Permulaanku

Daisypath Anniversary tickers

24 Oktober 2011

eksplorasi taman warisan gua kota gelanggi

Assalamualaikum.. Salam sejahtera buat kamu pembaca blogku... ;)

0650 22 Oktober 2011, Sabtu

ana farha : abg, bule tak klu syg msk gua?
en. miorku : masuk le.. tp bnyk pacat berani ke?
ana farha : dah bwk stokin panjang
en. miorku : stokin panjang pun dia masuk. klu ada minyak panas sapu kt stokin.seluar.
ana farha : ok abg tq

Merujuk kepada perbualan di atas, apakah yang ana farha lakukan selepas mendapat keizinan en. miorku? jawapannya adalah... ana farha masuk juga lah ke gua.. rugi tak masuk..

kalau anda baca entri saya sebelum ni, saya tulis yang saya tidak mahu turut serta dalam aktiviti menjelajah gua. tetapi bila dah sampai di sana, keinginan itu tidak boleh ditolak. rasa rugi kalau tidak turut serta. makanya, dengan izin Allah, dapat juga saya meneroka dan menikmati keindahan bumi ciptaan Tuhan.. Malangnya saya tidak bawa kamera. Sekadar menjadi parasit lah menumpang kamera rakan-rakan lain. nanti saya kongsikan panorama indah yang sempat dirakam oleh kamera mereka yang ada.




kredit foto : siti rohani

 opss.. lupa pula nak cerita gua mana saya pegi ya? ok.. saya dan rakan-rakan telah dibawa meneroka tiga buah gua yang terdapat di Taman Warisan Gua Kota Gelanggi.. gua yang dilawati ialah gua angin, gua sanding, gua kepala gajah dan gua tongkat.

nak tahu serba sedikit tentang kota warisan gua kota gelanggi, boleh tengok sini.

cerita lanjut dan gambar-gambar yang ada, nanti saya kongsikan dalam next entry ye. nak sambung basuh baju..

jumpa lagi..

21 Oktober 2011

kursus team building

Assalamualaikum.. Salam sejahtera buat kamu pembaca blogku... ;)


sumber foto : asiarooms.com

Sekejap lagi dalam pukul 9 pagi, saya dan beberapa rakan sepejabat akan bergerak ke Felda Residence Tekam untuk mengikuti kursus team building (siri II) anjuran agensi tempat saya bekerja ni.

En. Miorku sudah pun berjaya mengikuti kursus ini pada siri I minggu lepas. Antara aktiviti yang akan dilaksanakan ialah Night Treasure Hunt, Caving at Kota Gelanggi dan Bamboo Rafting.


sumber foto : virtualmalaysia.com

Kalau ikut feedback En. Miorku dan beberapa rakan lain yang sudah pergi sesi I lepas, diorang kata best lah jugak. Saya awal-awal dah bagitahu saya tidak mahu turut serta dalam aktiviti masuk ke gua. Kalau zaman bujang dulu boleh lah. Dalam keadaan sekarang, saya ingin mengurangkan aktiviti lasak. Lagipun En. Miorku kata, keadaan dalam gua ada kawasan yang agak curam dan batu-batu sekitarnya tajam-tajam. Tetapi, tidak dinafikan, pemandangannya sangat cantik. Subhanallah.

InsyaAllah, jika ada kerajinan saya, nanti saya titipkan serba sedikit tentang pengalaman mengikuti kursus ini ye.

Jumpa lagi.

20 Oktober 2011

30 minit ustaz don

Assalamualaikum.. Salam sejahtera buat kamu pembaca blogku... ;)

selalu termissed rancangan 30 minit ustaz don.. sebab biasanya kul 10.30 malam tu waktu saya pengsan dah tak ingat dunia.. tapi, jangan risau.. siaran ulangan disiarkan pada setiap hari Jumaat, Sabtu dan Ahad pukul 4.00 petang..

belajar tajwid melalui tv ni bagus.. tapi perlu diingat, belajar melalui tv adalah satu alternatif.. sebaik-baiknya, ilmu tajwid itu dipelajari dengan guru bertauliah secara berdepan.. okey..

kredit foto :  fb-30 minit ustaz don
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...