Permulaanku

Daisypath Anniversary tickers

03 Mei 2023

Coretan buat teman

Allah lebih menyayangimu wahai sang sahabat. Aku ralat. Aku bukan sahabat yang baik. Maafkan aku...

Zaman berganti zaman...
Amanat Allah itu tetap kekal melalui Al-Quran dan SunnahNya.
Hatta, zaman berubah ke pelbagai era,
Apa yang tersurat dan tersirat,
Rahsia Allah terus menjadi rahsia hingga akhir dunia.
Ingatlah kita ini di dunia nan sementara...
Zaman berganti zaman,
Akan tetap dipanggil jua kita bila tiba masanya.


Ini coretan manusia pendosa.
Sementara bernyawa, janganlah leka.
Manakan tau selama mana jangka hayat kita...
Alangkah bertuah dipanggil Tuhan saat bersedia.
Ingatlah kita di dunia sementara,
Lazimkanlah yang utama buat bekalan di akhirat sana...


Ana Farha
02052023


Dalam kenangan...
Zahariza binti Ismail 
2.9.1977 - 30.5.2023
"Ya Allah, ampunilah, rahmatilah, bebaskanlah dan lepaskanlah dia. Dan muliakanlah tempat tinggalnya, luaskanlah dia. Dan muliakanlah tempat tinggalnya, luaskanlah jalan masuknya, cucilah dia dengan air yang jernih lagi sejuk, dan bersihkanlah dia dari segala kesalahan bagaikan baju putih yang bersih dari kotoran, dan gantilan rumahnya dengan rumah yang lebih baik daripada yang ditinggalkannya, dan keluarga yang lebih baik, dari yang ditinggalkan, serta suami yang lebih baik dari yang ditinggalkannya pula. Masukkanlah dia ke dalam surga, dan lindungilah dari siksanya kubur serta fitnah nya, dan dari siksa api neraka."

16 Mac 2018

Itinerary Jepun 8 hari - Kansai + Hiroshima + Okayama

 Assalamualaikum.

Alhamdulillah, rezeki Allah bagi tahun ni berpeluang menjejaki Jepun sekali lagi. Kali ini ke wilayah Kansai dan Chugoku.

Secara ringkas, ini itinerary yang saya DIY mengikut lokasi yang hendak dilawati.

Ada tempat / aktiviti yang dirancang tetapi tidak dapat dilaksanakan atas sebab kekangan masa dan ahli rombongan yang tidak berminat nak buat..

Hari 0 - 2 Mac 2018 
  • KLIA - KIX - MH0052 (22:40)

Hari 1 - 3 Mac 2018 - activate 5 Days Kansai Hiroshima Area Pass
  • KIX - Tennoji - Shinimamiya (simpan lugagge dalam locker di stesen Shinimamiya)
  • Arashiyama Bamboo Groove
  • Fushimi Inari
  • Check-in apartment di Shinimamiya
  • Malam - Dotombori
Arashiyama Bamboo Groove

Fushimi Inari

Glicoman @ Dotombori

Hari 2 - 4 Mac 2018 - Kansai Hiroshima Area Pass
  • Hakodateyama Ski Resort
  • Kyoto Tower
  • Gion, Kyoto 
Hakodateyama




Tokyo Tower



Gion



Hari 3 - 5 Mac 2018 - Kansai Hiroshima Area Pass
  • Himeji - Himeji Castle
  • Kobe
Himeji Castle




Kobe Tower



Hari 4 - 6 Mac 2018 - Kansai Hiroshima Area Pass
  • Hiroshima 
  • Miyajima Island
  • Peace Memorial Park 
  • Malam - Nipponbashi
Miyajima Island




A-Bomb Dome



Hari 5 - 7 Mac 2018 - Kansai Hiroshima Area Pass
  • Okayama
  • Kurashiki Canal Area
  • Kojima Jeans Street
  • Malam - Shinsaibashi
Momotaro Statue


Kurashiki Canal



Kojima Jeans Street



 Hari 6 - 8 Mac 2018 - guna 2 Days Osaka Amazing Pass
  • Osaka Castle
  • Tsutenkaku Tower
  • Universal City
  • Tempozan Ferris Wheel
  • Malam - Dotombori
Osaka Castle

Tsutenkaku Tower
Universal Studio

Tempozan Ferris Wheel


Hari 7 - 9 Mac 2018 - guna 2 Days Osaka Amazing Pass
  • Osaka Museum House and Living
  • Walk along Tenjinbashisuji
  • Umeda Sky Building
  • Malam - Shinsaibashi
Osaka Museum House & Living


Umeda Sky Building


Hari 8 - 10 Mac 2018 - guna IC card (macam card touch n go)
  • Check-out
  • Nara
  • bermalam di Aeroplaza Area, Kansai International Airport
Nara Deer Park


Hari 9 - 11 Mac 2018
  • KIX - KUL MH0053 (09:55)
Untuk itinerary beserta bajet boleh download di SINI.

Coretan penuh perjalanan kalau berkesempatan akan saya kongsikan nanti.

14 November 2017

"Bila nak mengandung?"

Assalamualaikum...

Pic source: google
Separuh daripada hari ini merupakan hari yang basah.. Apa yang basah? Hujan dari pagi.. Tapi, tidaklah hatiku pun basah seperti hari ini..

Hari ini, aku terpaksa ambil cuti.. En. Miorku demam.. Kalau dia demam, memang aku terpaksa ambil cuti untuk bawa ke klinik & jaga makan minum dia.. Kebiasannya kalau demam, memang En. Mior nak aku ada disamping dia.. nak bermanja-manja lah tu!

Motif entry kali ini bukan nak cerita pasal tu pun.. Malam ini aku ada perasaan sentimental sikit.. Teringat pertanyaan seorang Mak Aji beberapa hari lepas kat aku.. Tanya bila aku nak mengandung... Kalau ikut hati, nak je aku lempang Mak Aji tu sampai meninggal.. haha.. Nasib lah kau lagi tua dari aku Mak Aji.. Aku cuma jawab "belum rezeki lagilah.."

Aku tak kisah pun orang nak tanya pasal hal ni.. Tapi sebelum tanya hal-hal yang diluar bidang kuasa manusia tu, fikir-fikirlah dulu.. Adakah hal-hal kehamilan terletak di tangan manusia? Itu kan kerja Allah, apa yang berlaku atas izin Allah.. Kalau Allah kata hamil, maka akan hamillah seseorang perempuan itu.. Sama ada dengan nikah atau tidak..

Aku rasa, aku jarang sangat kot nak bercerita sangat pasal kehamilan dalam blog ni.. Tapi hari ini, tetiba macam nak  menulis tentang itu. Pada aku, sifat kesempurnaan seseorang wanita itu adalah apabila wanita itu mampu untuk mengandung..

Aku dan En. Miorku telah 8 tahun berkahwin. Alhamdulillah, isu kehamilan bukanlah isu yang selalu dibangkitkan dalam keluarga kami.. Syukur.. Pada kami jua, isu tidak punya zuriat bukanlah isu yang meng'stress'kan..

"Kau tak usaha ke?"
Aku ada usaha berjumpa dengan Dr. Memang aku ada sedikit masalah. Namun, Dr. tidak kata yang aku tidak boleh hamil.. Cuma, belum rezeki aku untuk merasai alam itu.. Syukur.. Aku tetap harus bersyukur.

Aku amat bersyukur akan rezeki lain yang telah Allah kurniakan buat aku dan En. Miorku.. Walaupun Allah tidak berikan kami rezeki zuriat, Allah telah banyak.. Sangat banyak.. Memberikan kami rezeki lain yang sungguh bermakna...

Allah telah memberi aku peluang untuk menjaga Abah sampai ke akhir hayatnya (walaupun masa abah menghembuskan nafasnya yang terakhir, aku tak sempat berada disisinya..) Mungkin kalau aku ada anak, aku tak berpeluang nak menjaga abah sebaiknya..

Apapun, matlamat aku buat masa ini adalah menghabiskan pengajianku yang masih berbaki setahun lagi. Mudah-mudahan Allah permudahkan urusan ku kali ini.

Sesungguhnya, tiada yang lebih baik selain daripada perancangan Allah buat diriku dan En. Miorku.. Apapun yang akan datang, aku redha dan tetap bersyukur atas kurniaannya..

Doakanlah aku.. Moga segala urusanku dalam apa jua yang ku lalui dipermudahkan olehNya..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...