kalau sempat, boleh pergi balik hari dari
Shinjuku ke
Lake Kawaguchiko untuk tengok
Gunung Fuji. Naik bas kosnya hanya 1,750 yen pergi-balik (lebih kurang RM70.00). Kalau naik
shinkansen mahal lagi lah.
Lain-lain tempat yang kami tak singgah adalah :
- Shinjuku
- Harajuku
- Nippori Textile Town - tempat beli kain cotton
- Tokyo Tower
- Tokyo Skytree (tengok dari jauh je)
- Ueno Park
- Yoyogi Park
- Roppongi
- Gala Yuzawa- tempat main salji
- Lake Kawaguchiko - Mount Fuji view
InsyaAllah jika diizinkan Allah, saya pasti akan ke
Tokyo lagi. Tahun depan dah rancang nak ke
Sapporo then turun ke
Tokyo terus ke
Osaka. Atau
maybe ke Daerah Kansai sahaja dulu (
Osaka, Kyoto, Nara). Papepun yang pasti tabung melancong bagi penuh dulu! Haha.. Ada nak ikut tak?
Sekian dulu untuk kali ini. InsyaAllah berjumpa di
next entry pula. Akan saya kongsikan perbelanjaan kami untuk 2 hari 1 malam tu. InsyaAllah.