Permulaanku

Daisypath Anniversary tickers

27 Ogos 2011

salam aidil ftri

Assalamualaikum.. Salam sejahtera buat kamu pembaca blogku... ;)

insyaAllah hari selasa nanti, kita akan bersama-sama menyambut 1 syawal 1432H..

dikesempatan yang ada ini, saya dan suami menyusun jari memohon ampun dan maaf buat semua adik  beradik, saudara mara dan rakan kenalan akan segala salah dan silap yang sengaja atau tidak sengaja pernah dilakukan terhadap kalian.. kami hanya manusia biasa yang tidak terlepas dari melakukan kesilapan..

kepada yang pulang berhari raya ke kampung masing-masing, berhati-hati semasa memandu.. semoga semuanya selamat tiba di kampung halaman masing-masing untuk meraikan syawal bersama keluarga tercinta.. dan seterusnya kembali ke rumah sming-masing dengan selamat..

sekian, selamat hari raya aidil fitri.. maaf zahir dan batin.. :)

19 Ogos 2011

sepuluh malam terakhir...

Assalamualaikum.. Salam sejahtera buat kamu pembaca blogku... ;)

Alhamdulillah..
Insya-Allah, malam ini kita akan melangkah ke fasa terakhir bulan Ramadhan, iaitu 10 malam terakhir.. malam yang adanya Lailatul Qadar..


Jabal Nur
Diriwayatkan Baginda mendaki ke Jabal Nur dan menyepi diri di Gua Hira' bagi mencari Maha Pencipta. Gua Hira' terletak di puncak Jabal Nur, ini bermakna Rasulullah mendaki sebelum ke Gua Hira'. Gua Hira' ialah sebuah gua tempat di mana Rasulullah s.a.w menerima wahyu yang pertama dari Allah melalui Malaikat Jibril

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
"Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada malam Lailatul Qadar, dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran malam Lailatur-Qadar itu? Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada 1000 bulan. Pada malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun berikut); Sejahteralah malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar!" (Maksud Surah Al-Qadr)

Dalam hadis, Rasulullah s.a.w. menyebut : maksudnya: "Rasulullah bersungguh-sungguh beribadah pada 10 akhir bulan Ramadhan lebih daripada yang lainnya". Rasulullah s.a.w. melakukan ibadah pada malam itu bukan hanya setakat baginda sahaja tetapi baginda menyuruh ahli keluarga bangun bersama beribadah.

Kata Aisyah r.a. : maksudnya: "Nabi s.a.w. apabila masuk 10 akhir bulan Ramadhan baginda mengikat kainnya. Menghidupkan malam dengan beribadah dan membangunkan keluarganya untuk sama-sama beribadah. Mengikat kainnya bermaksud bersungguh-sungguh mengerjakan ibadah."



Untuk itu, marilah kita bersama-sama ambil peluang yang ada ini untuk melipat gandakan amalan pada 10 malam terakhir Ramadhan.. Kita pun tidak tahu, entahkan ya, entahkan tidak kita akan bertemu dengan Ramadhan lagi..

"Taqoballahu minna wa minkum” (Semoga Allah menerima ibadah kita semua)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...