Permulaanku

Daisypath Anniversary tickers

09 Mac 2011

peperiksaan kenaikan pangkat secara lantikan (KPSL)

credit : getty images
Assalamualaikum.. bertemu lagi kita dalam entri saya yang seterusnya ini.. dengan izin-Nya jua..

Kali ni saya nak share info asas tentang KPSL.

"Kenaikan Pangkat Secara Lantikan (KPSL) adalah merupakan kenaikan pangkat daripada skim perkhidmatan yang rendah kepada skim perkhidmatan yang lebih tinggi tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan dalam skim perkhidmatan yang berkaitan melalui proses lantikan."
sumber: JPA

Contohnya, skim Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Gred N17, sekiranya dah lulus peperiksaan KPSL, boleh memohon untuk ke lantikan gred jawatan skim Penolong Pegawai Tadbir (EO), Gred N27. Kalau ikut syarat skim ke gred lantikan N27, calon mestilah memiliki sekurang-kurangnya diploma. So, dengan adanya peperiksaan khas ini, PT(PO) @ kerani yang tak ada diploma tu, boleh lar mohon jawatan EO dengan menggunakan keputusan KPSL tu aje.. Then, klu EO Gred N27 nak mohon ke gred lantikan Pegawai Tadbir Gred N41 pulak, leh arr amik KPSL jugak. Ini khusus untuk calon-calon yang tak der degree larr.. Antara advantage keje kerajaan ni adalah KPSL larr. Orang kata, peluang kemajuan kerjaya tu tak terhad pada mereka yang berkelulusan tinggi aje.. yang tiada kelulusan pun boleh mohon ke jawatan lebih tinggi.. tertakluk kepada syarat-syarat yang telah ditetapkan juga lah..

Tapi, jangan salah faham pulak ye.. KPSL tak bermakna anda akan terus dilantik. mereka yang memohon menggunakan kelulusan KPSL pun kene lalui proses tapisan lantikan cam temuduga dan sebagainya.

Kenapa saya nak bgtau pasal ni pulak? Tujuannya adalah untuk memberi penjelasan pada sesetengah PT(PO) yang kurang jelas.. KPSL tu bukan untuk naik pangkat.. KPSL adalah kelulusan peperiksaan untuk lantikan ke gred yang lebih tinggi. Sebabnya, saya terdengar, ada gak yang salah faham istilah tu.. katanya KPSL adalah untuk naik pangkat..Dalam gred jawatan kerajaan ni, klu gred belakang nye nombor ganjil, jawatan tu adalah jawatan lantikan.. klu gred jawatannyer nombor genap, jawatan tu adalah jawatan kenaikan pangkat. Semoga penerangan nih dapat membantu menjelaskan penggunaan istilah KPSL tadi tu..

Kalau untuk kenaikan pangkat, keputusan yang digunakan adalah Peperiksaan Tahap Kecekapan (PTK). Misalnya, PT(PO) yang lulus PTK pada aras III (sekurang-kurangnya), boleh memohon untuk ke jawatan kenaikan pangkat ke gred N22. Kalau EO pulak, jawatan kenaikan pangkat ke gred N32..

eehh.. kalau saya salah tolong betulkan ye.. penerangan ini adalah berdasarkan kepada pemahaman dan pengalaman yang saya lalui..

Cite pasal PTK ni pulak, versi lama dah pun dimansuhkan berkuatkuasa 1 Januari 2011. Bagaimana lar pulak syarat kenaikan pangkat akan datang ni ye? Sumenye akan terjawab maybe hujung may atau jun nanti.. saya pun tertunggu-tunggu juga ni.. macam manalah pulak syarat-syaratnya nanti..

Oklar.. cukup dulu untuk kali ini. Semoga diizinkan oleh-Nya untuk saya terus mengupdate blog lepas-lepas ni. Insya-Allah.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...