Permulaanku

Daisypath Anniversary tickers

30 Disember 2013

Jahit piping pada leher baju

Assalamualaikum..

Cerita pasal jahit menjahit lagi.. Habis lah caca marba blog ni tak ada niche khusus.. Suka-suka hati nak tulis apa je..

Memandangkan sekarang ni tengah membuak-buak semangat nak menjahit makanya entri beberapa siri ini adalah tentang jahitan sesaja.. Huhu..

Oklah. Saja nak cerita kisah pembelajaran sendiri saya dalam cubaan menjahit piping pada leher baju..

Cara 1 seperti dalam gambar saya jahit dulu hujung piping di sebelah luar kemudian lipat ke dalam dan jahit. Yang mana cara ini adalah silap.. Sepatutnya jahit di sebelah dalam dulu kemudian lipat dan jahit di sebelah luar..



Cara 2 tu jahit dengan cara lipat dua piping dan jahit serentak dari sebelah luar. Nampak kemas sikitkan dari cara 1 tadi.


Seterusnya saya google kaedah lain untuk jahit piping. Dan blog rujukan saya ini adalah dari blog madam azra - azrafashion.blogspot.com (update guna hp ni.. X leh nak link hehe..)

Cubaan 1 kurang kemas sebab ada step yang saya tak dapat tangkap..



Tak puas hati.. saya cuba lagi seperti di gambar cubaan 2.. Baru nampak kemas sikit, kan..


 Gitulah aktiviti menjahit ni. Untuk mendapatkan hasil yang memuaskan perlu banyakkan latihan.. InsyaAllah akan menjadi hasilnya..

Ok. Sekian untuk kali ini. Terima kasih sudi baca.

Ma'assalamah..

25 Disember 2013

Plus size blouse

Assalamualaikum..
Hurm.. Hari ini seharian duduk di rumah.. Maklum hari cuti umum. Makanya waktu yang ada dihabiskan untuk menjahit blouse yang ditempah oleh adik saya..
Potongan untuk blause ini saya buat yang mudah punya.. Maksudnya tidak potong di bahagian lengan..
Masalahnya kalau buat piping pada leher bulat yang tak ada potongan di bahu agak sukar juga. Piping akan jadi tidak kemas.. Akan nampak garisan potongan piping..
Misalnya macam gambar baju ungu di bawah ini.. Memang lari dari teknik yang betul.. Hentam kromo saja dari lehernya.. Begitu juga sambungan tangannya.. Huhu.. Dah siap dijahit baru cari teknik yang betul..
Tak apalah.. Saya masih belajar lagi ni.. Perlu banyakkan latihan.. Doakan semoga saya berjaya ye..
Ok lah cukup untuk hari ini.. Jumpa lagi.. Maassalamah...

14 Disember 2013

Kempen menutup aurat dengan sempurna

Assalamualaikum.
Untuk rakan pembaca yang berdekatan juga kepada rakan pembaca yang ingin menghulurkan sumbangan..

kempen ini akan diadakan secara serentak di seluruh malaysia pada 28 disember 2013.

saya tidak dapat turut serta. semoga usaha murni adik-adik ini akan berjaya dan diberkati olehNya.

syabas.

11 Disember 2013

e-mel Koleksi Soalan KPSL N41

Assalamualaikum. Ramai juga yang e-mel mahukan koleksi soalan KPSL N41. Untuk makluman, koleksi soalan yang saya ada hanya dari tahun 2010 hingga 2012 sahaja. Kepada yang masih belum menerima softcopy, harap bersabar dulu ye.. sebabnya, saya sedang trace balik mana saya simpan softcopy tu. Dah ada nanti, insyaAllah saya e-mel semua ye. Untuk soalan N27, saya ada yang hardcopy sahaja. tidak sempat nak salin semula untuk dikongsi.. ada kesempatan saya usahakan nanti.. Dengan izin Allah. Sekian dulu. Cuti-cuti Selangor. 11.12.13

03 Disember 2013

Projek DIY : shawl panjang

Assalamualaikum.

Lama saya tidak menjengah ke mari. Kesian blog saya tidak berupdate.

Bagi menambah seri blog yang suam suam kuku ni.. Saya upload sikit aktiviti malam ni.

Rasa macam dah lama tidak pegang mesin jahit.. Makanya malam ni saya kumbah balik kain perca yang ada. Ada beberapa kain lebihan dari kain jubah untuk emak hari tu.

Makanya, dipotong-potong untuk dijadikan shawl panjang. Cukup 2 meter..

Tapi tak disiapkan malam ini. Nak sambung esok.. Hehe..

Semoga esok masih ada untukku. Amin.

30 Oktober 2013

Kongsi : Khasiat Garam

Assalamualaikum.

Saya kongsikan status salah seorang rakan di FB tentang khasiat sebenar garam. Semoga bermanfaat pada semua.

"Fakta: KHASIAT GARAM

Kita disogok dengan fakta palsu." Ambil garam lebih boleh kena penyakit darah tinggi... ni protokol yahudi."

Back to cara hidup nabi... Sebelum makan nabi letak secubit garam di lidah untuk elak santau dan tapis makanan yg akan di makan ...

Sampai di tempat baru...nabi ambil garam dahulu untuk sesuaikan hormon tubuh di tempat baru...
Untuk ubat penyakit rohani, air perlu di campur garam terutama untuk ubati sihir dan santau ...kenapa?

Allah cipta garam adalah sebagai penarik toksid/asid/racun dalam darah atau tubuh dan juga penarik unsur-unsur negatif (pengamalan darus syifa' untuk bersih rumah atau pagar rumah perlu tabur garam di sekeliling rumah. Garam juga unsur yang boleh imbangkan balik sistem tubuh kita ...ini sunnah Nabi...

Tapi garam boleh jadi rosak apabila dimasak atau bertindak balas dengan suhu tinggi/panas. Maksudnya kalau hendak masak, guna garam bukit dan jangan bubuh garam semasa makanan gelegak atas dapur. Tutup api dan biar suhu turun dahulu baru letak garam. Kita panggil "bubuh garam atas darat" macam orang Arab lakukan. Letak garam semasa hendak makan.

Mengapa? Garam mengandungi sodium dan potassium. Tubuh perlu potassium lebih. Kalau panas, garam hanya tinggal sodium.Potassium akan rosak dalam suhu panas. Oleh kerana tu boleh terkena darah tinggi."


21 Oktober 2013

DIY : membuat pola jubah

Assalamualaikum.




Saya mula didedahkan dengan dunia jahitan sejak di sekolah menengah rendah lagi. Al maklumlah, dulu ambil Kemahiran Hidup Pilihan C - Ekonomi Rumah Tangga.. Kami diajar asas jahitan, asas masakan dan asas pertukangan. Tak ingat pula dulu cikgu ajar menjahit buat pola ke tak.. Pastinya yang saya ingat, dulu-dulu kami belajar menjahit apron, tuala lap tangan dan skirt.

Untuk up lagi skill, terutama untuk beginners, adalah penting sebelum kita belajar memotong pakaian, kita belajar untuk membuat pola baju.

Saya tiada formal education dalam jahitan iaitu pergi menghadiri kelas khusus. Tapi saya bertuah sebab saya didedahkan dengan jahitan terutama menggunakan mesin jahit sebab kakak saya yatie atiqa seorang yang pandai menjahit. Banyak saya belajar daripada beliau. Baju kurung pertama yang saya jahit pun beliau yang ajar.

Untuk belajar membuat pola, ada dua blog yang saya rujuk ketika ini iaitu :



Setakat ini Alhamdulillah ilmu yang dikongsikan mudah untuk difahami. Kepada rakan pembaca yang ingin mencuba membuat pola baju sendiri, bolehlah jenguk-jenguk ke blog mereka.


pola jubah abaya

Selamat membuat pola!

19 Oktober 2013

DIY : Menjahit abaya sendiri

Assalamualaikum.


jahit tepi jubah abaya brother 3034d
menjahit tepi abaya yang sudah dipotong

Sejak dua tahun kebelakangan ini, saya semakin selesa memakai abaya/jubah dan menjadikan abaya sebagai pakaian sehari harian..

Ada antara abaya yang saya miliki, saya beli secara online di Abaya Sifu. Kenapa saya beli di Abaya Sifu? Sebab harga abayanya berpatutan, selesa dan potongan abaya yang mengikut syariat. Setakat ini sudah tiga pasang abaya saya beli dari abaya sifu.

Atas dasar minat yang semakin mendalam untuk memakai abaya sepanjang masa, saya mula mengasah kemahiran menjahit yang ala-ala sendu itu dengan mengambil langkah membeli sebuah mesin jahit secara pakej dengan mesin jahit tepi. Drastik je.

Maka, dengan berbekalkan pola yang dibeli daripada Abaya Sifu, saya berjaya menjahit abaya pertama saya. Alhamdulillah.

abaya pertama pola abayasifu


Untuk makluman rakan pembaca, Abaya Sifu juga turut menyediakan video teknik menggunting kain berdasarkan pola abaya yang disediakan.




Mudah saja menjahit abaya sendiri. Kepada rakan pembaca yang berhajat untuk menjahit abaya anda sendiri, bolehlah hubungi Abaya Sifu untuk mendapatkan pola ekspres.


Selamat menjahit!

update : klu nak cara buat pola ni boleh emel saya k. 

16 Oktober 2013

Salam Aidiladha 1434H

Assalamualaikum.

Alhamdulillah syukur Allah atas kesempatan yang Kau berikan buatku dan seluruh umatMu hari ini.

Masih tidak terlewat untuk ku ucapkan Salam Aidiladha buat semua pembaca muslimin dan muslimat. Hari Raya Aidiladha kita sambut tiga hari kita, kan..? Aidil Fitri je yang patutnya disambut sehari... bukan sebulan.. ehh..


aidiladha haji korban qurban


14 Oktober 2013

Puasa Sunat Hari Arafah

Assalamualaikum.

Alhamdulillah dengan izin Allah, dapat kita bertemu dengan 9 Zulhijjah 1434 hari ini. Kepada rakan blogger yang berpuasa sunat hari ini, selamat menunaikan ibadah puasa. Semoga ibadah yang dilaksanakan ini mendapat keberkatanNya dan diampunkan dosa-dosa kita. Amin.

padang arafah jabal rahmah haji umrah

07 Oktober 2013

Ku kembali : Malam di Masjid Besi

Assalamualaikum...

Cuci mata di malam hari..



Captured with Sony NEX-3n

08 April 2013

Berhenti menulis di sini..

Assalamualaikum..

Buat masa ini.. Saya mengambil keputusan untuk tidak menulis di blog ana farha lagi..

Terima kasih kepada semua pembaca yang sudi singgah.. Saya mohon maaf kepada semua andai ada entry yang ditulis, dengan sengaja atau tidak telah menyakiti anda semua.

Kalau mungkin ada yang ingin bertanya apa-apa melalui emel, silakan. Insyaallah akan dibalas..

Sekian, wassalam..

03 April 2013

Parlimen sudah dibubarkan.

Assalamualaikum.

Dengan rasminya pg td PM dah umumkan pembubaran parlimen malaysia. Parlimen sudah dibubarkan.

Makanya apabila parlimen dibubarkan, suatu pilihanraya umum hendaklah diadakan dalam tempoh 60 hari dari tarikh pembubaran itu..

Harapnya pilihanraya diadakan selepas hujung bulan April. Risau sy klu diadakan pd 20 atau 21.. Rosak plan nak berjimba-jimba ke seberang laut nanti.

Apapun sy tidak sabar untuk mengundi. Kali ini kali ke-3 sy akan mengundi. Anda bagaimana? Jangan lupa lunaskan tanggungjawab anda.

28 Mac 2013

Jagalah... Kawallah...

Ana farha,
Jagalah mulutmu dari berkata perkara-perkara yang tidak baik...
Jagalah jarimu dari menulis hal-hal yang tidak membawa kebaikan..

Ana farha,
Kawallah fikiranmu juga jemarimu tatkala kamu menulis di blog ini, di facebook, di twitter atau di mana-mana media sosial yang kau punya akaunnya.
Kerana mungkin apa yang jarimu taip itu bisa menyentuh hati dan emosi mereka yang kau kenali atau tidak kenali..
Pada kamu ia mungkin menggembirakan tetapi pada orang lain ia mungkin menyedihkan..

Ana farha,
Jika mungkin kau ingin menulis juga di laman sosial itu, tulislah akan perkataan yang baik-baik..
Kongsikanlah perkara-perkara yang bermanfaat buat pembacamu..
Usah kau dedahkan apa yang sewajarnya di sulitkan..
Usah kau paparkan apa yang bisa mengaibkan..

Ana farha,
Kawallah jarimu daripada memuatnaik gambar-gambar yang bisa mendedahkan auratmu.
Janganlah kau paparkan aurat yang seharusnya kau lindungi daripada dilihat oleh mata-mata yang bukan mahrammu..

Sekian untuk kali ini..
pesanan dariku buat peringatanku..

26 Mac 2013

gaya tudung rita rudaini 2 - Sehangat asmara

Assalamualaikum..
Ada entry kedua pulak pasal gaya tudung kay @ rita rudaini dalam sehangat asmara.. Rupanya rita ada post tutorial dlm instagram.. Sy tak follow so tak tau lar..
Mungkin ada yang tercari-cari cara pakai tudung tu, caption shawl tutorial oleh rita rudaini adalah seperti gambar di bawah.

Untuk para muslimah yang sewajibnya bertudung ikut syariat, adjust lah tudung anda tu nanti supaya menutup bhgn dada ok. Dan baju jangan ketat-ketat tau! Tak elok! Kerana dirimu begitu berharga.
Jaga diri!


Contoh soalan kpsl n41

Assalamualaikum.
Ramai tak nak contoh soalan kpsl gred n41? Ce angkat kibod sape nak tu.. Hehe..



K lah. Klu ada yang nak, tinggalkan emel kat komen bwh ye. Insyaallah klu sy selesai wat kompilasi contoh soalan tahun2 yg sy amik examnya tu nanti sy emel ye.
Sekian.
Slmt mlm..

UPDATE:

untuk tips menjawab soalan KPSL, tak kiralah N27 ke atau N41, boleh klik SINI

12 Mac 2013

khasiat sebenar tentang buah zuriat

Assalamualaikum.



Hari tu saya ada google tentang beberapa hal berkaitan TTC (Trying to Conceive). Pastu terjumpa blog yang tulis tentang khasiat sebenar buah zuriat yang di cari-cari oleh isteri-isteri yang berusaha untuk hamil. tapi saya tak ingat pulak blog siapa sebab browse dekat ofis.

Kemudian, dua tiga hari lepas saya jumpalah blog budakcomot @ NailahAzman yang menceritakan tentang buah zuriat yang sebenar-benarnya bukan untuk kesuburan.. Entry tu boleh baca dekat SINI.


print screen komen pembaca di blog Nailah

 Bak kata Nailah, terpulanglah pada anda hendak percaya atau tidak apa yang ditulis..


Tak apa lah.. Kepada rakan-rakan pembaca yang masih berusaha untuk hamil (macam saya), cubalah kita usaha cara lain yang banyak dikongsikan oleh ibu-ibu yang berjaya TTC setelah berusaha bermacam-macam cara untuk hamil. Yang pasti, doa jangan putus... InsyaAllah, dengan izin Allah pasti ada rezeki untuk kita. Amin.

Research berkaitan Doum Fruit - Academic Journals


10 Mac 2013

gaya tudung rita rudaini - sehangat asmara

Assalamualaikum.

Hampir seharian duduk di rumah saja hari ini. Kejap lagi nak ke Kelana Jaya pula. Ada acara makan-makan sempena sambutan Hari Lahir yang ke 16 anak buah saya, Puteri Nur Zahirah.

Sebelum tu, mari post satu entri. hehe.



Saja nak bagitau, saya suka tengok rita rudaini bertudung dalam Sehangat Asmara. Dah orangnya cantik, bila bertudung bertambah cantiklah, kan? Gaya shawl yang dipakainya kemas. Tapi, malangnya, konsep bertudung tu ada kurangnya - shawl itu tidak labuh menutup dada. Hurmm.. yelah, mereka kan hanya melakonkan watak saja.. tapi walaupun untuk tujuan lakonan, kalau nak pakai tudung, pakailah mengikut apa yang sepatutnya.. mudah-mudahan, perkara yang wajib itu, akan dipakai terus di luar lakonan.. ;)


Cer kalau gaya shawl macam rita rudaini tu dibuat versi labuh sket, mesti lebih cantik dan comel.. kan? 





09 Mac 2013

Malam


Malam.
Kau gelap.
Kau pekat.
Kau hangat.

Hadirmu melenakanku.
Yang terus gagal untuk bertahan.
Pada waktu sepertigamu.
Untuk ku abadikan detik itu.
Untuk bertemu Dia, Penciptaku.

Malam.
Jangan kau pergi.
Tanpa membiarkan aku.
Berjaga.
Untukku bersujud.
Kepada Yang Maha Esa.

AF
BSP
090313, 1557




24 Februari 2013

walau hanya seekor kucing

Assalamualaikum.

Saya memang berhasrat nak tulis tentang seekor kucing jantan yang asalnya datang bertandang ke rumah kami dengan ibunya tatkala ia baru berusia lima bulan. Saya gelarkannya chembey.. yang asalnya dari perkataan orang perak - chemei. Sebabnya, mata sebelah kiri chembey macam ada selaput, yang mungkin menyebabkannya rabun. En. Miorku kata chemei tu macam rabun.

Setiap kali chembey datang singgah ke rumah, saya akan pastikan akan ada makanan untuk dia dan ibunya. Lebih kurang dua tiga minggu jugalah macam tu. Tapi kami hanya benarkan chembey saja yang masuk rumah. Ibu dia kami bagi sampai dekat tangga atau kat depan pintu je. haha.

Pernah satu ketika, chembey tidak datang bersama ibunya yang sedang hamil lagi tu. Selang beberapa hari kehilangannya, ia muncul kembali. Tetapi sendirian. Sejak itu chembey kerap berada di rumah. Bebas keluar masuk rumah kami. Biasanya malam sabtu (kalau saya tak tidur di KJ) dan malam ahad, kami akan beradu di ruang tamu depan tivi. Pintu sliding ruang tamu sengaja dibukakan sedikit untuk memudahkan chembey untuk keluar masuk.. Membolehkannya tidur bersama-sama kami.

Seminggu yang lalu, chembey kurang selera makan. Biskut kucing yang saya bagi tidak habis macam selalu. Chembey akan makan kalau diberi ayam atau serunding saja. Kalau tidak sebelum ini, bagi apa saja, pasti chembey akan makan.

Chembey suka tidur. Macam saya! Dan saya sangat suka tangkap gambar kalau chembey tido. pastu post dalam instagram!



Tapi, sekarang saya sudah tidak berpeluang untuk tangkap gambar chembey tido lagi.. Sebab... chembey telah pergi bertemu dengan Yang Maha Pencipta. Chembey telah ditemui mati, terbaring atas jalan raya... depan rumah jiran berhampiran, sewaktu kami pulang dalam kehujanan dari pejabat rabu lalu. Kesian chembey.. Kenapa dia tidak mati depan rumah saya? Kalau dia mati depan rumah saya, pasti bangkai dia dapat saya tanamkan dengan sempurna.. Saya hanya melihat dari jauh bangkai chembey terbaring dalam hujan yang mencurah turun ke bumi..

Hilangnya chembey bermakna tiada lagi teman yang akan menemani saya tatkala en. miorku bekerja di hujung minggu.. tiada lagi teman yang akan menemani tatkala saya sedang sidai kain baju. tiada lagi si  pengacau tatkala kami sedang menikmati hidangan atas meja. Tiada lagi kucing jantan bertelo hitam yang akan berlari mengejar kami tatkala mendengar enjen motor setiap kali kami pulang dari kerja.. tiada lagi...

 

Walaupun chembey hanya seekor kucing.. namun kehilangannya tetap dirasai.. tetap ditangisi.. sebagaimana saya menangis tatkala terpaksa berpisah dengan mira dan anak-anaknya...

Walau hanya seekor kucing.. namun ia tetap makhluk ciptaan-Nya yang paling ku sayangi..

18 Februari 2013

Buku Rujukan Peperiksaan KPSL N27

Assalamualaikum.

Semalam saya dah share buku rujukan untuk peperiksaan KPLS N41. Yang ini pula adalah senarai tajuk buku rujukan yang diperlukan untuk Peperiksaan KPSL N27:


Pastikan pekeliling adalah terkini.

Bahagian I – Perintah Am, Arahan Perbendaharaan dan Tatacara Pengurusan Stor 

Bahagian II – Arahan Perkhidmatan, Arahan Keselamatan dan Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam 

 

Bahagian III – Undang-undang Umum 
a. Perlembagaan Malaysia Bhg. III, IV dan V
b. Akta Pencen (1980) dan Peraturan- peraturan Pencen 1980
c. Kaedah-kaedah Kumpulan Wang Simpanan Pekerja

Semoga membantu!

17 Februari 2013

Buku Rujukan Peperiksaan KPSL N41

Assalamualaikum.

Entri kali ini saya nak kongsi buku rujukan yang diperlukan oleh calon peperiksaan KPSL N41. Kot lah ada yang tak pasti buku mana nak bawa masuk exam nanti kan...

Lebih bagus dapatkan buku rujukan yang terkini. Banyak pekeliling baru telah dikemaskinikan.

Bahagian I – Perintah Am, Arahan Perbendaharaan dan Tatacara Pengurusan Stor 
a. Perintah Am (Bab A - G)
b. Arahan Perbendaharaan
c. Tatacara Pengurusan Stor (Pekeliling Perbendaharaan Bil. 5/2009)
d. Pekeliling Perkhidmatan/Surat Pekeliling Perkhidmatan (yang sedang berkuatkuasa)
e. Pekeliling Perbendaharaan/Surat Pekeliling Perbendaharaan (yang sedang berkuatkuasa)




Bahagian II – Arahan Perkhidmatan, Arahan Keselamatan dan Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam


Bahagian III – Undang-undang Umum 



a. Perlembagaan Malaysia Bhg. III, IV dan VI
b. Akta Pencen (1980) dan peraturan-peraturan Pencen 1980
c. Akta Kumpulan Wang simpanan Pekerja, 1991
d. Peraturan-peraturan dan Kaedah-kaedah Kumpulan Wang Simpanan Pekerja. 1991
e. Kanun Tanah Negara, 1965 Akta No. 56/1965
f. Akta pengambilan Balik tanah, 1960 Akta No. 34/1960
g. Akta Kontrak 1950 Akta No. 136/1950
h. Akta Suruhanjaya Perkhidmatan Rasuah Malaysia 2009 Akta 694
i. Akta Pilihanraya, 1958 Akta No. 19
j. Election (Registration of Election) Regulation, 1971 – P.U (A) 326/1971
k. Election Offences Ordinance, 1954 (Disemak 1969) – Act No. 5
l. Election (Conduct of Election) Regulations 1981 – P.U.(A) 386/1981

 * Pesanan AF :  
  •  Untuk rujukan PKPA, jangan lupa print pekeliling terkini yang boleh dirujuk dari laman MAMPU.
  • AF suka guna buku terbitan LBS. Kalau ada bajet, better beli buku sendiri & yang terkini. Kalau tak, pinjam aje dari library atau kawan-kawan.. :)
  • Semasa di dewan peperiksaan, jangan bawa nota slaid ok. Print terus dari pekeliling dibenarkan.
Nanti saya kongsikan pula buku rujukan untuk peperiksaan KPSL N27.

14 Februari 2013

roti piza segera

Assalamualaikum.


Nampak tak menarik tapi sedap tau!


Ini resepi untuk menghabiskan stok makanan yang ada. bahan-bahan yang diperlukan sangat mudah untuk seorang makan:

2 keping roti
baki sos spaghetti (yang saya guna ni jenama kimball)
sosej
boleh tambah lain-lain bahan ikut stok yang anda ada.. hehe

cara membuat:

sapukan roti dengan sos spagehetti.
kemudian taburkan sosej dan bahan-bahan yang anda suka. kalau ada cheese lagi sedap kot.
kemudian bakar dalam oven dalam beberapa minit. kalau tak ada oven, boleh jer bakar dalam pan yang bertutup. sapu sedikit minyak zaitun pada pan sebelum bakar.

roti piza sedia dimakan. sedap makan masa masih panas. rangup!

13 Februari 2013

jjcm : fig & olive

assalamualaikum.

Hujung bulan lepas, kami suami isteri telah berjalan-jalan ke Sunway Pyramid setelah beberapa lama tidak menyinggah di situ.

Alang-alang dah ke sana, kami pun singgah jalan-jalan cari makan ke Fig & Olive untuk menikmati juadah makan tengah hari. Lagi satu faktornya sebab tertengok rancangan Safiyya yang pernah buat liputan pasal restoran ni. Restoran Fig & Olive ni terletak di level LG Marakesh, Sunway Pyramid.

Masakan yang disajikan adalah masakan Mediterranean yang berasaskan minyak zaitun.


Ini yang saya order. Chicken Pesto Carbonara.


RM19.90

Ini yang en. miorku order - Mediterranean Chicken Olive Rice (kalau tak silap namanya lah k).

RM21.90

Air yang saya order adalah orange jus. En. miorku order Moroccan tea. Yang agak mendukacitakan, orange jus tak rasa jus asli. tapi rasa cam kordial saja. Tak berbaloi dengan harga yang dikenakan.

RM5.50 (Orange Jus), RM4.00 (Moroccan Tea)

Kesimpulannya, rasanya biasa sahaja. Tidaklah sedap sangat. Tetapi untuk mencuba sesuatu yang lain, kira oklah ni.

12 Februari 2013

Daun dari mekah

Assalamualaikum.

Hari ini kakak ipar saya iaitu kakak en. Miorku baru pulang dari tanah suci. Saya tidak ikut serta semasa en mior ke klia menjemput mereka sekeluarga pulang. Bimbang kereta tak muat nanti.

Bila balik, en. Miorku tunjukkan sebekas kecil daun kering yang dikirim kakaknya untuk kami minum. Menurutnya daun tersebut baik untuk mereka yang menginginkan zuriat / untuk kesuburan. Saya tanya apa nama daun tu en. Miorku pun tak tahu.

Saya cuba tanya en. Google. Ada jumpa pasal daun nabik, senna mekah dan daun siddir. Tapi tak pastilah adakah ini daun yang sama seperti yang kami terima ini.

Kaedah meminumnya adalah dengan menumbuk sedikit daunnya, kemudian minum bersama-sama air suam dicampur dengan air susu yang kurang manis. minum ngan susu tepung pun boleh. Sebaiknya dibacakan dengan doa yang bersesuaian dengan hajat.

Kalau rakan pembaca ada maklumat, bolehlah kongsikan di ruangan komen ye. Terima kasih.

01 Februari 2013

Berhujung minggu di rumah ibu

Assalamualaikum..

Aktiviti hujung minggu ini dihabiskan di rumah mak saja.. En. Miorku tiada. Perlu bertugas di luar daerah hingga ahad. Boring pulak rasanya bila kawan bergado plus bantal peluk tak de.. Hihi..

Tinggalah si chembey kucing datang belaan tak rasmi kami tlg tgk rumah.. Tertunggu agaknya dia mana kami tak balik2 ni..  kesian dia tak dapat nak bermanja dengan kami dua tiga mlm ni.. Harapnya jiran sebelah ada  bagi makan. Kebulur pulak chembey nanti.. Tetiba rindu kat si chembey.. Ini baru kucing. Klu berpisah kejap ngan anak sendiri cam tu lah kot rasanya ye.. Itu pun masih ada ibu2 yg Allah bg rezeki mudah hamil.. Main buang je baby bila tak nak kan?

Hurm.. K lah.. Tu jer coretan buat malam ini. InsyaAllah akan bersiaran isnin nanti..

Wassalam..

29 Januari 2013

jjcm : NJ Zenith Restaurant

Assalamualaikum..

Hari Khamis lepas, kami suami isteri jalan-jalan ke Bangi.

Bila dah sampai waktu makan tengah hari, kami singgah ke NJ Zenith Restaurant (restoran cina muslim) untuk mengisi perut. Rasa nak singgah makan di sini sebab dah masuk dalam jalan-jalan cari makan.

En. Miorku hanya order Cantonese Kuay Teow dan Pineapple Juice with honey. Rasanya okey. sedap juga tapi ada sedikit masin.

Harga : RM6.90

Saya order lemon chicken dan nasi putih. Walaupun saiz S, lemon chicken ni boleh makan 2-3 orang. memang terasa lemonnya yang meresap dalam daging ayam. tapi tak sedap makan banyak-banyak. muak pulak.

Harga : RM12.00

Kami tambah juga semangkuk shark fin with crab meat soup. okey not bad rasanya.


Harga : RM15.00

Banyak juga pilihan masakan lain yang terdapat di restoran ini. Nak order banyak-banyak nanti tak terabis pulak. Membazir pula jadinya.

Hurmm..  Sekian dulu cerita tentang makan. Nanti ada kesempatan saya cerita pasal tempat makan lain pula. InsyaAllah...



28 Januari 2013

Surat terbuka untuk Hijabista, Hijabister

Assalamualaikum.

Nak share satu pendapat / teguran terbuka seorang muslimah yang prihatin akan trend bertudung masa kini.. Semoga dapat membuka minda para remaja, para pereka fesyen akan tujuan sebenar kita bertudung / berhijab.. Bertudung bukan semata-mata menutup rambut sahaja..


sumber : karangkraf.com

Diambil daripada laman FB We are beautiful, Allah loves us.

A beautiful Open Letter indeed. Please share this around!

Dear Hijabista, Hijabister

I am writing to express my concern over the portrayal of 'hijab' women in your magazine. I believe in the concept of modesty accompanying the muslimah attire (the hijab included) is a fundamental core one must embrace. The Hijab is not a replacement of the 'hair' we cover. The hijab isn't just a cloth or layers of cloth on your head. It comes with a package. Of intellect, manners and adab. It is a symbol of the believing women, her 'modesty'- A sign of dignity and pride. Your magazine bears no sign of 'modesty' and I say this clearly, this is definitely very WRONG!

Portraying hijab women and "doll-ing" them up like models in Vogue but then only to cover her hair is an absolute disgrace and mockery to us the believing women. What more the women and cover girls who allow themselves to be exploited as an object and fool themselves into thinking they are on their 'Deen' and pleasing Allah by just covering their hair... How can you even think you are pleasing Allah with all that make up, ridiculous styles whilst purposely showing off your beauty and body.

Your magazine just as the likes of vogue and cosmopolitan has NO intellectual nor spiritual dimensions to it except to brainwash and create an unnecessary desire to the 'hijabisters' to own more and more stuff. In reality, a real, true believing women DOES not need to display her adornments to entice others. The believing woman has self confidence that what is INSIDE her heart and MIND will indeed be of much more value than all the silly bangles, sunglasses, shoes and handbags you bombard the pages of your magazine with.

Your magazine corrupts young, sincere minds into foolishly thinking that they are more beautiful with more shoes, accessories or ridiculous tudung styles they do not need.

The best garments as the Quran states is Taqwa. And tell me where, in which page of your magazine do you propagate this message? None, not one I'm afraid. It is clearly a consumer driven magazine casting a spell with women, where one will then start to wish on owning and buying or to 'copy' the 'Photoshop-ed' girls you portray.

I am afraid you are only destroying the hijab sisters filling their minds with superficial beauty. Please take a sincere step back and help many lost sisters out there to care more about diseases of their hearts instead of merely emphasizing a message of "what is important is how you look and tie your tudung'

Sincerely,
A worried Muslimah

27 Januari 2013

Khasiat minyak zaitun

Assalamualaikum.

Dalam entri lepas, saya ada kongsikan tentang sebuah buku bertajuk Mengapa Rasulullah Tidak Sakit. Antara perkara menarik yang ditulis dalam buku ini adalah berkenaan dengan makanan-makanan yang dipuji oleh Quran dan Hadis (m/s : 97).



Antara makanan tersebut adalah Minyak Zaitun. Hadis berkaitan yang dikongsi oleh penulis adalah:

Abu Usaid menceritakan yang Rasulullah pernah berkata, "Makanlah minyak zaitun dan berminyaklah dengannya. Minyak zaitun berasal daripada pohon yang diberkati." Direkodkan oleh At-Tirmidzi.

Menurut penulis, Andrew Weil, MD mengaku bahawa minyak zaitun adalah minyak yang terbaik daripada semua lemak yang dapat dimakan. Minyak Zaitun mengandungi lemak mono tidak tepu yang mana ia tidak mempengaruhi peningkatan kadar kolesterol dalam darah, kaya dengan vitamin E dan bersifat anti-oksidan.

Penulis juga telah berkongsi beberapa hasil kajian mengenai minyak zaiton (sumber http://superpancal.multiply.com/journal) (m/s 110). Saya ringkaskan dengan hanya mencatatkan penemuan daripada kajian-kajian yang telah dilakukan iaitu:

  • pengambilan minayk zaitun mampu melindungi tubuh daripada serangan sakit jantung, kenaikan kolesterol darah dan tekanan darah, penyakit diabetis dan obesiti disamping berperanan juga mencegah terjadinya beberapa jenis kanser. 

  • Kajian dijalankan ke atas 32 pesakit yang terkena penyakit tekanan darah tinggi. Hasil kajian menunjukkan penurunan tekanan darah dalam lingkungan tujuh poin di kalangan mereka yang memakan minyak zaitun.

  • Pengambilan minyak zaitun sudah menunjukkan ia mampu melindungi tubuh daripada serangan sejumlah kanser. Antaranya kanser colon, kanser rahim dan kanser ovari, walaupun jumlah kajian yang dijalankan masih terlalu kecil.

  • Pada November 1995 kajian kepada 2,564 wanita yang terkena kanser payudara, menegaskan ada korelasi terbalik antara kemungkinan terjadinya kanser payudara dengan pemakanan minyak zaitun. Pengambilan minyak zaitun yang banyak melindungi individu daripada serangan kanser payudara.

  • Pengambilan sesenduk makan minyak zaitun setiap hari mampu mengurangkan bahaya kejadian kanser payudara sehingga 45 peratus.

  • Kajian yang dilakukan telah menunjukkan bahawa wanita yang banyak mengambil minyak zaitun kurang terkena kanser rahim berbanding wanita yang terkena kanser rahim. Kemungkinan terjadinya kanser pada mereka turun sehingga 26 peratus.

  • Penggunaan minyak zaitun selepas renang sebagai krim kulit dan berjemur melindungi daripada terjadinya kanser kulit.

  • Sampel 40 wanita yang menyusukan bayi telah diambil. Para pengkaji mendapati bahawa kebanyakkan lemak yang terkandung dalam susu mereka adalah jenis lemak berantai tunggal (mono). Jenis lemak ini dikategorikan sebagai lemak terbaik yang patut dimakan oleh manusia. Itulah jenis lemak yang terdapat dalam minyak zaitun.

  • Dr. Samut menegaskan kandungan nutrisi dalam minyak zaitun mampu memiliki pengaruh yang positif dalam melindungi tubuh daripada kanser perut dan mengurangkan risiko penyakit gastric ulser.

  • Pengambilan minyak zaitun mampu memberikan kelebihan dalam melindungi tubuh daripada terjadinya penyakit arthritis.

Kalau kita perhatikan, minyak zaitun banyak digunakan dalam masakan masyarakat di sebelah barat dan mediteranean kerana terbukti kesan pengambilan minyak zaitun mampu menghindarkan tubuh badan kita daripada diserang penyakit berbahaya.Semoga perkongsian ini membantu rakan pembaca untuk sama-sama mengamalkan pengambilan minyak zaitun demi kesejahteraan dalam kehidupan.

24 Januari 2013

Mari Berselawat

Assalamualaikum..

Alhamdulillah syukur pada Allah kita masih berpeluang untuk meraikan hari istimewa iaitu Maulidur Rasul.

Marilah kita memperbanyakkan selawat kepada Baginda Rasulullah s.a.w..

Saya kongsikan bersama dendangan qasidah oleh Habib Syech Abdul Qodir Assegaf.. Sholatun..


Untuk mendengar koleksi selawat dendangan Habib Syech, boleh layari blog INI.

21 Januari 2013

Jawatan Kosong - Pegawai Tadbir gred N41

Assalamualaikum.

Ada iklan baru dari MPOB - Lembaga Minyak Sawit Malaysia.

Maklumat permohonan boleh tengok di SINI. Leh cuba mohon online di SINI.

Permohonan dibuka mulai 15 hingga 31 Januari 2012.

Good Luck.


20 Januari 2013

Mengapa Rasulullah Tidak Pernah Sakit

Assalamualaikum. Selamat hari Ahad.. Sempena sambutan bulan kelahiran Rasulullah s.a.w ini, saya nak kongsikan sebuah lagi buku yang menarik untuk dibaca iaitu...


Buku karangan Dr. Adi Hashman ini membongkar rahsia dan formula kesihatan Rasulullah yang halal, mudah, luar biasa dan holistik. Penulis membahagikan isi buku ini kepada dua konsep iaitu bahagian utama berkaitan 'apa dan mengapa' - hikmah kesihatan di sebalik setiap perintah agama dan kehidupan nabi. Bahagian yang seterusnya pula adalah aplikasi dalam kehidupan kita - 'bagaimana' menjalani kehidupan yang sihat diikuti dengan tip-tip yang mudah diikuti.

Antara isi kandungan yang menarik adalah:
  • Manfaat berwuduk dalam perubatan
  • Makanan-makanan yang dipuji oleh Quran dan Hadis
  • Tip-tip diet
  • Kesihatan, Pergerakan dan Syariat
  • Jepun Negara 'Islam' yang tidak mempunyai orang Islam
  • dan banyak lagi...

Membaca buku ini sedikit sebanyak membantu saya untuk mengubah kehidupan yang selama ini menjadi kebiasaan terutama dalam pengambilan makanan seharian kepada melalui kehidupan itu dengan cara yang betul dan mengikut sunnah. Bak kata pepatah 'betulkan yang biasa, biasakan yang betul'.

19 Januari 2013

Visa umrah

Assalamualaikum.

Semalam rakan saya ada maklumkan. Sekarang ni kerajaan arab saudi dah ketatkan pengeluaran visa umrah kepada wanita - iaitu wanita yang berumur bawah 45 tahun perlu pergi bersama-sama mahramnya baru visa akan dikeluarkan. Nak tumpang mahram dah tak boleh lagi.

Antara sebabnya, baitullah kini sedang dalam proses renovasi. Makanya  ramailah pekerja asing datang untuk melakukan kerja-kerja renovasi tersebut. Jadi kerajaan arab saudi mahu mengelakkan daripada perkara-perkara yang tidak diingini berlaku.

Rakan saya tu bujang lagi. Ustaz mutawaf yang bagi kursus umrah tu bgtau lah, kalau nak mahram, kahwinlah..

Saya pun bgtau kat kawan saya, "haah.. Cakaplah kat ustaz tu, kalau camtu saya kahwin dengan ustaz lah.."

Kawan saya tu gelak je arr.. "memang dah ramai orang cakap macam tu kat dia.. Habislah dia kalau semua orang nak kahwin ngan dia camtu.." kata kawan saya tu..

Buat kawan saya tu, sabarlah dulu.. InsyaAllah, jodoh untuk RMD akan tiba nanti. Lepas kawen sok leh terus ajak suami gi umrah, ok.. :)

17 Januari 2013

Perang Arab Israel

Assalamualaikum.

Sekarang ni saya semakin kurang berminat untuk membaca novel.. Kecuali kalau novel thriller atau novel yang tidak menjurus kepada kisah cinta sangat.

Sejak beberapa bulan lepas, saya sudah semakin suka untuk membeli buku-buku yang lebih 'berat' sikit.

Antara yang hendak saya kongsikan kali ini ialah tentang buku yang ditulis oleh Sabaruddin Hussein, penulis bestseller Konspirasi Yahudi - Perang Arab Israel, selagi belum kiamat.



Saya belum berkesempatan untuk memiliki buku karangan beliau sebelum ini iaitu Agenda Yahudi Menakluk Dunia (2010) dan Konspirasi Yahudi : Peperangan dan Penaklukan (2011). InsyaAllah, buku tersebut akan menyusul selepas ini.

Saya tertarik untuk membaca buku Perang Arab Israel kerana saya mahu mengetahui tentang kisah yang memulakan penghijrahan dan rampasan tanah milik rakyat Palestin oleh bangsa Yahudi dengan lebih jelas. Membaca buku ini menyingkap tentang sejarah kenapa Mesir 'tutup mata' akan apa yang berlaku kepada rakyat Palestin selama ini. Juga memahami konflik-konflik yang berlaku di antara Israel dan negara-negara Arab sejak tahun 1947.

Bak kata penulis:

Ini akibatnya apabila Islam longgar daripada pelukan (itulah sebabnya digelar memeluk agama Islam) kerana apabila dipeluk, agama itu berada hampir dengan kita. Justeru, apabila kita tidak lagi benar-benar memeluk Islam, maka kita melonggarkan pegangan agama itu sendiri. Sedangkan agamalah yang menjadi kompas yang menjadi panduan dan kekuatan kita selama ini. Ia diibaratkan sebagai kompas yang menjadi panduan buat para pengembara mengharungi satu perjalanan yang jauh, dan itu adalah kita.

Palestin hari ini adalah kesan daripada kerakusan pemimping-pemimpin yang gilakan kuasa dan harta dunia.. Tanpa rasa perikemanusiaan, dengan rela membiarkan jiran sebangsa dan seagama terus ditindas dan dizalimi.

Semoga Allah melindungi rakyat Palestin dan umat Islam di seluruh dunia daripada terus menjadi mangsa penindasan oleh musuh-musuh Islam secara halus mahupun terang-terangan. Amin


15 Januari 2013

Penangan listen

Assalamualaikum.

Pagi tadi saya ada sesi semakan tatacara pengurusan stor.. Officer saya pn. Ekin taj tanyalah kenapa orang dok sibuk dengan listen? Timeline kat fb asik tulis listen je.. Katanya..

Saya pun kata tak tau lah kenapa.. Nak pulak saya dah deactivate akaun fb yang rasmi tu.. So, tak berapa nak tahu lah isu isu terkini ni. Kat twitter pun macam tak berapa nampak sangat orang dok taip listen je.

Makanya petang tadi sesambil menunggu en. Miorku datang menjemput di putrajaya, saya pun googlelah cari listen listen listen..

Maka terjawablah kenapa listen jadi trending hari ini..

Pada yang tak tahu lagi, boleh lah anda cuba google listen listen listen.. Kemudian baru lah anda akan tahu kenapa.. Nak share link tak dapat sebab update entri ni guna phone..

Peningnya kepala

Assalamualaikum..

Hurmm.. Saya baru lepas mesyuarat dengan kementerian induk.. Bincang pasal projek pembangunan ruang pejabat agensi di bandar enstek..

Aduh.. Pening kepala lihat perkara-perkara yang perlu dilakukan..

Nasib baik ada pengalaman bekerja dengan syarikat M & E dulu. Adalah juga idea tentang projek pembangunan sikit-sikit. 

Pening.. Pening.. Walaupun tugas kita hanya menyelaras sahaja tetapi banyak benda yang perlu di baca dan di fahami ni.. Aduh...

Semoga kekosongan pegawai di unit ini akan terisi dengan cepat.. Amin..

14 Januari 2013

jadual peperiksaan KPSL 2013

Assalamualaikum.

Entri ini khas untuk rakan pembaca yang mencari jadual peperiksaan KPSL untuk tahun 2013.

JPA sudah pun mengeluarkan jadual peperiksaan melalui laman webnya di sini.

Secara ringkasnya khas untuk KPSL, saya catatkan di sini ye..


PEPERIKSAAN KHAS UNTUK MEMASUKI SKIM PERKHIDMATAN PENOLONG PEGAWAI TADBIR GRED N27
BHG. I – Perintah Am, Arahan Perbendaharaan dan Tatacara Pengurusan Stor (3001A)
BHG. II – Panduan Pengurusan Pejabat, Arahan Keselamatan dan Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam (3001B)
BHG. III – Undang-Undang Umum (3001C)

Tarikh Tutup Permohonan - 26/04/2013
Tarikh Peperiksaan - 25/06/2013 (3001A) , 26/06/2013 (3001B) , 27/06/2013 (3001C)



PEPERIKSAAN KHAS UNTUK MEMASUKI SKIM PERKHIDMATAN PEGAWAI TADBIR GRED N41
BHG. I – Perintah Am, Arahan Perbendaharaan dan Tatacara Pengurusan Stor (2001A)
BHG. II – Panduan Pengurusan Pejabat, Arahan Keselamatan dan Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam (2001B) 
BHG. III – Undang–Undang Umum (2001C)


Tarikh Tutup Permohonan - 26/04/2013
Tarikh Peperiksaan - 11/06/2013 (2001A) , 12/06/2013 (2001B) , 13/06/2013 (2001C)

Kepada rakan pembaca yang akan menduduki peperiksaan KPSL tahun ini, selamat maju jaya saya ucapkan. Rajin-rajin semak soalan tahun-tahun sebelum. Biasanya soalannya di kitar semula je. Semoga berjaya k.


13 Januari 2013

biografi muhammad bin abdullah

Assalamualaikum.. Selamat hari minggu..

Alhamdulillah.. Syukur pada Allah atas nikmat yang diberikan untuk terus menghirup udara nyaman dan dingin di pagi Ahad ini.

Hari ini 1 Rabiulawal 1434.. Apa sejarah disebalik bulan Rabiulawal?
Sudah tentu tarikh yang wajib diingati oleh umat Islam iaitu tarikh kelahiran Baginda Rasulullah s.a.w pada 12 Rabiulawal..

Dikesempatan yang ada ini, saya ingin berkongsi dengan rakan pembaca tentang sebuah buku yang wajib ada dalam setiap rumah..

Add caption

Buku karangan Zulkifli Mohd. Yusoff dan Noor Naemah Abd. Rahman ini sangat elok dibaca untuk kita mengingati, mengetahui dan menghayati dengan lebih mendalam tentang perjalanan hidup Baginda Rasulullah s.a.w dalam segala urusan yang dilalui Baginda.

Walaupun mungkin buku ini ditulis untuk dibaca oleh saudara baru atau mereka yang baru mengenali Islam, namun sebagai umat yang dilahirkan sebagai orang Islam, kewajipan untuk kita membaca sirah Baginda tetap ada.

Terus terang, setelah membaca buku ini, baru saya mengetahui nama anak-anak Baginda Rasulullah s.a.w (tiga lelaki - Qasim, Abdullah dan Ibrahim dan anak perempuan-Ruqayah, Zainab, Ummu Kalthum dan Fatimah).

Oleh itu rakan-rakan pembaca yang belum memiliki buku ini, jom sama-sama jadikan ia sebagai salah satu koleksi bacaan anda sempena bulan kelahiran Baginda Rasulullah ini.

Allahumma solli 'ala saidina Muhammad wa 'ala aalihi wa as-haabihi ajma'iin.

Apabila kita menyambut Maulidur Rasul, banyak kelebihan-kelebihan yang diperolehi. Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud: "Barangsiapa yang membesarkan hari keputeraanku nescaya aku akan menjadi penolongnya pada hari kiamat dan barangsiapa membelanjakan untuk majlisku seumpama ia membelanjakan emas sebanyak sebuah gunung untuk agama Allah." sumber

Sabda Rasulullah (S.A.W.) yang bermaksud: “Barangsesiapa yang berselawat ke atasku dengan sekali selawat nescaya Allah (s.w.t) akan berselawat ke atasnya sepuluh kali”. [Hadith riwayat Imam Muslim daripada Abdullah bin Amru bin Al-‘Ass r.a].


10 Januari 2013

belated sudah

Assalamualaikum dan salam sejahtera pembaca blogku..

Akhirnya.. setelah menanti selama enam bulan... baru lah ku mendapat ini bantal jumaat lepas...


 
 
hadiah dari KKMQA sempena besday tahun 2012.. tak pe lah lambat pun.. janji dapat juga... thanks to tengku ruffie zieclair.. kalau nak order leh contact dia k..

09 Januari 2013

Blogger apps

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat pembaca blogku...

Malam ini entri saya ditulis menggunakan blogger apps. Baru cuba-cuba menggunakannya.

Setakat ini masih ok je.. Tapi ada masalah pada gambar lah kot. Tak boleh nak letak di atas post, macam entri sebelum ini yang dipublish melalui apps. Sekiranya pilihan anda untuk memastikan gambar yang disertakan berada di atas post, pengunaan apps ini tidak membantu. Tetapi sekadar menulis entri tanpa gambar ia adalah memadai dan mudah digunakan.

Tidak mengapalah. Sekurang-kurangnya saya boleh update blog terus di hujung jari tanpa perlu mencari komputer. Apa yang perlu adalah mobile internet credit atau wifi.. Seterusnya, antara rajin atau tidak.. Atau ada bahan atau tidak untuk update blog sendiri.. Kan... ;-p

penyeri

Kala sunyi, hadirnya penyeri hati.. Kala gundah, melihatnya lupa akan masalah.. Hadirnya jua, pengubat sebuah keinginan yang belum kesampaian.. Makhluk-Nya, binatang kesayangan Rasulullah..

01 Januari 2013

Hari Baru Tahun Baru

Assalamualaikum.

Alhamdulillah.. Syukur pada Allah atas peluang yang diberikan untuk terus bernafas di bumiNya ini..
Semoga dengan peluang yang ada ini akan terus menjadikan aku seorang insan yang tidak lupa diri.. tidak lupa tujuan utama aku dicipta dan dilahirkan di dunia ini.

Ya Allah.. Kau tetapkanlah keimanan dalam hatiku ini. Janganlah Kau biarkan aku tersesat dalam dunia yang penuh cabaran dan godaan ini.. Amin..


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...