Permulaanku

Daisypath Anniversary tickers

17 Januari 2009

my mira



This is my beautiful mira.. masuk nih dah 3 kali dia pregnant.. ingat tak entry aku yang dulu pasal kucing2 aku yang 12 ekor (masa tuh).. laa nih dah tinggal 3 ekor jer sebab yang lain dah mati.. anak2 mira pada kelahiran pertama 2 ekor jer yang idup sampai skrang iaitu pak tam & bella.. anak2 pada kelahiran ke-2, semua mati dah.. yang paling lama idup panda.. tapi baru jer mati last week.. dan yang ketiga nih sedang menunggu hari ler bila nak beranak nyer... maybe this will be the last pregnancy for her.. pasnih aku nak spay dia pulak.. sian dia..



12 Januari 2009

entah...

jari sedang ingin menari menaipkan apa yang ingin dicoretkan diruang siber ini.. tapi minda pula sedang tidak mengizinkan pulak...

lama tak update nih... nak kata bizi, tak juga.. sedang malas kot...

macam banyak benda nak dituliskan.. tapi, rasa cam nak simpan sendiri ajer.. lain kali lah menulis lagi... :)

29 Disember 2008

alhamdulillah...

syukur pada Allah.. majlis pertunangan antara aku dan en.m berlangsung dengan lancarnya semalam..

Majlis bermula selepas zohor.. kira-kira pukul 2:00 petang, rombongan pihak lelaki tiba dengan 9 dulang hantaran.. setelah sesi perbincangan dijalankan, tiba lah pula masa untuk wakil pihak lelaki, iaitu mak en.m untuk menyarungkan cincin ke jari manis ku... satu pengalaman baru untuk aku.. sebabnya, semasa mak en.m masuk, bunga rampai dan air mawar di bawa bersama.. sebelum menyarungkan cincin, air mawar direnjis, bunga rampai ditabur ke arahku... lepas tuh, mak en.m bagi aku duit RM10.00.. pastuh, kakak dia, kakak ipar dia, makcik-makcik dia pun wat benda yang sama lah cam mak dia wat tadi... renjis air mawar & tabur bunga rampai, lepas salam hulur ler duit kat aku sket... memang adat belah perak ghuper itu yek..

makanya, selesai upacara menyarung cincin, aku telah menjadi tunangan orang ler pulak... insyaAllah, majlis pernikahan dijangka pada hujung Mei tahun 2009...

macam mimpi pulak.. tak sangka, akhirnya saat-saat ini kulalui jua.. sekarang, aku perlu persiapkan diri & minda untuk melangkah ke fasa kehidupan yang seterusnya... selepas nih, lebih besar tanggungjawab and banyak pihak yang perlu dijagai hatinya...

semoga ikatan ini akan terus berkekalan hingga ke akhirnya... aminn..

untuk melihat gambar-gambar yang tak seberapa, sudi-sudikanlah lawat fotopages aku kat sini.

the ring
cincin itu


to anor, tq 4 preparing d hantaran... to along n kak liza, tq sponsor air & buah-buahan... to alin, tq sebab bg pinjam bilik & tenaga arr (kene gi kedai & macam2 laa..) tq gak to my other sibling cam abg joey, ina, amy, aman & kak zizah jugak... tq gak untuk makndak d chef.. eventhough dia tak baca, tak kisah ler.. tq gak pada pakcik2 & makcik2 ku yang telah membantu melancarkan majlis pertunanganku ini..

to kak zura & cik sumi, tqvm for coming.. yang lain-lain tak dapat datang sebab balik kampung & terikat ngan komitmen lain.. aku pun tak jemput ramai... pada kawan-kawan yang aku tak sempat nak jemput, maaf banyak-banyak... majlis kecil-kecilan ajer... kenduri kawen nanti, insyaAllah, semua akan ku undang... :)

Btw, salam Maal Hijrah untuk semua..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...