Permulaanku

Daisypath Anniversary tickers

29 Oktober 2008

hijab sang pencinta

dah lama juga aku tak membeli novel... kebetulan semasa singgah kat kedai samsuddin, ternampak pulak novel baru Ramlee Awang Murshid nih... since aku dah membaca novel-novel sebelumnya (Bagaikan Puteri dan Cinta Sang Ratu), so, aku pun tak pikir panjang, terus capai novel HSP & gi bayar ler....

tak habis baca lagi nih... insyaAllah, ada kelapangan, aku ceritakan sedikit sinopsisnyer...

hijabsangpencinta
HIJAB SANG PENCINTA



RASA rindu terhadap keluarga menggamit hati Saifudin merentasi Tanah Sumatera untuk pulang ke Punggor, Tanah Melayu. Namun, kejahatan seolah-olah memburunya. Setiap langkahnya dibayangi halangan yang tak berkesudahan.

Berita kepulangannya di Tanah Melayu sampai ke pengetahuan Sultan Melaka. Kemarahan baginda kerana tidak dapat mengahwini Haryani menyebabkan dia mula menjadi buruan orang istana.

Saifudin lari ke gua. Di situlah bermulanya satu lagi keajaiban. Jasadnya berpindah merentasi hijab masa untuk sampai ke abad 21. Sekali lagi Saifudin bertemu dengan Haryani dan kisah cinta yang melangkaui masa mekar semula.

Namun, kejahatan yang senantiasa mengiringi setiap injak kakinya masih mengekori. Kali ini tebakan musuh durjana mengakibatkan sengketa yang tercetus di langit berlaku lagi.

HIJAB SANG PENCINTA - pelengkap trilogi Bagaikan Puteri dan Cinta Sang Ratu ini sarat dengan konflik hingga ke akhir. Lagenda minda, Saifudin atau Laksamana Sunan ciptaan Ramlee Awang Murshid sekali lagi menggentar perasaan dan menggetar naluri anda yang menghayatinya. Ikutilah epik thriller ini...
ALAF21

19 Oktober 2008

kenduri alin

alin is getting enggaged next week.. next month is her wedding day...

me? insyaAllah, dengan izin-Nya, hari bahagia untukku akan datang jua... 'Ya Allah, permudahkanlah segalanya untukku.. amin..'

frenz, doakan untuk saya yer! :)

09 Oktober 2008

bella

semalam aku cuti semata-mata untuk hantar Bella ke klinik.. untuk spay dia agar tidak mengandung... sian dia.. kene duduk kat wad 3 hari...

sak and kakak-kakak ku tak tau nih aku bawak Bella gi spay.. Mana tak nyer.. RM200.00 klinik tuh caj.. aku malas ler nak gi tempat lain yang murah sket sebabnyer klinik nih dekat ngan umah aku jer... Tapi Dr. tuh bagi aku diskaun RM20.00... klu ler diorang tau caj nih, mampus aku kene bising ler jawabnyer... Banyak tuh duit perabis untuk kucing...

diorang ekceli dok suruh aku buang or hantar kucing2 nih gi PAWS.. tapi aku tak mau.. aku nak juga bela 12 ekor kucing2 nih.. aku kesian larr.. dari diorang kecik aku bela.. nak soh buang lak... Biarlah aku bela jer kucing2 nih selagi aku mampu...

errmm.. hujung bulan nih or bulan depan nak kene hantar Mira pulak! Nanti di termengandung lagi, aku yang susahnyer.. huhuhu...

bella
BELLA
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...