Permulaanku

Daisypath Anniversary tickers

07 September 2010

salam lebaran...


menggosok kebaya nan berwarna warni,
kain berbunga merah menyala;
ceria kurasa raya tahun ini,
hari raya pertama di KJ pula.

malam tujuh likur penuh pelita,
indah menghiasi menambah seri;
salam dihulur maaf dipinta,
dari kami suami isteri.

SELAMAT HARI RAYA
MAAF ZAHIR & BATIN





06 September 2010

nama kampung..


View Larger Map

entry selingan sebelum raya..

baru jer balik dari kg kota pagar hantar ibu mertuweku balik beraye..

sepanjang jalan nak ke parit (dari kg), ada lar beberapa kampung akan dilalui.. antara nama-nama kg yang menarik adalah... kg ekor lambat.. ada satu lagi tu, kat bota kiri.. kg ekor bota.. kg en. mior pun dulunyer dikenali sebagai kg alor kechor.. haaa... menarik kan?

itulah uniknya malaysia.. :)


12 Ogos 2010

salam ramadan..

sudah masuk hari kedua umat Islam menunaikan ibadah puasa.
maknanya, blum terlewat lagi lah nak nak ucap Selamat Menyambut Bulan Ramadan kepada rakan2 yang membaca blog nih..

kepada yang mengenali, ampun dan maaf dipinta seandainya ada keterlanjuran yang tidak disengajakan atau tersengaja dilakukan oleh saya..

Selamat menjalani ibadah di bulan mulia ini.. ;)


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...