Permulaanku

Daisypath Anniversary tickers

17 Jun 2011

seribu kemaafan

Assalamualaikum.. Salam sejahtera buat kamu pembaca blogku... ;)

InsyaAllah dengan izinNya, saya dan suami serta ibu mertua dan adik ipar akan berlepas ke Jeddah esok pukul 3.20 petang dengan menaiki penerbangan MH 150 dari KLIA. Kemudian, kami akan ke Madinah dan seterusnya ke tanah suci Mekah bagi menunaikan ibadah umrah.

Oleh itu, di kesempatan yang ada ini, saya memohon seribu kemaafan kepada semua.. adik beradik, saudara mara, ipar duai, sahabat dan kenalan yang mengenali mahupun tidak.. seandainya selama anda mengenali saya, membaca penulisan dalam blog ini, terdapat kesilapan dan kata-kata yang tidak menyenangkan hati kalian..

sememangnya, setiap kesilapan dan keburukan yang terjadi adalah atas kekhilafan diri sendiri..

Doakan lah semoga ibadah yang akan dilaksanakan ini dipermudahkan dan mendapat keberkatan dariNya.. . InsyaAllah..

Semoga bertemu lagi.. Wassalam..

05 Jun 2011

makan

Assalamualaikum.. Salam sejahtera buat kamu pembaca blogku... ;)

alhamdulillah.. semalam petang kami berkumpul adik-beradik di rumah emak.. semua adik-beradik ada kecuali adik perempuan saya yang bongsu, alin yang berada nun jauh di kuching, sarawak..
sebelum acara makan dimulakan, bacaan doa selamat yang ringkas dipimpin oleh anak buah saya, abdul rahim diadakan..

Selepas doa makan dibaca, apa lagi, sesi menjamu selera pun bermulalah..


konsep makanan, biasalah pot luck.. along masak ayam goreng KFC (guna tepung kelantan fried chicken) dan potato wedges, anor masak apam polkadot dan tiramisu, ina sponsor air dan saya masak spaghetti bolognese (tersilap beli angel hair - halus)..


alhamdulillah rezeki Allah..



AF : alin, kalau kau ada mesti lagi seronok, kan.. rindu kat kau..

04 Jun 2011

doa

Assalamualaikum.. Salam sejahtera buat kamu pembaca blogku... ;)

"Bila Allah cepat makbulkan doamu, maka DIA menyayangimu..
Bila DIA lambat makbulkan doamu, maka DIA ingin mengujimu..
Bila DIA tidak makbulkan doamu, maka Dia merancang sesuatu yang lebih baik untukmu...
Oleh itu, sentiasalah bersangka baik pada ALLAH dalam apa jua keadaan pun... 

Kerana kasih sayang ALLAH itu mendahului kemurkaanNya..."

02 Jun 2011

jun

Assalamualaikum.. Salam sejahtera buat kamu pembaca blogku... ;)

Diam tak diam, semalam kita telah pun melangkah ke bulan baru iaitu bulan Jun 2011. Pantas sekali masa berlalu, kan? Tengoklah... Tahun 2011 telah hampir separuh kita lalui.

Apa ada dengan bulan Jun? Hari ini, tanggal 2 Jun merupakan hari istimewa.. Hari ulang tahun kelahiran saya yang ke 324 tahun.. :) Alhamdulillah.. Syukur pada Allah atas limpah dan kurniaNya, saya masih terus berpeluang untuk meneruskan kehidupan di dunia nan sementara ini. Esok? Tidak pasti... Hanya Dia Yang Maha Mengetahui..

Lazimnya, saya amat jarang dan hampir tidak pernah meraikan sambutan hari ulang tahun kelahiran saya. Sejak dari kecil lagi pun, rasanya tidak pernah lah sambutan hari lahir saya diraikan. Jika ada pun, majlis diadakan secara kecil-kecilan bersama keluarga. Memadai dengan sebiji kek. Kemeriahan tetap dirasai.


Hari ini kebetulan bahagian tempat saya bertugas mengadakan majlis perpisahan untuk staf yang berpindah ke bahagian lain, sekaligus turut meraikan hari lahir untuk staf yang menyambutnya pada April hingga Jun (ada yang diraikan in advance). Bagus juga majlis diadakan hari ini. Dapat saya menumpang menyambut hari lahir saya. Seronok juga dapat meraikannya bersama rakan-rakan.

Petang tadi, En. Miorku tanya.. "mahu dibelikan apa-apa?".."mahu berjalan-jalan ke Alamanda?".."mahu beli donut Big Apple?".. Saya hanya menggeleng. Saya tidak mahu apa-apa. Dan saya pun memang tidak harap apa-apa. Pada saya, ingatan tulus ikhlas melalui ucapan 'selamat hari lahir' sudah memadai. Tambahan pula, pertengahan bulan ini nanti kami akan berziarah ke AS. Lebih baik duit yang ada disimpan sebagai perbelanjaan di sana  nanti.

Begitulah berlalunya hari istimewa saya hari ini. Pada sesetengah orang, mungkin ia membosankan. Pada saya, tiada masalah. Yang penting, saya bahagia! :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...