| waww wee juniyer jusssss.......... |
Terus terang, beberapa minggu kebelakangan ini saya mempunyai perasaan dan keinginan itu. (kalau diikutkan dah lama dah sejak diarahkan membuat kerja yang saya tidak minat ini.. Namun apa kan daya.. SYMP..) Ingin mencari kerja lain dan cuba kerja baru.. Ialah, memandangkan hasrat untuk menukar ke bahagian lain tidak kesampaian, tukar tempat kerja sajalah jalan yang berlegar-legar di kepala. Tetapi, untuk kes saya sekarang agak payah juga nak dapat cari kerja di tempat lain pada gred yang sama. Makanya, apa yang saya buat? Saya positifkanlah juga minda untuk terus berasa seronok dengan apa yang sedang dilaksanakan. Almaklumlah, tinggal sebulan lebih sahaja lagi untuk ke akhir tahun 2011. Awal tahun depan pula sesi mengira pencapaian kerja sepanjang tahun ini pun akan bermulalah (yang saya akui pencapaian saya tahun 2011 tidak memberansangkan!) Semoga tahun 2012 akan memberikan sinar yang lebih baik dalam bidang tugas baru yang perlu saya lakukan. Insya-Allah..
Di sini saya kongsikan tentang lima sebab mengapa orang tak ceria di tempat kerja yang disenaraikan oleh Dr. Fadzilah Kamsah, antaranya :
suasana kerja yang memboringkan, masalah-masalah peribadi terbawa ke tempat kerja sehingga tenggelamnya rasa seronok bekerja.
(sumber : imotivasi)
Okey. Berbalik kepada cara untuk positifkan minda supaya kesoronokan bekerja untuk hadir semula. Bagaimana boleh kita lakukan? Ini antara tip yang saya jumpa dari macam2tips yang boleh diamalkan ialah:
Memulakan keseronokan dalam diri. Jangan mengharapkan keseronokan dimulai oleh orang lain. Tangkis segala perasaan iri hati,cemburu, sakit hati dan sebagainya. Cuba ceriakan orang di sekitar kita.
AF : Bila rasa tak seronok, cepat-cepat panjatkan kesyukuran pada-Nya atas rezeki yang telah diberi..