kisah 1: spaghetti daging lada hitam

bahan-bahan:
spaghetti - rebus dengan sedikit minyak dan garam
daging cincang
bawang merah - potong dadu
sos lada hitam
cara membuatnya:
1. tumiskan bawang dengan daging sampai daging masak..
2. masukkan sos lada hitam (ikut citarasa lar nak banyak mana yer). kacau..
3. masukkan sedikit garam. kacau..
4. masukkan spaghetti yang dah direbus tadi.. kacau..
5. nak ada rasa italian sket, tambah ler daun origano.. kacau..
6. siap untuk dihidangkan.. (klu ada minyak zaiton, leh tuang sket bagi spaghetti nih cam basah2 sket, kan? baru lebih menarik..)
kisah 2:
spaghetti bolognese

ini pulak masaknya sempena majlis kesyukuran @ makan-makan ngan kawan2 :
i. belated besday kak nor
ii. kham dah balik mesia
iii. ellie dapat tanggung kerja ke gred 48

ada KFC ngan kek.. meriah..

bahan-bahan:
spaghetti - rebus dengan sedikit minyak dan garam
sos spaghetti kimball
tomato sup
cendawan butang - hiris
bawang besar (kuning) - potong dadu
daging cincang
cara membuatnya:
1. tumiskan bawang dengan mentega sket.
2. bila dah naik bau, masukkan daging cincang.. kacau..
3. masukkan segala sos.. kacau.. biar sampai didih..
4. masukkan cendawan butang.. kacau..
5. sedia untuk dihidangkan..