Permulaanku

Daisypath Anniversary tickers

11 Januari 2017

Short trip 2 hari 1 malam ke Tokyo, Jepun (Part II)

Assalamualaikum.

Alhamdulillah.. Syukur atas rezeki Allah yang telah diberikan kepada kita semua pada hari ini.

Okey.. Mari saya sambung catatan perjalanan trip singkat 2 hari 1 malam saya dan en. miorku ke Tokyo pada 5 hingga 7 Januari 2017.

Untuk Part I boleh klik SINI.

5 Januari 2017 (Khamis)

Kami bertolak dari rumah di Bandar Saujana Putra kira-kira pukul 6.30 petang. Sister in Law (SIL) minta kami sampai awal sebelum 8.30 malam sebab kaunter standby akan dibuka waktu itu. Dalam pukul 7 malam kami pun tiba di KLIA.

Sementara hendak menunggu kaunter standby dibuka, kami pergi mengalas perut dahulu. Dalam pukul 8.45 malam macam tu, SIL dan suaminya ke tiket standby untuk dapatkan boarding pass.. Saya dan en. miorku hanya menunggu di kerusi berhampiran dengan penuh harapan semoga ada seat untuk kami.

Selepas beberapa minit kemudian, SIL datang dengan boarding pass. Alhamdulillah. Lega bila dah dapat pegang boarding pass depan mata. Maknanya memang confirm kami akan terbang ke Tokyo malam ini.. Sukanya! Tak sabar nak naik pesawat! Haha.

Tanpa berlengah, kami terus mendaftarkan diri ke balai berlepas.. Sementara menunggu waktu untuk gate C26 dibuka, kami ke surau menunaikan solat.

Kira-kira pukul 10.40 malam, gate C26 dibuka. 5 minit kemudian, panggilan untuk menaiki pesawat pun dibuat oleh petugas MAS. Rezeki saya dan en. miorku dapat seat berdua di row kedua terakhir dan SIL serta suaminya di depan kami.

Penerbangan MH0088 KUL -NRT berlepas dari KLIA pada jam 11.35 malam. Penerbangan mengambil masa lebih kurang 6 jam 30 minit untuk tiba di Narita Airport.

Lite snack yang disediakan selepas sejam berlepas.

Lebih kurang 1 jam lagi nak sampai!

Early breakfast pukul 5 pagi! Ini saya punya - chicken teriyaki.

Ini en. miorku punya. Omelette.

6 Januari 2017 (Jumaat)

Kami tiba di Narita Airport kira-kira pukul 7 pagi waktu Tokyo. Satu jam lebih awal dari Malaysia. Ketibaan kami disambut dengan cuaca pada suhu -4 darjah selsius.. Biasalah, sesampai di Terminal 2, tandas perlu dicari dahulu. Mujur ada tandas yang menyediakan air pancut untuk membersihkan kawasan sulit. Tak perlulah nak isi air dalam botol. Masa ini juga saya siap-siap pakai inner dan tukar stokin wool.

Pastikan pilih toilet yang ada sediakan shower / bidet macam gambar. Kalau tak, sila sediakan botol kosong.


Urusan di kaunter imigresen tidak mengambil masa yang lama. Cumanya kami perlu beratur kira-kira 15 minit untuk sampai ke giliran. Setiap pelancong yang datang akan diberikan Disembarkation Card For Foreigner dan Customs Declaration oleh pramugari sebelum mendarat. Pastikan borang ini diisi dengan lengkap agar tidak kena tahan dan disoal siasat oleh pihak imigresen di sana. Pengalaman SIL yang ke Tokyo tahun lepas, beliau suami isteri di soal siasat hanya kerana menulis untuk berada di Tokyo untuk 2 hari. So, untuk trip ini kami isi sebagai 4 hari untuk mengelakkan perkara tersebut berulang.


Ada juga pengalaman seseorang di Road to Japan yang mana beliau tidak isi butiran tempat penginapan (kes redah kasi pecah tak sempat book hotel kot), beliau telah disoal siasat dan ditahan di imigresen semalaman. Dan beliau dihantar pulang ke KL esoknya! So, kepada anda yang berhajat untuk ke Jepun (atau ke mana-mana negara sekalipun), pastikan butiran tempat tinggal semasa berada di negara berkenaan tidak dibiarkan kosong! Pihak imigresen mereka agak ketat berhubung perkara ini. Antaranya mungkin untuk mengelakkan berlaku kes-kes pendatang tanpa tujuan / menjadi gelandangan. Take note ya!

Sebelum kami membeli tiket untuk ke bandar, SIL singgah dahulu mengambil pocket wifi di airport. SIL guna Ninja Wifi dengan bayaran RM115 untuk tempoh 2 hari.

Oh ya.. Untuk makluman, Jepun kini semakin Muslim friendly. Di tingkat 2 Terminal 2 ini ada disediakan ruang untuk solat dengan tempat mengambil wuduk di dalam. Cumanya untuk muslimat tiada telekung disediakan.


Prayer room.


Kemudian, kami terus ke kaunter Keisei Station untuk membeli tiket ke Keisei Ueno Station. Kami membeli tiket Keisei Morningliner (1440 yen/ person = RM55.44) yang akan berlepas pada pukul 8.41 pagi. Petugas kaunter syorkan kami beli tiket ini kerana tambang Morningliner lebih murah disebabkan train ini berhenti di 6 stesen sebelum berakhir di Keisei Ueno Station. Train akan mengambil masa 45 minit untuk ke Keisei Ueno Station.

Train berlepas dari lane 3.

Seat kami berada di gerabak 6.



Kami tiba di Keisei Ueno Station lebih kurang pukul 10.00 pagi waktu Tokyo.  Kami berjalan kaki ke Ueno Station berdekatan untuk simpan beg di locker yang banyak disediakan. Hendak terus ke hotel penginapan, belum masa untuk check-in lagi. Kos sewaan locker saiz sederhana adalah 400 yen untuk sehari (RM15.40). Selepas itu kami beli pula kad Suica untuk kegunaan menaiki train nanti. Kad Suica macam kad Touch 'n Go. Beli 1000 yen (RM38.50). Tapi 500 yen sahaja yang boleh guna sementara 500 yen lagi macam deposit kad lah.. So, kami perlu topup 1000 yen untuk memudahkan perjalanan nanti.

Keisei Ueno Station.
Locker yang disediakan di Ueno Station.
Simpan resit untuk claim bag menggunakan no. pin.

Kad suica. Boleh dipulangkan dan refund 500 yen akan diberikan semula.

Kemudian kami terus berjalan ke Yodobashi Camera Ueno yang terletak di seberang sahaja dengan Ueno Station. Tujuannya? SIL dan suaminya mencari jam G-Shock yang ditempah oleh rakan-rakan mereka. Itulah tujuan utama mereka ni nak ke Tokyo!

G-Shock Murah Yodobashi Ueno Tokyo
G-Shock macam-macam model ada.

Baby G Yodobashi Ueno tokyo
Model-model Baby G.

 Setelah membeli beberapa jam yang diperlukan, kami berjalan-jalan di kawasan sekitar Ueno. Kami singgah di Don Quijote Ueno Store. Tiada apa yang dibeli disini cuma beberapa pek biskut kapal dan meiji melty kiss untuk kudapan diri sendiri. Kat sini juga lah saya beli sarung tangan baharu 990 yen!

Don Q


coah murah ueno tokyo
Handbags yang terdapat di Don Q
Kami singgah juga di Book Off berhampiran untuk melihat second hand G-Shock di situ. Tapi tak banyak. Ada beberapa unit sahaja.

Book Off di Ueno.
 Lepas tu, kami makan tengah hari di Ameyoko Street. Dekat sini ada gerai makanan halal iaitu nasi ayam dan kebab. Kami singgah makan nasi di Chicken Man. Kedai halal lain di sebelah kiri dan kanan Chicken Man pula ada jual kebab.
 
Zizan & Farah pun ada singgah sini. Ramai juga selebriti Malaysia makan di sini.
Senarai menu.

Saya order Kaarage Don. Sedap! 600 yen (RM23.10)

En. miorku punya - nasi ayam. Sedap juga.


Selesai makan, kami ke Ueno Station semula untuk ke Higashi Jujo Station di mana hotel penginapan kami berada. Keluar sahaja dari train, ambil south exit.

Kami tempah bilik di Flexstay Inn Higashi Jujo melalui booking.com. Harga yang kami dapat adalah 2400 yen / head / night (RM92.40). Perkara yang perlu diberi perhatian adalah hotel-hotel / guesthouse / apartment airbnb di Jepun dikira berdasarkan per head, bukan per room. So, kalau anda hendak menempah bilik di Jepun, perlu alert semak bebetul tang ni.

Dah sampai stesen Higashi Jujo.
Nanti anda bawa pasport lama. Di setiap stesen ada disediakan cop macam ni. Jangan lupa cop tau!

Cop biasanya di letak berhampiran information kaunter atau area keluar.

Jalan sikit nak ke hotel.

Ada 7-Eleven di hadapan hotel.

Dah sampai.


Biliknya sangat lah kecil. Sebelum datang sini, saya sempat juga baca review tentang hotel ini. Mostly kata macam tak berapa best sebab kecil. Ada yang komen tentang kebersihan. Risau juga. Tapi bila dah sampai, rasanya bolehlah. Kami pun bukan nak duduk lepak dalam bilik. Just nak ada tempat tidur je pun. Kira oklah ni. Kawasannya pun tak sibuk dan jarak dari stesen lebih kurang 200 meter sahaja.

Kad bilik.

Koridor nak ke bilik.

Lorong dalam bilik.

Ada disediakan cerek untuk masak air. Gelas dan cawan juga disediakan.

Ruang TV.

Katil untuk 2 orang. Katil boleh dilipat untuk ruang yang lebih luas.

Bilik air. Sabun, syampu dan berus gigi disediakan.

Bidet.

Depan hotel.


Kami berehat sebentar di hotel untuk membersihkan diri dan solat. Kemudian pukul 3.00 petang kami keluar semula untuk ke Omiya Station. Tujuan ke Omiya pun hendak cari G-Shock di kedai second hand Book Off Super Bazaar.

Suasana dalam Omiya Station.

Omiya Station

Omiya Station.

Omiya Station dari luar. Dah nak gelap.
 Kat sini en. miorku pun sambar 2 ketul jam G-Shock dengan harga yang murah sesuai dengan condition jam tersebut. Ada juga beberapa barangan yang menarik perhatian saya antaranya wallet dan handbag Coach. Dengan condition yang masih baik dan harga yang agak murah compared to beli di Malaysia. Tapi syukur tahap keimanan saya dalam bershopping masih boleh dikawal.. Hehe.. Klu tak, habis kad plastik kena swipe.

Boss tengah QC jam G-Shock second hand.


On the way turun dari Book Off, kami singgah di Daiso Japan dengan harga barangan 100 yen. Kalau dah convert ke RM jadi 3.85 per item. Jangan lupa tambah 8% tax so jadi 4.16. Murah lah ni dari beli kat Daiso Malaysia jadi RM5.30!

Keluar je hari dah gelap. Kalau musim sejuk, bandar Tokyo akan cepat gelap. Pukul 4.43 petang dah masuk waktu Maghrib. Lepas tu, dari Omiya Station kami ke Akihabara Station pula. Sebelum tu topup lagi kad Suica 1000 yen. Di Akihabara ada kedai Book Off. Tapi tak ada jam. Branch yang ini hanya ada buku-buku dan CD sahaja.

Pemandangan di luar stesen Akihabara.

Pemandangan di luar stesen Akihabara.

Stesen Akihabara. Spot harus untuk bergambar.

Pemandangan di luar stesen Akihabara.

Kedai Book off .

Apa lah yang sedap sangat tu sampai beratur panjang.

Pemandangan di luar stesen Akihabara. Ramai orang.

Gundam Cafe on the way nak ke Yodobashi Camera Akihabara.

Selepas bergambar di kawasan sekitar stesen sekeping dua, kami ke Yodobashi Camera di Akihabara ni. SIL & suaminya mencari lagi 2-3 buah jam untuk tempahan yang belum dijumpai. Selesai urusan di sini, kami pun pulang semula ke Higashi Jujo. Sedih tak dapat nak singgah ke Shibuya untuk menikmati pemandangan Shibuya Crossing di waktu malam! Sebab masing-masing sudah keletihan.

Tapi sebelum tu, kami singgah dulu di Ueno sebab SIL nak tapau kebab untuk dinner. Kononnya saya pula nak beli onigiri salmon di Family Mart berdekatan, tapi dah habis. So, beli air mineral sahaja.

Luar stesen Ueno. Lupa nak cari cop.

Di mana-mana ada ramai orang.


Tunggu lampu hijau untuk lintas jalan.



Dari Ueno Station kami ke Higashi Jujo Station. Kira-kira pukul 8 malam kami tiba di hotel. Singgah dulu di 7-Eleven depan hotel beli hot coffee en. miorku. Makan malam kami hanya makan roti yang dibawa siap-siap dari Malaysia. Alhamdulillah itu pun dah cukup buat kami.

Okey. Rasanya saya perlu berhenti di sini dulu untuk entry ini. InsyaAllah nanti saya sambung ke Part III pula ya. Terima kasih sudi baca.














08 Januari 2017

Short Trip 2 hari 1 malam ke Tokyo, Jepun (Part I)

Assalamualaikum.

Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi atas kurniaanNya memberikan kita peluang lagi untuk terus bernafas di bumiNya ini.

Entry kali ini saya nak kongsikan pengalaman menjejakkan kaki ke negara Matahari Terbit, mana lagi kalau bukan negara Jepun. Melawat ke negara Jepun sememangnya menjadi azam atau angan-angan saya sejak zaman sekolah rendah lagi. Ramai kot yang macam saya ni. Ini gara-gara suka sangat tengok drama Jepun & anime lah ni.. Dan peluang yang didapati beberapa hari lepas tidak saya lepaskan walaupun untuk hanya 2 hari 1 malam.

Pic source : Go Japan Go

"Kenapa 2 hari 1 malam je? Beli tiket kapal terbang mahal-mahal, kenapa tak pergi lama sikit?" itu lah pertanyaan yang keluar daripada mulut adik beradik saya & rakan-rakan yang tahu pasal trip saya ni.. Sebabnya?
  1. Trip kali ini kami (saya dan en. miorku) ikut sekali dengan adik ipar & suaminya.
  2. Ada urusan keluarga yang perlu dihadiri pada hari Ahad 8 Januari 2017, makanya perlulah balik awal!

Okey.. Ini serba sedikit catatan pengalaman saya. Saya mulakan dahulu dengan persediaan yang saya ambil sebelum perjalanan ini.. Walaupun hanya untuk trip singkat @ short trip 2 hari 1 malam!


1. Persediaan sebelum ke Tokyo

Bulan Disember hingga Mac adalah musim sejuk di Jepun. Walaupun musim sejuk, tidak semua kawasan di Jepun adalah bersalji. Kawasan bersalji adalah di sebelah utara Jepun antaranya Hokkaido.

Namun begitu, jika ada rezeki atau dengan izin Allah, salji atau yuki boleh turun juga di Tokyo seperti pada hujung November 2016 lalu yang mana salji turun di Tokyo selepas 54 tahun!

Walaupun begitu, suhunya tetap sejuk iaitu di antara 12 - 0 darjah selsius. Untuk saya yang belum pernah merasai musim sejuk, persiapan sewajarnya perlu saya sediakan agar saya tidak menggigil di sana nanti. Haha.. Saya sendiri tidak dapat merasai sejauh mana sejuknya 12 - 0 darjah selsius itu selagi saya tidak merasainya sendiri.

Yang pastinya, inilah pakaian persediaan kami untuk ke Tokyo:

i. Winter coat

Baju Sejuk
 Kiri : Winter coat ini saya beli melalui Lelong.my (seller - aeioumall) dengan harga RM96.10 termasuk pos. Warna ungu.

Kanan : En. Miorku yang punya. Beli dah lama kat Buy & Trade, PJ.

ii. Stokin wool
 
Stokin wool

Yang kiri tu saya beli di lelong.my melalui seller cosimo tiga pasang RM31.00 termasuk pos. Yang ini bukan 100% wool. Ada campuran polyster dan lain-lain material.

Yang sebelah kanan 100%. Beli di Going Places, Sogo. Dua pasang RM27.

Stokin wool membantu kaki untuk menahan kesejukan. Dan sebaik-baiknya disediakan lebih.

iii. Sarung tangan

Sarung tangan Daiso

Sarung tangan ni saya beli di Daiso. Bila di Tokyo, saya pakai sekejap saja. Sebabnya, benang-benangnya asik terkeluar. Rimas pulak. Tak pakai yang ini, saya pergi beli yang lain di Don Quijote dengan harga 990 yen (RM41 termasuk 8% tax)! Padahal, saya boleh beli dengan harga RM20 di Going Places Sogo!

iv. Kasut

Untuk kasut, saya hanya pakai kasut sukan sedia ada. Aktiviti ala backpackers akan banyak berjalan. So, adalah lebih selesa memakai kasut sukan sahaja.

v. Sweater

Untuk trip singkat ini, saya telah membeli 3 helai sweater! Last-last yang saya bawa hanya 1 sahaja. Tak ke membazir namanya?

Sweater 1 - Dibeli melalui Lelong.my - RM74 termasuk pos


Sweater 2 - Dibeli melalui Lazada.Com. Harga RM72. Tolak coupon dapat RM46.

Sweater 3 - Di beli di Going Places dengan harga RM80. Yang saya bawa adalah sweater yang di beli di Lazada.

Jika musim sejuk, badan kurang berpeluh. Memadai bawa dua tiga helai baju sahaja. Yang perlu ditukar hanya pakaian dalaman (lapisan pertama selepas pakaian dalam). Saya tidak beli heat tech (uniqlo) atau long john. Sebabnya berdasarkan survey yang saya baca di blog-blog, long john boleh dipakai untuk suhu 0 dan ke bawah. Untuk trip ini, saya hanya spare inner sahaja untuk lapisan pertama. Blouse lengan panjang untuk lapisan kedua. Sweater untuk lapisan ketiga dan winter coat untuk lapisan keempat. Hahaha. Dan ia sememangnya cukup membantu menahan kesejukan yang sampai ke tulang! Untuk seluar, saya hanya pakai seluar jeans sahaja. Namun untuk trip malam, saya sarungkan juga seluar dalam panjang sebagai lapisan pertama.

2. Tiket penerbangan ke Tokyo

Lega dah dapat boarding pass.. Terus update IG..

Suami adik ipar saya staf MAS. Selain pasangan dan anak-anak, 10 nama tambahan bagi setiap staf (ahli keluarga/ sesiapa yang rapat) juga mendapat entitlement untuk tiket murah ke mana-mana destinasi.

Memandangkan awal tahun 2016 entitlement tersebut sudah pun bermula, maka hasrat untuk ke Tokyo telah saya dan suami maklumkan kepada adik ipar dan suaminya seawal bulan Julai 2016 atau Ogos 2016 kalau tidak silap saya. So, pada bulan Disember 2016 kami putuskan untuk ke Tokyo pada 5 hingga 7 Januari 2017. Tarikh terakhir untuk membolehkan saya ke sana memandangkan 2 minggu selepas tarikh itu saya akan sibuk dengan presentation dan seterusnya final semester exam pada Februari 2017. Hendak tak hendak kena juga pilih tarikh tersebut. Jika nak pergi bulan Mac 2017 selepas exam, slot untuk 10 nama tambahan tak available sehingga April 2017 kalau tidak silap. Hanya ada untuk keluarga terdekat sahaja (pasangan dan anak-anak).

Harga tiket? Untuk 2 orang, kami dapat harga RM890 (return). Murah? Ya. Itu kelebihannya. Kekurangannya? Ia adalah tiket standby. Maksudnya? Boarding pass hanya akan boleh dikeluarkan sekiranya flight tersebut tidak ramai orang ataupun sejam sebelum berlepas masih ada kekosongan seat. Kalau penuh? Tunggulah next flight, atau datang sahaja lain kali sebab ia adalah open ticket & valid dalam tempoh setahun jika tidak silap.. huhuhu.. Kekurangan lagi satu, tiket ni tak boleh claim Enrich points.. Rugi!

3. Tukaran wang RM ke Yen

Tukaran RM ke Yen


Walaupun peluang untuk dapat boarding pass adalah 50-50, duit tukar perlu juga disediakan. Al maklumlah, duit Malaysia dikhabarkan tidak laku untuk ditukar di luar negara. Oleh itu, eloklah ditukarkan duit RM ke Yen sebelum bertolak ke Tokyo nanti..

Kami ke Mid Valley Mega Mall untuk menukar wang RM ke Yen memandangkan Mid Valley mempunyai beberapa kedai Money Changer yang menawarkan harga yang berpatutan. Kami ke Mid Valley pada 2 Januari 2017 kira-kira jam 11.00 pagi untuk menukar wang. Kadar waktu itu adalah 1000 yen = RM38.50. Malas nak tunggu lagi, kami pun tukar terus masa tu juga.. Bila dah petang sikit, rakan-rakan di group FB - Road to Japan ada yang melaporkan kadar tukaran turun sedikit ke RM38.47. Tak apalah. Sikit saja bezanya. So, daripada 15 keping RM100 setelah ditukar ke Yen kami hanya dapat 4 keping 10,000 Yen!! Nangis.. Huhu..

4. Insuran Perjalanan

Walaupun trip ini hanya untuk 2 hari 1 malam, saya tetap ambil insuran perjalanan. Manalah tahu kalau-kalau perkara yang tidak diingini berlaku. Sudahlah kos perubatan di Tokyo mahal. Baik sediakan payung sebelum hujan. Untuk trip ini, saya ambil insuran Kembara Takaful Ikhlas dengan bayaran RM25 sahaja.

5. Ubat-ubatan


Ubat-ubat dimasukkan dalam plastik transparent agar mudah dilihat

 Ubat-ubat yang bersesuaian saya bawa siap-siap macam gambar di atas. Senang saat-saat memerlukan barang dah ada.

Rasanya itu sahaja yang sempat saya kongsikan untuk entry kali ini. Pengalaman short trip 2 hari 1 malam ke Tokyo, Jepun akan saya sambung ke Part II akan datang. InsyaAllah..



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...