07 Oktober 2014
Kitar semula baju kurung
Projek malam ni... baru je selesai kitar semula baju kurung ni jadi dress... comel je... hehe...
so, kalau kain baju kurung anda rosak.. koyak... atau ketat.. jangan buang terus... kitar semula jadi cam ni.. leh wat pakai jalan-jalan... ;-)
09 Ogos 2014
ummaland for muslims..
assalamualaikum...
jom beralih ke laman sosial ummaland.com.. form ummah to ummah...
08 Ogos 2014
UshaTalk ganti Facebook
Salam Aidil Fitri untuk semua yang singgah sini..
Nak share satu link baru. katanya dari Malaysia.. UshaTalk.
Jom join dan bagi sokongan. :)
28 Jun 2014
21 Februari 2014
Tips dan teknik menjahit lipatan baju
Dalam menjahit jubah atau dress, kelemahan saya adalah menjahit lipatan bawah baju.. cam tak berapa nak kemas.
Makanya, saya telah mencari beberapa tips daripada Pakcik Google dan terjumpa beberapa tips yang dikongsi bloggers luar negara.. Antaranya :
1. Sew Mama Sew - Tips and Techniques for Hem
2. Scientific Seam Stress - siap ada folding template free. Boleh download kat sini.
11 Februari 2014
tempahan tudung labuh satin
selesai siapkan tempahan tudung labuh satin untuk pengantin. sekali dengan purdahnya. cantik tak? tempahan dibuka sepanjang masa.. ;-)
material - satin vera
03 Februari 2014
seronoknya menjahit
semakin kita dapat ilmu baru.. semakin kita berlatih.. berjaya menjahit dengan teknik baru... keseronokkannya sangat terasa..
berjaya cuba jahit zip sorok untuk dress anak buah.. excited.. ;-)
28 Januari 2014
jahit tudung labuh
assalamualaikum..
insyaAllah awal bulan mac nanti kakak saya buat kenduri sambut menantu.. menantu perempuan dari anak lelakinya yang kedua..
menantunya minta saya tolong jahitkan tudung labuh..
ini cubaan kedua setelah yang pertama tak berjaya.. salah potong kain... buat rugi kain je..
setelah cari video di youtube saya cuba potong yang ini..
pengantin nak yang super labuh.. setelah dipotong dan jahit sembat sementara, mak teh test dulu..
labuh nya kan? semoga pengantin suka.. nanti nak jahit manik kot di sekeliling tudung..
lepas ni nak jahit purdah juga.. nanti ada peluang saya kongsi gambarnya..
wassalam..
16 Januari 2014
Hasil jahitan empire cut dress dan jubah A cut
Alhamdulillah syukur pada Allah atas kesempatan yang diberikan untuk menulis hari ini.
Tiada yang menarik. Cuma nak berkongsi hasil kerja tangan saya dalam bidang yang semakin serius diceburi ini.. Menjahit jubah dan dress.. ;-)
Alhamdulillah.. Syukur.. Gambar pertama di bawah ini adalah cubaan kedua menjahit empire cut dress.. Hasilnya lebih baik daripada cubaan pertama kali dulu. Sebabnya yang pertama tu ada silap potong di bahagian belakang baju.. Hasilnya kurang memuaskan hati. Makanya baju yang kurang menjadi di pakai ketika di rumah atau ke kedai saja.
Gambar yang kedua tu tempahan jubah A cut oleh seorang rakan. Kain yang siap bersulam gini mencabar juga untuk dipotong terutamanya pada bahagian lengan. Masih banyak yang perlu saya tingkatkan. Namun saya harap semoga rakan saya berasa selesa memakainya..
Ok.. Sekian dulu untuk masa ini..
Jumpa lagi.. InsyaAllah..
Empire Cut Dress |
06 Januari 2014
Cabaran menabung duit hijau
Assalamualaikum.
Hari ini nak mula sahut cabaran menabung duit hijau aka RM5.00... Seperti cadangan Pakdi..
Setiap duit hijau yang kita jumpa, simpan dlm tabung. Nanti hujung tahun kira.
Mampu ke tak ni? Cuba dulu..
Ok.
Rawatan Kesuburan
InsyaAllah..
Tahun ini berhajat untuk mendapatkan rawatan. Semoga diberi kekuatan untuk meneruskan hajat yang sekian lama tertangguh ini.
Permudahkanlah Ya Allah.. Amin.
05 Januari 2014
Alat untuk buat tali butang
Assalamualaikum...
Saja nak tunjuk gambar alat ni. Sy belum pernah guna lagi. Sebelum ni buat manual je jahit kat luar cam gambar yang baju mustard tu. Tak kemas.
Adanya alat ni akan memudahkan lagi urusan untuk membuat tali butang. Nama apa ntah alat ni.
Saya beli di kedai barangan jahitan di puchong perdana. Rm5.80 saja.
Tu je.
Wassalam.
04 Januari 2014
Stylish dress book
Salam tahun 2014..
Just nak kongsi buku baru beli tadi : stylish dress book by yoshiko tsukiori...
Boleh up skill jahit macam-macam dress.. InsyaAllah...
Ada free pattern sekali..
Ok. Tu je.