Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi atas kurniaan dan kesempatan yang diberikan untuk kita terus menghirup udara pinjaman ini...
Pada entri kali ini, saya terpanggil untuk kongsikan kepada anda tentang pulmonary embolism atau embolisme paru-paru... Sebelum ini saya tidak pernah tahu pun tentang serangan ini.. Kehilangan arwah sahabat baru-baru ini dikatakan berpunca daripada air ketuban naik ke paru-paru.. Dalam kes itu, istilahnya dari segi perubatan adalah berpunca daripada serangan embolisme ini...
Berdasarkan data Bahagian Kesihatan Keluarga, Kementerian Kesihatan Malaysia, terdapat 98 kes kematian ibu selepas bersalin akibat embolisme paru-paru di Malaysia pada tahun 2008 - 2014... (sumber)
Pada bulan Februari 2016 yang lalu, seorang ibu di Kansas telah meninggal dunia selepas seminggu melahirkan anak kembar 3.. (sumber)
Apa maksud pulmonary embolism ni? Ia adalah darah beku yang berlaku pada paru-paru..
Apa kaitannya pula dengan ibu yang baru bersalin? Apakah punca-puncanya?
Ia disebabkan oleh 2 punca iaitu pertama, gumpalan darah beku atau 'deep vein thrombosis' yang terbentuk di betis atau pinggul wanita yang mengandung akibat kurangnya kelancaran darah menerusi betis dan pinggul wanita berikutan tekanan kandungan dibawanya. Risiko ibu mengandung mengalami penyakit ini adalah 4 kali ganda berbanding wanita biasa dan risiko ia berlaku selepas bersalin adalah 5 kali ganda berbanding sebelum bersalin yang mana separuh kes dilaporkan berlaku melahirkan anak.Untuk artikel penuh yang berkaitan, anda boleh baca di sini.
Kedua, air ketuban yang memasuki saluran darah ibu ketika bersalin atau 'amniotic fluid embolisme'. Ia tidak menyebabkan saluran darah tersumbat secara mutlak seperti di atas sebaliknya reaksi anafilaksis yang menjadikan saluran paru-paru menyempit dan akhirnya tertutup. Kadar kematian akibatnya amat tinggi dan sehingga kini, cara merawatnya masih belum dapat dikenal pasti.
Apapun yang berlaku adalah atas kuasa Allah dan kehendakNya jua...
Bagi wanita muslim, sekiranya wanita itu meninggal dunia dalam masa 40 hari selepas bersalin, wanita itu dikira mati syahid... Allahuakbar..
----
Buat ibu-ibu dan bakal-bakal ibu yang sedang menunggu hari, ku doakan kalian melahirkan zuriat yang dinanti dengan selamat.. InsyaAllah..
Sumber : Google |