Permulaanku

Daisypath Anniversary tickers

13 Januari 2013

biografi muhammad bin abdullah

Assalamualaikum.. Selamat hari minggu..

Alhamdulillah.. Syukur pada Allah atas nikmat yang diberikan untuk terus menghirup udara nyaman dan dingin di pagi Ahad ini.

Hari ini 1 Rabiulawal 1434.. Apa sejarah disebalik bulan Rabiulawal?
Sudah tentu tarikh yang wajib diingati oleh umat Islam iaitu tarikh kelahiran Baginda Rasulullah s.a.w pada 12 Rabiulawal..

Dikesempatan yang ada ini, saya ingin berkongsi dengan rakan pembaca tentang sebuah buku yang wajib ada dalam setiap rumah..

Add caption

Buku karangan Zulkifli Mohd. Yusoff dan Noor Naemah Abd. Rahman ini sangat elok dibaca untuk kita mengingati, mengetahui dan menghayati dengan lebih mendalam tentang perjalanan hidup Baginda Rasulullah s.a.w dalam segala urusan yang dilalui Baginda.

Walaupun mungkin buku ini ditulis untuk dibaca oleh saudara baru atau mereka yang baru mengenali Islam, namun sebagai umat yang dilahirkan sebagai orang Islam, kewajipan untuk kita membaca sirah Baginda tetap ada.

Terus terang, setelah membaca buku ini, baru saya mengetahui nama anak-anak Baginda Rasulullah s.a.w (tiga lelaki - Qasim, Abdullah dan Ibrahim dan anak perempuan-Ruqayah, Zainab, Ummu Kalthum dan Fatimah).

Oleh itu rakan-rakan pembaca yang belum memiliki buku ini, jom sama-sama jadikan ia sebagai salah satu koleksi bacaan anda sempena bulan kelahiran Baginda Rasulullah ini.

Allahumma solli 'ala saidina Muhammad wa 'ala aalihi wa as-haabihi ajma'iin.

Apabila kita menyambut Maulidur Rasul, banyak kelebihan-kelebihan yang diperolehi. Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud: "Barangsiapa yang membesarkan hari keputeraanku nescaya aku akan menjadi penolongnya pada hari kiamat dan barangsiapa membelanjakan untuk majlisku seumpama ia membelanjakan emas sebanyak sebuah gunung untuk agama Allah." sumber

Sabda Rasulullah (S.A.W.) yang bermaksud: “Barangsesiapa yang berselawat ke atasku dengan sekali selawat nescaya Allah (s.w.t) akan berselawat ke atasnya sepuluh kali”. [Hadith riwayat Imam Muslim daripada Abdullah bin Amru bin Al-‘Ass r.a].


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...