Permulaanku

Daisypath Anniversary tickers

29 April 2010

resipi - cream puff

saya sangat suka makan cream puff.. klu beli, seketul 50 sen..
tetiba cam nak buat sendri pulak.. oven pun tak pernah dirasmikan lagi tuh.. dah nak setahun tersimpan sajer.. hehe..

bila teringin nak buat sendri, makanya, saya pun mencari2 lah resepinya.. bila tengok cara2 membuat.. senang jugakk..
tak per lar.. biar sy try test dulu.. klu dah berjaya.. nanti sy update!
chiow!


UPDATED!

ptg balik kijer terus serang umah anor wat benda nih.. hr sabtu & ahad nih nak kene balik bota..
here is the recipe.. actually, saya ada 2-3 resipi, tapi utk cubaan fes taim nih, saya try resipi yg ini..

Bahan-Bahan (pastry):

250ml air
125g butter
150g tepung gandum - ayak
1 st gula
4 biji telur

Cara Membuat:

1.panaskan ketuhar pada suhu 200cc.
2.didihkan air dan butter hingga cair.
2. bila dah didih, tutup api dan masukkan tepung. kacau cepat/gaul sebati hinga tidak melekat di periuk.
3.kemudian, masukkan telur. kacau.
4. biarkan sejuk sikit.. masukkan ke dalam piping bag.. pipekan di atas dulang pembakar yang telah dialaskan dengan aluminium foil yang sudah disapu mentega.
5. bakar selama kira-kira 15-20 minit hingga kekuningan.
6. angkat dan sejukkan.
7. bila dah sejuk, belah sedikit dan masukkan cream custard.

guna nozzle bentuk bintang


bersedia untuk dibakar..


dalam proses membakar..

dah siap dibakar.. sedap baunya..

Bahan-bahan (cream custard)

500ml susu segar
100g gula kastor
80g tepung kastor - ayak
1 biji telur

Cara Membuatnya:

1. panaskan susu dan gula dalam periuk. kacau atas api sederhana.
2. kemudian, masukkan tepung. kacau.
3. masukkan telur. kacau..




untuk kali pertama membuatnya, kira okey lar kan.. dak ako suka makan.. hehe.. sedap..
tak per.. sy akan cuba try resipi yg lain pulak.. klu berjaya, bukak kedai lar nanti.. hwa3x..


22 April 2010

resipi - penne carbonara

okey.. hari nih saya nak share resipi penne carbonara yang saya wat hari tuh.. sangat2 mudah sebab sume pakai bahan sedia ada jer.. masak pun ikut dan ajer larr..

Bahan-bahan :
sepeket penne pasta (leh gak guna fettuccine pasta or lain2 pasta yang anda suker..)
3 tin carbonara mushroom sos
fresh milk
3 batang sosej (rebus dan potong slice)



Cara membuat :
1. memula sekali kene lar rebus dulu penne pasta hingga masak (kira-kira 15 min.. saya suka campurkan sedikit garam & minyak dalam air rebusan)..


2. panaskan carbonara mushroom soup.. kacau-kacau sket..
3. untuk cairkan sikit kuah carbonara tu, masukkan fresh milk.. agak2 lah yer.. then saya masukkan sedikit daun origano tu.. saja nak bagi berperisa sket.. kebetulan stok pun ada.. belasah jer..
4. masukkan sliced sosej.. kacau..

5. then, masukkan penne pasta dan kacau sebati.. eloknya ada kuah sket baru sedap..
6. tutup api, hidangkan.. sedia untuk dimakan..
7. nak tambah lagi, letak larr cheese parut dalam pasta yang masih panas..



tambahan (copy dr cooks.com) :

PASTA WITH CARBONARA SAUCE
4 eggs
1/4 c. butter
1/4 c. cream
1 lb. fettucini or spaghetti
2 (3 1/2 oz.) pkg. sliced pepperoni, cut in thin strips
1 c. Parmesan cheese
1/4 c. snipped fresh parsley
Pepper to taste
Egg, butter and cream must be room temperature. Beat together eggs and cream until blended. Cook pasta 10 to 12 minutes in boiling, salted water. Drain well. Turn pasta back into pot it was cooked in. Toss pasta with butter and pepperoni. Pour egg mixture over and toss. Add cheese and parsley; toss to mix. Makes 4 to 5 servings.

19 April 2010

futsal & makan

futsal sport city, ss133, pj

aksi en. miorku


pagi sabtu lalu, kami ke futsal sport city, ss13 sebab ada perlawanan futsal.. en. miorku kene gak pegi sebab tak der org nak main.. yg team lelaki awal2 game 4 orang jer yg main.. nak tak nak kene ler main semua game.. masa game ke 3 & 4, bile husben fizoh dtg, lega lar sket cukup 5 org.. tapi.. penat larr.. sian en. miorku sakit kaki lutut sumer..


markah keseluruhan

yang team pompuan lak, kumpulan aku kalah tanpa bertanding.. eii.. sayang betul.. sebab tak der org nak main katanya.. aku memang teringin nak main.. tapi aku dah bgtau cik sumi yang aku akan main klu dah bebetul tak der org.. maklumlah, dalam keadaan mengandung kan lemak2 tepu nih, cam malas sket nak berlari-larian skrang nih.. huhu.. so, aku jadi penonton aje.. memberi sokongan pd en. miorku ajer larr..

lepas tu.. kami balik ke umah mak.. sebabnyer, ada xtvt makan2 ler pulak.. sementara dak lin masih ada lagi kat KJ nih, so kitorang wat larr makan2 lagi sekali.. hari selasa sok dia dah nak balik ke kuching semula...

kononya xtvt makan2 stat lepas asar.. tapi atas sebab2 tertentu, terlewat sket xtvt bermula..

konsepnya, potluck.. aku masak penne carbonara.. kering sket sebab tak cukup lagi satu tin carbonara.. makanan yang lain-lain adalah seperti gambar2 yang dipaparkan..

fruit tart anor

maggi goreng ina


salad anor


penne carbonara


ayam goreng along


09 April 2010

jika stress..

dalam seminggu nih, topik dr. fadzilah kamsah dalam sinar pagi2 tuh (ulangan punyer jer.. x der yg baru ker..?) berkisar tentang pengurusan stress.. dalam kursus PPKK pun ada topik nih..

antara benda2 yang disyorkan untuk kita reduce our stress is dengan wat sesuatu yang kita suka...

peluk bayi @ anak2 kecil kita or bayi sape2 ler..
peluk binatang @ kucing, arnab or apa2 anak2 binatang yang comel2..

as for me, memang kucing adalah my stress theraphy..

klu kat opis, cara nak ilang stress keje, aku akan cari kawan yang aku leh borak2 & mengumpat @ gosip2 larr.. ilang jap stress keje tu kan.. peh tu balik meja, stress balik.. huhu..

masa bujang dulu.. 2 -3 tahun lepas, aku kan bela kucing balik.. (selepas beberapa tahun rumah tu tak der kucing).. rutin pagi2 sebelum gi keje, bersihkan pasir kucing n bagi diorang makan.. balik keje pun gitu, bersihkan pasir kucing, bagi diorang makan & bersihkan kawasan sekitar rumah yang ada tahi kucing bersepah2 tu.. gitu lar hari2.. then, sambil rehat2 tu, main2 lar ngan anak2 kucing yang ramai masa tu.. pernah sekali tu dekat sepuloh ekor ada.. tapi sebenarnya, itu lah pengubat stress aku.. i was so happy doing it.. (kalau kucing stat kencing or berak kat dalam umah, ye! kadang2 wat aku stress jugak!) seronok tengok anak2 kucing berlari2.. bergurau senda.. hilang duka lara..

dua ekor anak kucing yang ku kutip di belakang rumah n ku bela.. tapi lepas dua bulan, kucing2 ini ilang tak balik2..

tapi itu dulu.. skang tak der dah.. semua dah tak de.. (sedey larr..silap sendiri.. huk huk..) yang ada skrang tinggal pak tam jer.. itu pun jarang2 dah singgah kat umah.. semalam dia muncul balik.. bila tengok pak itam, aku teringat balik kat mak dia @ mira.. kat mana lar agaknye mira ngan anak dia tu.. tak nampak bayang langsung.. (semoga mira selamat..)

my mira..


mira dan anak2 generasi pertama.. yang masih hidup hanya pak tam.. bella ilang tak tau di mana.. manja n black telah pergi menemui pencipta-Nya..


hrrmm.. gitu larr ye.. jika anda rasa stress.. banyakkan berzikir.. bela lar binatang.. or do something yg anda suke.. insyaAllah.. stress itu boleh diatasi.. ;)


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...