Assalamualaikum.
Diam tak diam kejap je kita dah di bulan Mac 2015. Begitu pantas masa berlalu. Baru je rasa macam semalam tahun baru 2015.
Bulan ramadan pun akan menjengah lebih kurang 100 hari lagi. Para tukang jahit pun sudah mula sibuk ambil order untuk baju raya.
Pada rakan pembaca blog Ana Farha yang masih belum berkesempatan nak cari kain, boleh cuba-cuba menggayakan gold line batik songket sarawak untuk hari lebaran nanti.
Nak tengok lebih dekat, boleh lawat page F & M Batik Songket Sarawak. Gold line batik songket sarawak sesuai dibuat kain baju kurung, skirt, seluar dan juga samping baju melayu. Sudi-sudikan menjenguk! Jangan lupa like tau!
10 Mac 2015
22 Februari 2015
Hasil setahun menabung RM5
Assalamualaikum.
Salam hari ahad!
Saya mulakan 'Kempen Hijau' @ cabaran menabung duit RM5 pada 6 Januari 2014 (entri SINI). Pada 31 Disember 2014, saya buka tabung ubi kayu saya tu dan kira berapa yang berjaya saya kumpul. Tak banyak sangat. Adalah dapat RM320. RM3++ ada yang simpan dalam sebulan je.. huhu.. Apapun syukur Alhamdulillah ada juga hasilnya.. Simpan dalam akaun Tabung Haji..
Saya teruskan cabaran ini pada tahun 2015 ni. Sebaiknya nak menabung duit hijau ni pakai bekas transparent, baru lagi semangat dan rancak aktiviti menabung tu sebab hasilnya dapat kita lihat. Konon-konon nak simpan juga duit merah. Tapi, tu lah. Tak berapa nak menjadi pulak.. Tapi ada gak lah selitkan sehelai dua.. hehe..
Semoga amalan ini akan dapat diteruskan dengan istikhomah.. Insya-Allah.. Kalau anda antara yang turut menyahut cabaran 'kempen hijau' ni, sharelah pengalaman tu sket..

![]() |
| Hasil tabungan RM5 |

17 Februari 2015
DIY : Cara Membuat Pola Abaya
Assalamualaikum..
Ramai juga yang e-mel pada saya mohon untuk dapatkan cara untuk buat pola abaya. Untuk memudahkan anda-anda untuk membuatnya dan mengelakkan kelewatan saya untuk balas e-mel anda tu, makanya, saya kongsikan caranya seperti di bawah. For further enquiries on how to do the pattern, feel free to e-mail me or just drop your questions below ya..
Di bahagian atas bahu tu pun lipatan juga ya. Saya lupa nak letak simbol tiga bulat kat situ. Untuk kaedah memotong kain, boleh rujuk video Sifu Abaya yang saya share melalui entri SINI.
Selamat mencuba!

| Pola Abaya |

Langgan:
Catatan (Atom)