Permulaanku

Daisypath Anniversary tickers

20 Disember 2009

mas kahwin di selangor...


mulai 1 jan 2010, mas kahwin di selangor akan dinaikkan dari RM80 kepada RM300..

errmm.. ok lah tu kan..? bukan untuk saper pun.. untuk isteri gak..
klu duit hantaran sampai berpuluh ribu leh kasi, takat mas kahwin RM300 ajer, apa kisah eekk.. klu letak siling tinggi sikit lagi pun tak per..

tak ada alasan ia membebankan! yang menjadi beban adalah hantaran dan kos kenduri yang tinggi.. tak gitu?



15 Disember 2009

cuci-cuci services

okey.. stori mori last saturday punyer..

seharian en. m menghabiskan hari cuti sabtu lepas dengan membuat kerja-kerja amal untuk isteri nyer ini iaitu - tolong basuhkan sarung seat keta kelisaku.. hehe..

seat yang telah dibugilkan..




sesi menyidai - yang nih part yang malas nak bukak sarungnya, terus dicuci gitu ajer..


sesi memasangkan semula sarungnya..



11 Disember 2009

resipi - masak asam pedas (mak kita)

hari nih hari cuti.. so.. klu dah hari cuti maknanya kene lar masak..
since dah lama aku tak masak lauk nih, so hr nih aku masak ikan masak asam pedas (mak kita)..

bahan-bahan :
ikan kembung (ikan tenggiri / keli / pari pun sedap juga..)
bawang merah
cili kering - rebus dan blend dengan bawang
serai
air asam jawa
tomato
bendi
sedikit garam & serbuk kunyit

cara membuatnya :

1. panaskan minyak. tumis cili sehingga pecah minyak.
2. masukkan serai dan tumis.
3. masukkan air asam jawa. biar didih.
4. masukkan bendi. kemudian masukkan tomato yang dipotong empat.
5. masukkan garam dan serbuk kunyit.
6. last sekali masukkan ikan. biar masak. dah rasa ok, bolehlah ditutup apinya.

masak asam pedas boleh juga letak sayur asin tu.. lagi sedap..

so, untuk tengah hari nih, lauk tengah hari kami adalah ikan masak asam dan sayur tauge masak kicap..



ok.. nak pi sambung wat paperwork RMK-10.
selamat bercuti hujung minggu!





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...