15 Oktober 2010
compaq nyer hal...
bulan dua lepas saya ada wat entry nih pasal laptop saya yang bermasalah..
bulan tujuh tahun lepas (ngam2 bulan akhir warranty tamat), laptop saya (compaq presario v3500 yang dibeli pada tahun 2008) tidak dapat berfungsi dengan baik..
lampu on button menyala, tapi tak kuar apa-apa.. bila hantar ke HP, katanya motherboard problem.. okey.. nasib baik dalam tempoh warranty so tiada caj dikenakanlah..
then bulan dua lepas.. masalah sama berulang.. memandangkan tempoh warranty dah tamat, so tidak lah saya hantar ke mana-mana untuk dibaiki.. tak wat research pun pasal tu.. bila baca forum skang nih, memang compaq model ini.. yang guna processor AMD selalu bermasalah... cam rugi gak larr masa nak beli dulu tak wat research bebetul..
last week hantar kat kawan along untuk tolong tengokkan.. semalam dak tu kata, tak leh nak repair.. klu nak jugak makan RM1000... hrrmm... seribu ekk.. tambah dua ke tiga rat leh beli netbook baru.. adoi..
tak best lar tak de pc or laptop.. sebab sy suka wat grafik.. edit2 gambar... boring arrr..
nampaknya kene gak cari satu pc jugak.. (sebelum ada komitmen yang benar2 heavy nih bule larrr)
14 Oktober 2010
saya nak beg itu ~ Giveaway
~ Jadi follower blog Superhero Mama & MZ Collections
~ Copy & paste banner ke entry & sidebar beserta link
~ Tajuk Entry : Saya Nak Beg Itu ~ Giveaway! sahaja
~ Linkkan entry anda ke entry ini
Tamat pada 03/11/2010 (12am)
13 Oktober 2010
sebelum membeli DSLR...
Sebelum anda ingin memiliki sebiji DSLR.. tanya diri anda dulu.. nape nak?
Adakah sebab:
1. kawan-kawan or ramai guna, so anda pun nak guna gak lah…
2. minat nak amik gambar yang cantik2 dan marbeles..
3. saja suka-suka
4. duit lebih tak tau nak wat aper…
5. nak wat bisnes.. jadi fotografer org kawen..
6. dan lain-lain sebab lah kan..
Okey..
Apapun, sebelum anda amik langkah nak beli sebiji DSLR terutamanya cam orang2 yang baru berjinak-jinak ngan DSLR mcm saya.. perkara-perkara ini perlu anda amik kira juga.. ini adalah hasil rumusan daripada pembacaan saya melalui blog-blog, forum dan website review yang ada..
UNTUK APA?
Tanya diri untuk apa.. kalau setakat nak amik gambar cantik, guna kamera kompak (point n shoot) pun dah cantik juga.. klu memang minat dan nak cebur secara serius dalam bidang ini, leh arr labur lebih sket cari kamera yang spesifikasi dan fungsi yang banyak..
BAJET
Bajet penting jugak.. klu ada duit lebih, boleh lah amik kamera yang sesuai di tahap pertengahan atau tinggi terus. Dan biasanya kamera tahap ini antara RM3,000 – RM10,000.. Klu rasa nak berjinak-jinak, bule cari yang bawah RM2,000.. tapi kebanyakkan yang dah lama guna DSLR nih advice amik yang tahap tinggi sket punyer sebabnya bila amik kamera untuk beginner, klu selalu godek2 tak sampai beberapa bulan dah nak upgrade pulak..
Ada pendapat menyatakan, klu amik body yang biasa-biasa pun tak apa yang penting labur kat lense.. dan kamera ada built-in motor..
WAT REVIEW
Ini pun penting juga untuk buat perbandingan spesifikasi kamera yang bersesuaian dengan tujuan dan kehendak kita..
CUBA TRY TEST
Bila dah kenalpasti model2 kamera yang berkenan berdasarkan bajet dan spesifikasi, boleh lah gi mana-mana kedai untuk cuba dan rasa pegang kamera-kamera tersebut.. sebabnya, nak ambil gambar pun keselesaan kita memegang kamera juga penting..
Oklah.. itu jer sedikit sebanyak rumusan yang boleh saya senaraikan.. apapun, terpulang lah pada kehendak kita sebagai pengguna.. jangan sebab ikut trend.. tapi tak reti nak guna sepenuhnya.. kita gak yang rugi nanti..
okey.. untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut, bolehlah baca lagi melalui link-link di bawah ni..
Kamera apa untuk saya?
Nak Beli DSLR (Digital Single Reflex Camera)?
Membeli DSLR
9 Langkah Mudah Memilih Kamera
(TIPS PILIH DSLR) Minat Tapi Tak Tahu Yang Mana Satu
How to Buy a DSLR camera
Mana satu DSLR terbaik?
11 Oktober 2010
insha Allah
Everytime you feel like you cannot go on
You feel so lost
That your so alone
All you is see is night
And darkness all around
You feel so helpless
You can’t see which way to go
Don’t despair and never loose hope
Cause Allah is always by your side
Insha Allah x3
Insya Allah you’ll find your way
Everytime you commit one more mistake
You feel you can’t repent
And that its way too late
Your’re so confused, wrong decisions you have made
Haunt your mind and your heart is full of shame
Don’t despair and never loose hope
Cause Allah is always by your side
Insha Allah x3
Insya Allah you’ll find your way
Insha Allah x3
Insya Allah you’ll find your way
Turn to Allah
He’s never far away
Put your trust in Him
Raise your hands and pray
OOO Ya Allah
Guide my steps don’t let me go astray
You’re the only one that showed me the way,
Showed me the way x2
Insha Allah x3
Insya Allah we’ll find the way
08 Oktober 2010
keinginanku kembali membara...
tapi apa kan daya.. keinginanku untuk memilikinya kembali membara.. aku semakin sering mencari-cari tentangnya semula.. membuat perbandingan dengan adik-adik atau rakan-rakan nya yang seangkatan..
aduuhh... dunia kegelapan itu sangat2 menggodaku... huhuhu..
Nikon D3100.. new release.. sangat menggoda jiwa dan ragaku..
[Price: RSP RM 2,198.00 (with AF-S DX NIKKOR 18-55mm f/3.5-5.6G VR) ]
atau, cari jugak D90.. yang dijangka akan turun harga selepas Nikon lancarkan D7000?
[Price: RSP RM 3,888.00 (with AF-S DX Nikkor 18-105mm f/3.5-5.6G ED VR); RSP RM 2,988 (body only) ]
tepuk dada.. tanya poket.. hehe..
06 Oktober 2010
jjcm : restoran saba @ cyberjaya
05 Oktober 2010
tune hotel, danga bay
9 Ogos lepas, saya kene attend mesyuarat MBJ KPT di UTM JB.. so, amik kesempatan try menginap di Tune Hotel, Danga Bay. Daripada harga yang dibayar tu kan.. rasanya cam amik hotel 3 bintang pun lagi okey.. (pendapat saya lah ekk)..
ok.. ini booking details saya hr tu:
untuk 2 malam - RM167.34 / RM83.67 semalam
- harga bilik - RM61.00 + RM9.46 (service charge + tax)
- caj admin - RM21.81 + 1.09 (tax)
Tambah:
- air cond (24 jam) - RM20.00 x 2 hari + RM2.00 (tax)
- breakfast - RM6.00 x 2 orang (indonesian restaurant) - tak gi pun.. cam tak menepati selera anak tekak kami berduwe..
- Entertainment Package - 24 hour period (32-inch LCD TV with 11 channels) - RM9.99 x 2 hari
ada tambahan yang lain-lain tu, cam towel & toileteries.. kene bayar larr.. wat pe nak amik ekk.. bawak sendiri punyer jer lar..
04 Oktober 2010
resipi - kuah kacang
hari nih 25 syawal.. tinggal 4 hari jer lagi syawal akan melabuhkan tirainya..
biasalah lar kan orang m'sia, selagi syawal masih ada, selagi tu lah menyambut raya.. wat rumah terbuka bagai..
so, kat sinie saya nak kongsi resipi kuah kacang yang saya belajar dari mak & along..
bahan-bahan:
300 gm kacang tanah - goreng tanpa minyak or sedikit hingga garing & tumbuk / kisar
bawang merah, bawang putih, serai, halia - kisar
cili kering (rebus) - kisar
segenggam udang kering - rendam & kisar
air asam jawa
sesenduk kecil gula melaka / perang
sesenduk kecil gula pasir
garam
minyak
cara-cara membuat:
1. Panaskan minyak dalam periuk. Masukkan cili kisar. goreng hingga pecah minyak & garing.
2. masukkan bahan kisar - bawang, serai, halia. kacau hingga garing.
3. masukkan udang kering. kacau dan biar hingga naik bau. (saya suka klu ada rasa udang kering dalam kuah kacang)
4. masukkan kacang yang dah kisar. kacaukan. biarkan hingga minyak naik.
5. masukkan air asam jawa. kecairan nya agak2 lar.. klu pekat sangat, tambah lagi airnya.
6. masukkan gula melaka.. kacau..
7. masukkan gula pasir.. kacau.. sesambil tu rasa-rasa laa gak ye..
8. tambahkan garam sket..
9. kacau.. biar dalam seminit dua, boleh lah ditutup apinya..
10. bolehlah dihidangkan bersama nasi impit..
07 September 2010
salam lebaran...
kain berbunga merah menyala;
ceria kurasa raya tahun ini,
hari raya pertama di KJ pula.
malam tujuh likur penuh pelita,
indah menghiasi menambah seri;
salam dihulur maaf dipinta,
dari kami suami isteri.
SELAMAT HARI RAYA
MAAF ZAHIR & BATIN
06 September 2010
nama kampung..
View Larger Map
entry selingan sebelum raya..
baru jer balik dari kg kota pagar hantar ibu mertuweku balik beraye..
sepanjang jalan nak ke parit (dari kg), ada lar beberapa kampung akan dilalui.. antara nama-nama kg yang menarik adalah... kg ekor lambat.. ada satu lagi tu, kat bota kiri.. kg ekor bota.. kg en. mior pun dulunyer dikenali sebagai kg alor kechor.. haaa... menarik kan?
itulah uniknya malaysia.. :)
12 Ogos 2010
salam ramadan..
maknanya, blum terlewat lagi lah nak nak ucap Selamat Menyambut Bulan Ramadan kepada rakan2 yang membaca blog nih..
kepada yang mengenali, ampun dan maaf dipinta seandainya ada keterlanjuran yang tidak disengajakan atau tersengaja dilakukan oleh saya..
Selamat menjalani ibadah di bulan mulia ini.. ;)
29 Julai 2010
resipi - spaghetti
kisah 1: spaghetti daging lada hitam
beberapa ahad lepas punyer citer.. ini resepi spaghetti goreng yang aku suka hati reka sendiri.. dek bahan2 memasak yang terhad, so, masak jer lah berdasarkan apa-apa yang ada..
bahan-bahan:
spaghetti - rebus dengan sedikit minyak dan garam
daging cincang
bawang merah - potong dadu
sos lada hitam
cara membuatnya:
1. tumiskan bawang dengan daging sampai daging masak..
2. masukkan sos lada hitam (ikut citarasa lar nak banyak mana yer). kacau..
3. masukkan sedikit garam. kacau..
4. masukkan spaghetti yang dah direbus tadi.. kacau..
5. nak ada rasa italian sket, tambah ler daun origano.. kacau..
6. siap untuk dihidangkan.. (klu ada minyak zaiton, leh tuang sket bagi spaghetti nih cam basah2 sket, kan? baru lebih menarik..)
kisah 2:
spaghetti bolognese
ini pulak masaknya sempena majlis kesyukuran @ makan-makan ngan kawan2 :
i. belated besday kak nor
ii. kham dah balik mesia
iii. ellie dapat tanggung kerja ke gred 48
ada KFC ngan kek.. meriah..
bahan-bahan:
spaghetti - rebus dengan sedikit minyak dan garam
sos spaghetti kimball
tomato sup
cendawan butang - hiris
bawang besar (kuning) - potong dadu
daging cincang
cara membuatnya:
1. tumiskan bawang dengan mentega sket.
2. bila dah naik bau, masukkan daging cincang.. kacau..
3. masukkan segala sos.. kacau.. biar sampai didih..
4. masukkan cendawan butang.. kacau..
5. sedia untuk dihidangkan..
27 Julai 2010
resipi - gulai tempoyak ikan sembilang
ikan sembilang hasil tangkapan en. miorku yang pegi wat keje part time jadi nelayan 18 Julai lepas.. baru berkesempatan memasaknya semalam.. tetiba teringin nak makan tempoyak.. cubaan pertama memasak gulai tempoyak ikan sembilang..
sedikit cair laa.. rasa ada okey.. lupe nak letak timun.. overall, hrrmm.. boleylah kot.. needs continuous improvement!!
12 Julai 2010
cinta
so, kita layan jer lah lagu baru mohd yang cam adi putra nih yek..
istimewa lagu ini kutujukan buat suamiku - en. mior, kuarga serta semua insan2 yang mengenaliku.. sayang semua.. ;)
Cinta - mohd
Ku persembah cinta suciku
Buat insan yang tersayang
Ku ukirkan dalam hatimu
Jawapan cinta kepadamu
Agar kau mengerti
Selamilah kasih sucinya cintaku
Tulusnya cintaku hanya kepadamu
Mampukah kau mengerti perasaanku kepadamu
dan tulus kasih hanyalah untukmu
Ohwooo...
Mampukah kau selami
Jauh ke dasar hati ini
Oh hanya namamu yang tersembunyi
Ku harapkan kau mengerti cintaku seadanya kasih
Ku inginkan kebahagiaan bersamamu oh selamanya
Tanpa rasa curiga
credit : kopipanas
28 Jun 2010
resipi - ikan pari bakar
ini adalah hasil tangkapan en. miorku yang membuat kerja part time minggu lepas menjadi nelayan di tengah lautan..
ikan pari ini aku perap dulu 4 jam dengan beberapa ulas bawang putih (ditumbuk), garam, serbuk kunyit dan sos lada hitam (lupa nak tumbuk lada hitam yang biji2 tuh)..
nak kata bakar, tak juga lah.. tak der guna arang pun.. aku bakar dalam tupperware chicken fryer yang serbaguna nih ajer..
kira-kira 45 minit gitu, baru ditutup api.. ikan pun sedia untuk dikunyah dengan kicap cicah buatan en. miorku.. beserta sup bebola ikan.. sedapp... ;)
11 Mei 2010
Cinta Sufi
Jom baca kesinambungan kisah Laksamana Sunan!
PILU hati saat dikhabarkan suaminya gugur di medan perang, Catalina rebah tidak sedarkan diri. Sebaik terjaga, dia membicarakan hajatnya ke Hulu Melaka. Ingin mencari ‘lelaki bertanduk dua’. Tanpa diduga, takdir menentukan Laksamana Sunan lelaki yang dicari Catalina. Malangnya, Laksamana Sunan bukan lagi wirawan. Kudratnya lenyap dan ditawan penjajah yang menakluk Melaka. Hampir dibunuh musuh, dia diselamatkan oleh cinta yang dipendam Luna. |
Laksamana Sunan, Catalina dan Luna... bukan sekadar terperangkap dalam perjalanan yang berliku, malah terkurung dalam cinta segi tiga yang terlafaz dan tersembunyi.
CINTA SUFI Sebuah kesinambungan trilogi Bagaikan Puteri, dipenuhi aksi pengembaraan dan pertembungan antara kebaikan dan kebatilan, yang nyata dan mistik. Disemarakkan lagi dengan rasa cinta dan pengorbanan.
29 April 2010
resipi - cream puff
tetiba cam nak buat sendri pulak.. oven pun tak pernah dirasmikan lagi tuh.. dah nak setahun tersimpan sajer.. hehe..
bila teringin nak buat sendri, makanya, saya pun mencari2 lah resepinya.. bila tengok cara2 membuat.. senang jugakk..
chiow!
UPDATED!
ptg balik kijer terus serang umah anor wat benda nih.. hr sabtu & ahad nih nak kene balik bota..
here is the recipe.. actually, saya ada 2-3 resipi, tapi utk cubaan fes taim nih, saya try resipi yg ini..
Bahan-Bahan (pastry):
250ml air
125g butter
150g tepung gandum - ayak
1 st gula
4 biji telur
Cara Membuat:
1.panaskan ketuhar pada suhu 200cc.
2.didihkan air dan butter hingga cair.
2. bila dah didih, tutup api dan masukkan tepung. kacau cepat/gaul sebati hinga tidak melekat di periuk.
3.kemudian, masukkan telur. kacau.
4. biarkan sejuk sikit.. masukkan ke dalam piping bag.. pipekan di atas dulang pembakar yang telah dialaskan dengan aluminium foil yang sudah disapu mentega.
5. bakar selama kira-kira 15-20 minit hingga kekuningan.
6. angkat dan sejukkan.
7. bila dah sejuk, belah sedikit dan masukkan cream custard.
Bahan-bahan (cream custard)
500ml susu segar
100g gula kastor
80g tepung kastor - ayak
1 biji telur
Cara Membuatnya:
1. panaskan susu dan gula dalam periuk. kacau atas api sederhana.
2. kemudian, masukkan tepung. kacau.
3. masukkan telur. kacau..
untuk kali pertama membuatnya, kira okey lar kan.. dak ako suka makan.. hehe.. sedap..
tak per.. sy akan cuba try resipi yg lain pulak.. klu berjaya, bukak kedai lar nanti.. hwa3x..