Entri kali ini saya nak kongsi buku rujukan yang diperlukan oleh calon peperiksaan KPSL N41. Kot lah ada yang tak pasti buku mana nak bawa masuk exam nanti kan...
![]() | |
Lebih bagus dapatkan buku rujukan yang terkini. Banyak pekeliling baru telah dikemaskinikan. |
Bahagian I – Perintah Am, Arahan Perbendaharaan dan Tatacara Pengurusan Stor
a. Perintah Am (Bab A - G)
b. Arahan Perbendaharaan
c. Tatacara Pengurusan Stor (Pekeliling Perbendaharaan Bil. 5/2009)
d. Pekeliling Perkhidmatan/Surat Pekeliling Perkhidmatan (yang sedang berkuatkuasa)
e. Pekeliling Perbendaharaan/Surat Pekeliling Perbendaharaan (yang sedang berkuatkuasa)
Bahagian II – Arahan Perkhidmatan, Arahan Keselamatan dan Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam
Bahagian III – Undang-undang Umum
a. Perlembagaan Malaysia Bhg. III, IV dan VI
b. Akta Pencen (1980) dan peraturan-peraturan Pencen 1980
c. Akta Kumpulan Wang simpanan Pekerja, 1991
d. Peraturan-peraturan dan Kaedah-kaedah Kumpulan Wang Simpanan Pekerja. 1991
e. Kanun Tanah Negara, 1965 Akta No. 56/1965
f. Akta pengambilan Balik tanah, 1960 Akta No. 34/1960
g. Akta Kontrak 1950 Akta No. 136/1950
h. Akta Suruhanjaya Perkhidmatan Rasuah Malaysia 2009 Akta 694
i. Akta Pilihanraya, 1958 Akta No. 19
j. Election (Registration of Election) Regulation, 1971 – P.U (A) 326/1971
k. Election Offences Ordinance, 1954 (Disemak 1969) – Act No. 5
l. Election (Conduct of Election) Regulations 1981 – P.U.(A) 386/1981
* Pesanan AF :
- Untuk rujukan PKPA, jangan lupa print pekeliling terkini yang boleh dirujuk dari laman MAMPU.
- AF suka guna buku terbitan LBS. Kalau ada bajet, better beli buku sendiri & yang terkini. Kalau tak, pinjam aje dari library atau kawan-kawan.. :)
- Semasa di dewan peperiksaan, jangan bawa nota slaid ok. Print terus dari pekeliling dibenarkan.