Assalamualaikum.
Semalam rakan saya ada maklumkan. Sekarang ni kerajaan arab saudi dah ketatkan pengeluaran visa umrah kepada wanita - iaitu wanita yang berumur bawah 45 tahun perlu pergi bersama-sama mahramnya baru visa akan dikeluarkan. Nak tumpang mahram dah tak boleh lagi.
Antara sebabnya, baitullah kini sedang dalam proses renovasi. Makanya ramailah pekerja asing datang untuk melakukan kerja-kerja renovasi tersebut. Jadi kerajaan arab saudi mahu mengelakkan daripada perkara-perkara yang tidak diingini berlaku.
Rakan saya tu bujang lagi. Ustaz mutawaf yang bagi kursus umrah tu bgtau lah, kalau nak mahram, kahwinlah..
Saya pun bgtau kat kawan saya, "haah.. Cakaplah kat ustaz tu, kalau camtu saya kahwin dengan ustaz lah.."
Kawan saya tu gelak je arr.. "memang dah ramai orang cakap macam tu kat dia.. Habislah dia kalau semua orang nak kahwin ngan dia camtu.." kata kawan saya tu..
Buat kawan saya tu, sabarlah dulu.. InsyaAllah, jodoh untuk RMD akan tiba nanti. Lepas kawen sok leh terus ajak suami gi umrah, ok.. :)