Permulaanku

Daisypath Anniversary tickers

20 September 2011

tip menjawab soalan KPSL

Assalamualaikum.. Salam sejahtera buat kamu pembaca blogku... ;)

Sesi untuk menduduki peperiksaan Kenaikan Pangkat Secara Lantikan ke Gred N27 atau N41 telah pun tamat. Keputusan peperiksaan pun dah keluar, kan? Kepada rakan-rakan yang telah lulus kedua-dua kertas, tahniah lah yer..

Sekadar ingin mengisi blog yang agak tidak berapa nak selalu dikemaskini ni, maka saya paparkan lah serba sedikit tip yang boleh dikongsi untuk panduan rakan-rakan yang merancang untuk menduduki peperiksaan KPSL tahun hadapan.

Dari segi kaedah menjawab, saya rasa ianya terpulang juga kepada kehendak pemeriksa. Tapi yang pasti, tip yang saya kongsikan ini adalah tip untuk mencari dan mendapatkan jawapan yang betul dan cepat.. InsyaAllah..

Tindakan yang perlu dibuat:

1. Baca soalan dan kenalpasti rujukan yang betul.

2. Bila sudah kenalpasti rujukan yang sepatutnya, rujuk pada senarai perkara untuk cari isi-isi yang mungkin.

3. Rujuk perkara yang berkenaan.

4. Kadang-kadang, dalam satu soalan mungkin akan menggunakan rujukan yang berbeza. Misalnya, soalan 1 (a) ditanya tentang cuti. Soalan 1 (b) berkaitan pula dengan wad. So, kene peka dengan soalan.

5. Jawap soalan dan nyatakan perkara yang dirujuk. Contoh: Merujuk kepada Arahan Pentadbiran Bab C, Perkara 2.1 (a), ………….

6. Kalau rasa-rasa tak cukup masa, tulis dalam bentuk point dan berikan RUJUKAN. Ini yang penting.

CONTOH KAEDAH MENJAWAB SOALAN UNTUK BAHAGIAN III : UNDANG-UNDANG UMUM

Soalan 1

(a) Haris seorang warganegara Malaysia telah berkahwin dengan Katie, seorang warganegara British di United Kingdom pada tahun 1990. Berdasarkan kepada perlembagaan persekutuan, bolehkah isteri haris memohon untuk menjadi warganegara Malaysia dan apakah syarat-syarat yang perlu dipenuhi oleh isterinya?
(6 markah)

JAWAPAN:

Boleh.
Syarat-syarat:
(a) Katie telah bermastautin di Persekutuan sepanjang tempoh dua tahun sebelum daripada tarikh permohonan dan Katie berniat hendak bermastautin secara tetap di Persekutuan; dan
(b) bahawa Katie adalah berkelakuan baik.
Ini adalah merujuk kepada Perlembagaan Persekutuan, Bahagian 3, Bab 1 Perkara 15 Fasal (1) (a) dan (b).

atau
Merujuk kepada Perlembagaan Persekutuan, Bahagian 3, Bab 1 Perkara 15 Fasal (1) (a) dan (b), Katie boleh memohon untuk menjadi warganegara Malaysia dengan syarat .......



(b) Sekiranya permohonan Katie untuk menjadi warganegara Malaysia diluluskan oleh kerajaan persekutuan, bilakah Katie boleh didaftarkan menjadi warganegara Malaysia?
(5 markah)

JAWAPAN:

Katie boleh didaftarkan menjadi warganegara Malaysia sehingga ia telah mengangkat sumpah yang dinyatakan dalam Jadual Pertama
Ini adalah merujuk kepada Perlembagaan Persekutuan, Bahagian 3, Bab 1 Perkara 18 Fasal (1).

c) bilakah secara rasminya Katie boleh menjadi warganegara dengan cara Pendaftaran?
markah)

JAWAPAN:

Katie secara rasminya boleh menjadi warganegara Malaysia mulai dari hari ia didaftarkan sedemikian itu.
Ini adalah merujuk kepada Perlembagaan Persekutuan, Bahagian 3, Bab 1 Perkara 18 Fasal (3).

(d) Encik Wagiman yang berasal dari Indonesia telah memperolehi kewarganegaraan Malaysia secara perakuan masukan pada tahun 2001. Selepas memperolehi kewarganegaraan, beliau telah kembali ke Negara asalnya dan tidak kembali ke Malaysia sehingga sekarang. Sepanjang ketiadaannya, tiada sebarang berita diperolehi daripada beliau. Adakah kerajaan persekutuan boleh dan mempunyai sebarang peruntukan untuk melucutkan kewarganegaraan beliau di bawah perlembagaan persekutuan?
(5 markah)

JAWAPAN:

Boleh.
Ini adalah merujuk kepada Perlembagaan Persekutuan, Bahagian 3, Bab 2 Perkara 25 Fasal (2) (a) dan (b) yang menyatakan bahawa ……..

e) Atas permintaan kerajaan persekutuan, kerajaan negeri Selangor telah bersetuju untuk memberikan buat selama-lamanya sebidang tanah kerajaan negeri yang telah dirizabkan sebelum itu bagi maksud kegunaan kerajaan persekutuan. Walau bagaimanapun kerajaan persekutuan telah diminta oleh kerajaan negeri Selangor supaya membayar premium tanah tersebut terlebih dahulu.
Jelaskan bagaimana kaedah penentuan bayaran premium tanah yang perlu dibayar oleh kerajaan persekutuan kepada kerajaan negeri Selangor.
(5 markah)

JAWAPAN:

Kaedah penentuan bayaran premium tanah hendaklah sama banyak dengan nilai pasaran tanah itu dikurangkan dengan –
(a) ...
(b) ...
Ini adalah merujuk kepada Perlembagaan Persekutuan, Bahagian 6, Bab 4 Perkara 85 Fasal (2) (a) dan (b).


Secara ringkas ini adalah kaedah  menjawab yang saya amalkan. InsyaAllah, kalau tepat jawapannya, lulus lah tuh.. Teruskan usaha ye..

Sekiranya kawan-kawan atau pembaca ada tip lain atau mahu komen tentang entri ini, silakanlah ye.

24 ulasan:

  1. Wahh bagus laa tip yang Ana bagi nie.. TQ for sharing yer.. :)

    BalasPadam
  2. hek hek xpe ke jwb dlm bntuk point???

    BalasPadam
  3. thanks ana...bg klu mcna nk jwb exam nih.

    BalasPadam
  4. thanks for the tips..susah jugak nk lulus paper kpsl undang2 ni...

    BalasPadam
  5. banyak2 terima kasih.. banyak tips yang berguna..

    BalasPadam
  6. banyak2 terima kasih.. banyak tips yang berguna..

    BalasPadam
  7. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  8. thanks, 1st time nak ambik exam ni,, tips2 sebegini amat diperlukan..

    BalasPadam
  9. tq... sbb share benda yang terbaik mcm ni.. PAgi esok sy nak exam.. :)

    BalasPadam
  10. Ada contoh soalan utk bahagian c ni x. Klau ada email kat sy blh fuad316@gmail.com

    BalasPadam
  11. Ada contoh soalan utk bahagian c ni x. Klau ada email kat sy blh fuad316@gmail.com

    BalasPadam
  12. bagus maklumat nih... esok sy de exam KPSL tapi tak prepare pon..hu3..terlupe exam tu bulan nih...agagaga...

    BalasPadam
  13. Sesiapa nak dapatkan full tips untuk cara dan kaedah lulus KPSL boleh like link ini http://www.facebook.com/pages/Pembantu-Tadbirpogred-N17/178357482224674?ref=hl

    BalasPadam
  14. Permohonan Exam KPSL N27 sudah dibuka....
    Siapa yang nak kompilasi past year soalan + jawapan dari thn 1995-2012
    (bah a,b & c) can pm / email me premidharma@yahoo.com

    BalasPadam
  15. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  16. Terima kasih atas tip2 cara menjawab soalan undang2 umum......alhamdulillah berkat ilmu yg dikongsikan sy telah LULUS kertas C.......terima kasih byk2.......budimu ku kenang.....:-)

    BalasPadam
  17. Tq.... insyaallah akan dimanfaatkan...

    BalasPadam
  18. Tq.... insyaallah akan dimanfaatkan...

    BalasPadam
  19. tqvm ats tips2 ni.. insyaallah akn dipraktikkn.. exam bln 6 ni :)

    BalasPadam
  20. salam,
    anyone boleh email kat saya tak cth soalan/tips nk hadapi exam ni...

    aullea@gmail.com

    exam lg 2 mggu... huhu

    BalasPadam
  21. Salam kenal,
    Nak tya awak dah lulus ke semua paper ....
    sy dah ambil exam keputusannya kandas hu hu hu jawapan sama cuma tak tepat, sy rasa betul apa yg awak type kene peka dengan soalan...

    InsyaAllah sy akan cuba lagi...

    BalasPadam

Sudi-sudikanlah mengarang sepatah dua bait-bait kata buat kenangan tuan punya blog ni...
Terima kasih daun keladi.. ;)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...