Permulaanku

Daisypath Anniversary tickers

17 Januari 2013

Perang Arab Israel

Assalamualaikum.

Sekarang ni saya semakin kurang berminat untuk membaca novel.. Kecuali kalau novel thriller atau novel yang tidak menjurus kepada kisah cinta sangat.

Sejak beberapa bulan lepas, saya sudah semakin suka untuk membeli buku-buku yang lebih 'berat' sikit.

Antara yang hendak saya kongsikan kali ini ialah tentang buku yang ditulis oleh Sabaruddin Hussein, penulis bestseller Konspirasi Yahudi - Perang Arab Israel, selagi belum kiamat.



Saya belum berkesempatan untuk memiliki buku karangan beliau sebelum ini iaitu Agenda Yahudi Menakluk Dunia (2010) dan Konspirasi Yahudi : Peperangan dan Penaklukan (2011). InsyaAllah, buku tersebut akan menyusul selepas ini.

Saya tertarik untuk membaca buku Perang Arab Israel kerana saya mahu mengetahui tentang kisah yang memulakan penghijrahan dan rampasan tanah milik rakyat Palestin oleh bangsa Yahudi dengan lebih jelas. Membaca buku ini menyingkap tentang sejarah kenapa Mesir 'tutup mata' akan apa yang berlaku kepada rakyat Palestin selama ini. Juga memahami konflik-konflik yang berlaku di antara Israel dan negara-negara Arab sejak tahun 1947.

Bak kata penulis:

Ini akibatnya apabila Islam longgar daripada pelukan (itulah sebabnya digelar memeluk agama Islam) kerana apabila dipeluk, agama itu berada hampir dengan kita. Justeru, apabila kita tidak lagi benar-benar memeluk Islam, maka kita melonggarkan pegangan agama itu sendiri. Sedangkan agamalah yang menjadi kompas yang menjadi panduan dan kekuatan kita selama ini. Ia diibaratkan sebagai kompas yang menjadi panduan buat para pengembara mengharungi satu perjalanan yang jauh, dan itu adalah kita.

Palestin hari ini adalah kesan daripada kerakusan pemimping-pemimpin yang gilakan kuasa dan harta dunia.. Tanpa rasa perikemanusiaan, dengan rela membiarkan jiran sebangsa dan seagama terus ditindas dan dizalimi.

Semoga Allah melindungi rakyat Palestin dan umat Islam di seluruh dunia daripada terus menjadi mangsa penindasan oleh musuh-musuh Islam secara halus mahupun terang-terangan. Amin


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...