Permulaanku

Daisypath Anniversary tickers

15 Oktober 2010

compaq nyer hal...




bulan dua lepas saya ada wat entry nih pasal laptop saya yang bermasalah..

bulan tujuh tahun lepas (ngam2 bulan akhir warranty tamat), laptop saya (compaq presario v3500 yang dibeli pada tahun 2008) tidak dapat berfungsi dengan baik..

lampu on button menyala, tapi tak kuar apa-apa.. bila hantar ke HP, katanya motherboard problem.. okey.. nasib baik dalam tempoh warranty so tiada caj dikenakanlah..

then bulan dua lepas.. masalah sama berulang.. memandangkan tempoh warranty dah tamat, so tidak lah saya hantar ke mana-mana untuk dibaiki.. tak wat research pun pasal tu.. bila baca forum skang nih, memang compaq model ini.. yang guna processor AMD selalu bermasalah... cam rugi gak larr masa nak beli dulu tak wat research bebetul..

last week hantar kat kawan along untuk tolong tengokkan.. semalam dak tu kata, tak leh nak repair.. klu nak jugak makan RM1000... hrrmm... seribu ekk.. tambah dua ke tiga rat leh beli netbook baru.. adoi..

tak best lar tak de pc or laptop.. sebab sy suka wat grafik.. edit2 gambar... boring arrr..

nampaknya kene gak cari satu pc jugak.. (sebelum ada komitmen yang benar2 heavy nih bule larrr)


14 Oktober 2010

saya nak beg itu ~ Giveaway

sesaja nak cuba masuk contest.. hehe.. jom..



~ Jadi follower blog Superhero Mama & MZ Collections

~ Copy & paste banner ke entry & sidebar beserta link

~ Tajuk Entry : Saya Nak Beg Itu ~ Giveaway! sahaja

~ Linkkan entry anda ke entry ini

Tamat pada 03/11/2010 (12am)


13 Oktober 2010

sebelum membeli DSLR...


Sebelum anda ingin memiliki sebiji DSLR.. tanya diri anda dulu.. nape nak?

Adakah sebab:
1. kawan-kawan or ramai guna, so anda pun nak guna gak lah…
2. minat nak amik gambar yang cantik2 dan marbeles..
3. saja suka-suka
4. duit lebih tak tau nak wat aper…
5. nak wat bisnes.. jadi fotografer org kawen..
6. dan lain-lain sebab lah kan..

Okey..

Apapun, sebelum anda amik langkah nak beli sebiji DSLR terutamanya cam orang2 yang baru berjinak-jinak ngan DSLR mcm saya.. perkara-perkara ini perlu anda amik kira juga.. ini adalah hasil rumusan daripada pembacaan saya melalui blog-blog, forum dan website review yang ada..

UNTUK APA?
Tanya diri untuk apa.. kalau setakat nak amik gambar cantik, guna kamera kompak (point n shoot) pun dah cantik juga.. klu memang minat dan nak cebur secara serius dalam bidang ini, leh arr labur lebih sket cari kamera yang spesifikasi dan fungsi yang banyak..

BAJET
Bajet penting jugak.. klu ada duit lebih, boleh lah amik kamera yang sesuai di tahap pertengahan atau tinggi terus. Dan biasanya kamera tahap ini antara RM3,000 – RM10,000.. Klu rasa nak berjinak-jinak, bule cari yang bawah RM2,000.. tapi kebanyakkan yang dah lama guna DSLR nih advice amik yang tahap tinggi sket punyer sebabnya bila amik kamera untuk beginner, klu selalu godek2 tak sampai beberapa bulan dah nak upgrade pulak..

Ada pendapat menyatakan, klu amik body yang biasa-biasa pun tak apa yang penting labur kat lense.. dan kamera ada built-in motor..

WAT REVIEW
Ini pun penting juga untuk buat perbandingan spesifikasi kamera yang bersesuaian dengan tujuan dan kehendak kita..

CUBA TRY TEST
Bila dah kenalpasti model2 kamera yang berkenan berdasarkan bajet dan spesifikasi, boleh lah gi mana-mana kedai untuk cuba dan rasa pegang kamera-kamera tersebut.. sebabnya, nak ambil gambar pun keselesaan kita memegang kamera juga penting..

Oklah.. itu jer sedikit sebanyak rumusan yang boleh saya senaraikan.. apapun, terpulang lah pada kehendak kita sebagai pengguna.. jangan sebab ikut trend.. tapi tak reti nak guna sepenuhnya.. kita gak yang rugi nanti..

okey.. untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut, bolehlah baca lagi melalui link-link di bawah ni..

Kamera apa untuk saya?
Nak Beli DSLR (Digital Single Reflex Camera)?
Membeli DSLR
9 Langkah Mudah Memilih Kamera
(TIPS PILIH DSLR) Minat Tapi Tak Tahu Yang Mana Satu
How to Buy a DSLR camera
Mana satu DSLR terbaik?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...