Permulaanku

Daisypath Anniversary tickers

08 Februari 2011

sejarah petaling jaya


Saya dilahirkan di kuala lumpur.. tetapi pada usia enam tahun, saya telah berpindah ke Kelana Jaya (KJ) setelah rumah yang abah beli siap dibina... saya ingat lagi masa tu orang lain tak ramai yang pindah.. hanya keluarga saya ngan mak cik depan umah jer.. pas beberapa bulan, baru kawasan perumahan tu ramai orang duduk..



Dulu abah beli umah tu dengan harga RM33,000 ajer (awal 1980 an).. sekarang tengok harga dia baper? Cam umah kami yang teres setingkat tu ajer dah lebih RM300 ribu.. dalam masa 31 tahun saje naik 900%..

Okey.. entri saya kali nih nak citer sket tentang Petaling Jaya (PJ).. ialah kan.. KJ tu pun adalah sebahagian daripada PJ.. asal usul nyer pun tak pasti pulak, tapi klu tak silap, KJ pun asalnya adalah kawasan estet @ ladang kelapa sawit / getah kot..


Saya ni membesar di PJ, sekolah di PJ.. kerja pun di PJ… tu yang terbuka hati nak tulis pasal PJ nih…


Bercerita tentang PJ nih kan.. asalnya PJ diwujudkan adalah sebab pada awal tahun 50-an, KL dah sesak dek pertambahan penduduk dan setinggan. Makanya, untuk mengatasi masalah tu, Kerajaan Negeri Selangor telah mengenalpasti tanah kebun getah seluas 1,200 ekar di Jalan Klang Lama untuk diwujudkan penempatan baru.. Penempatan itular dinamakan Petaling Jaya.. haa… dah tua dah umur PJ nih ye..

Kalau nak tau lebih lanjut pasal PJ, leh arr klik kat sini.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...