Assalamualaikum.. Salam sejahtera buat kamu pembaca blogku... ;)
30 Julai 2011
29 Julai 2011
cekodok kurma
Assalamualaikum.. Salam sejahtera buat kamu pembaca blogku... ;)
sudah lama saya tidak menulis tentang resipi, kan?
hari ini saya cuti. ada urusan di KJ. bergerak daripada rumah emak ke putra perdana hampir pukul 3.45 petang. sampai rumah, tiba-tiba macam rajin pulak nak buat juadah minum petang untuk en. miorku. makanya, berdetik lah hati nak masak cekodok.. bukan cekodok bawang atau ikan bilis, tapi cekodok kurma..

bahan yang digunakan hanya kurma yang dicincang, tepung gandum, sedikit garam dan sebiji telur untuk cekodok yang kenyal.
sedap.. dan baunya harum semasa digoreng.. cubalah..
27 Julai 2011
law kana bainana
Assalamualaikum.. Salam sejahtera buat kamu pembaca blogku... ;)
anda pernah tonton rancangan law kana bainana yang sedang ditayangkan di TV AlHijrah setiap Ahad pukul 9.00 malam? kala belum, tontonlah.. satu rancangan yang sangat menarik.. ia adalah rancangan yang membicarakan respon orang ramai tentang amalan dan sunnah Nabi Muhammad s.a.w dan menggalakkan orang ramai untuk sama-sama menghidupkan sunnah Baginda Rasul.. Selawat dan salam ke atas junjungan mulia Rasulullah s.a.w...
"jika Nabi Muhammad s.a.w di depan anda, apa yg kamu akan katakan padanya dalam tempoh seminit?"
Sunnah Baginda:

- Menuntut ilmu itu satu kewajipan
- Sampaikanlah salam diantara kamu
- Berbuat baiklah dengan pembantu-pembantu kamu
- Sebaik-baik kamu adalah mereka yang berlaku baik dengan ahli keluarga masing-masing
- Hormatilah anak-anak kamu dan muliakanlah perwatakan mereka
- Berlaku baiklah dengan makhluk-makhluk bernyawa yang lain
- Alihkanlah benda-benda yang menggangu perjalanan
- Tidak membuang sampah merata-rata / menjaga kebersihan
- Berakhlak mulia dengan semua golongan
11 Julai 2011
gambar ziarah @ umrah 2011
Assalamualaikum.. Salam sejahtera buat kamu pembaca blogku... ;)
alhamdulillah.. kita masih berpeluang untuk bernafas menikmati kehidupan harian pada hari ini. marilah kita bersama-sama memanjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi atas limpah dan kurnia yang telah diberikanNya.. jangan lupa selawat dan salam serta Al-Fatihah buat junjungan mulia Nabi Muhammad s.a.w, ahli keluarga baginda, para sahabat baginda, para rasul dan nabi, alim ulamak serta muslimin dan muslimat..
saya tidak berhasrat untuk menulis panjang.. walaupun hati serasa ingin menulis dan berkongsi catatan perjalanan dan pengalaman sepanjang ziarah @ umrah pada 18 hingga 28 jun 2011 yang lalu.. namun, dek kekangan rasa malas yang sedang berada di puncak bak menara jam di mekah itu, maka keinginan itu saya lupakan dulu ye..
apapun.. sudi-sudikanlah menjengah ke photobucket untuk melihat suasana yang sempat dirakam dek lensa kamera cap ayam yang dibawa.. sesambil itu, mungkin pada pembaca yang pernah berziarah ke madinah atau mekah suatu ketika dulu, boleh lah tengok-tengok untuk mengubat rindu.. :)
insyaAllah, jika diizinkan olehNya, semoga kita semua akan dapat menjejakkan kaki ke sana (lagi).. amin..

Langgan:
Catatan (Atom)