sabtu 21 hb lepas, ibu mertuwe ku datang tido umah.. sebelum tuh kami ke kedai makan kat tasik biru tu.. makan steambot bbq.. memulenye kata bayar sendri2.. last2 adik iparku yg belanjer.. tq cik mis..
ok.. so, hr ahad 22hb tu.. en. m bawak lah mak & anak buah dia si farah gi jenjalan.. memule kami gi nilai 2 dulu.. sesaja cuci mata tengok karpet & kain.. aku pun beli gak ler kain murah sepasang.. lepas ler wat baju keje..
pehtuh, kitorang gi lar putrajaya.. singgah solat zohor di masjid besi..
masjid besi, yang kini dikenali nama sebagai Masjid Tuanku Zainal Abidin terletak di precint 3 putrajaya..
masjid ini dikatakan mempunyai keluasan sekali ganda berbanding masjid putra, putrajaya.
yang menariknya tentang masjid ini ialah terdapatnya kolam air disekeliling ruang solat di tingkat 2.

pandangan dari jauh


ruang solat yang terbuka
Masjid ini direka berdasarkan 3 konsep iaitu angin, sederhana dan telus. Kira-kira 6,000 tan keluli digunakan bagi pembinaan tersebut yang mewakili kira-kira 70% manakala selebihnya adalah konkrit. (sumber : http://ms.wikipedia.org/wiki/Masjid_Besi)

reka bentuk dalaman yang menarik


kubah dari dalam

ruang mimbar
Pembinaan dinding mihrab yang diperbuat daripada panel kaca setinggi kira-kira 13 m juga diimport dari Jerman yang terukir 2 baris ayat dari Surah Al-Baqarah pada bahagian kanan dan Surah Ibrahim di sebelah kiri. Uniknya, dinding mihrab ini tidak memantulkan kesan dari pancaran sebarang cahaya atau lampu menjadikan ukiran kaligrafi ayat suci berkenaan yang berwarna keemasan itu kelihatan jelas dan seolah-olah terapung di udara. Bahagian tepi bumbungnya sepanjang 40 kaki pula mampu mengelakkan jemaah yang bersolat di luar dewan solat utama terkena tempias hujan. (sumber : http://ms.wikipedia.org/wiki/Masjid_Besi)

bilik wudhu'


aku, ibu mertua dan farah

salah satu pintu masuk sisi

masjid nih masih tidak siap sepenuhnya..
Masjid Besi mempunyai keistimewaan yang tersendiri antaranya tiada kipas ataupun alat penyaman udara di dalamnya, sebaliknya menggunakan gas penyejuk (gas district cooling atau GDC). Selain itu, masjid ini turut menggunakan Seni Bina Jaringan Wayar (Architectual Wire Mesh) atau Anyaman Masyrabiah yang diimport dari Jerman dan China (turut dipasang pada Stadium BernabĂ©u di dan perpustakaan negara Perancis yang dikenali Bibliothèque nationale de France yang terletak di Paris. Pintu gerbang masuk juga menggunakan konkrit bertetulang kaca (GRC) bagi mempertingkat integriti sesebuah struktur serta kaca hablur bagi menjadikan masjid kelihatan berwarna putih dari jauh. Apabila siap kelak, perjalanan menuju ke masjid akan menyeberangi sebuah jejantas yang menghubungkan Dataran Putrajaya ke kawasan masjid ini yang dikenali sebagai Kiblat Walk seluas 13,639 m². Jejantas ini dihiasi dengan kolam air seolah-olah berada di kawasan kota istana purba Alhambra. Hiasan dalamannya dilatari ukiran Asma Ul Husna menggunakan tulisan kaligrafi dari jenis Khat Thuluth. Pintu utama menuju ke ruang solat utama terukir ayat suci al-Quran dari Surah Al-Israa’ayat ke-80. (sumber : http://ms.wikipedia.org/wiki/Masjid_Besi)